View: 5348|Reply: 37
|
Ben Ali Dan Nadiyah Shahab Sumbang RM40,000 Untuk Palestin
[Copy link]
|
|
Usahawan dan pelakon, Ben Ali bersama isterinya Nadiyah Shahab tampil menyumbang RM40,000 kepada 7 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai usaha membantu meringankan beban dihadapi rakyat Palestin akibat ditindas Zionis Israel.
Menurut Ben atau nama sebenarnya, Nurali Nadzwan, sumbangan berkenaan diperoleh hasil jualan produk keluaran mereka, Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura.
“Sebanyak RM40,000 disumbangkan kepada beberapa pertubuhan yang menjalankan misi ini. Ia adalah hasil jualan Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura.
“Jumlah sumbangan ini mengandungi sebahagian kecil daripada setiap seorang yang membeli produk kami.
“Dalam masa sama, isteri saya Nadiyah juga membuat sumbangan peribadi sebanyak RM12,000. Dia sangat terkesan dengan apa yang menimpa rakyat Palestin di sana. Hampir setiap hari dia menangis apatah lagi melihat kanak-kanak menjadi mangsa,” katanya memetik Harian Metro.
Foto: IG
Menurut Ben, dia berharap sumbangan itu dapat membantu dan meringankan beban saudara Islam di sana.
“Terima kasih diucapkan kepada semua yang sejak dahulu menyokong perjalanan kami. Daripada anda, kini kami pulangkan kepada yang lebih memerlukan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban saudara Islam kita di bumi Gaza. Semoga Allah terus melindungi mereka.
“Kami mengajak anda untuk turut serta sama membantu mengikut kemampuan masing-masing menerusi dana Absolut Grace Charity. Ini juga adalah inisiatif isteri. Diharap kita semua mendapat syafaat daripada Allah. Insya-Allah,” katanya lagi.
Ben pada masa sama turut berhasrat untuk terus melakukan projek amal yang dilakukan sempena Ramadan baru-baru ini.
“Alhamdulillah, sepanjang Ramadan lalu kami ke 15 rumah anak yatim dan orang tua selama 15 hari. Kami berikan sumbangan berupa derma dan belikan mereka kelengkapan raya.
“Ada juga rumah orang tua yang kami taja sepenuhnya membabitkan sewa mereka. Semua ini hasil jualan produk kami.
“Insya-Allah, tahun depan kami menyasarkan nak buat sepanjang 30 hari bulan Ramadan. Doakan ia dipermudahkan,” harapnya optimis.
Sementara itu menerusi Instagram, Ben turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pembeli yang secara tidak langsung menyokong apa yang diusahakan ketika ini.
“Bismillahirrahmanirrahim, berkat hasil pembelian para pelanggan & juga berkat izin Allah S.W.T , kami berkesempatan untuk turut sama menyumbang bagi membantu rakyat Palestin yang sedang ditimpa musibah.
“Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sejak dari dahulu lagi menyokong perjalanan kami. Dari anda, kini kami pulangkan kepada yang lebih memerlukan.
“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban saudara-saudara se-islam kita di bumi Gaza. Semoga Allah terus melindungi mereka.
“Kepada yang berhajat untuk juga menyumbang. Saya sertakan sekali antara senarai pertubuhan yang kami telah sumbangkan bantuan. Diharap kita semua mendapat syafaat dari-Nya. InshaAllah,” tulisnya. -CARI
Sumber: Media Hiburan
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Moga lebih dimurahkan rezeki. |
|
|
|
|
|
|
|
setahun berapa kali bini dia renovate muka? |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya ada berapa ben semunya retis kat malaysia? makcik fenin... igt ben yg rambut panjang petang2 tu. sekali click ah sudah... anak sapa pulak ni |
|
|
|
|
|
|
|
Rara77 replied at 20-5-2021 01:21 PM
Berlawan riak semua
mua bello 20k
aku 10rm jah
Anas pun bagi berapa ribu tah, semua kena sebut ke jumlah derma masing2 eh? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan makin cantik ponnnn
lulz
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu tanya.. semakin pelik mukanya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Drama lakonan heols sheols ialah????????? |
|
|
|
|
|
|
|
tak pe la you
laki dia xkisahhhhh
lol...
|
|
|
|
|
|
|
|
eniliana replied at 20-5-2021 01:44 PM
sebenarnya ada berapa ben semunya retis kat malaysia? makcik fenin... igt ben yg rambut panjang peta ...
Yg rambut pnjang tu ben ten makcik. |
|
|
|
|
|
|
|
Rara77 replied at 20-5-2021 01:21 PM
Berlawan riak semua
mua bello 20k
aku 10rm jah
Patut lah muo tu duk show off jumlah derma, sbb nk berlawan2 dgn yg lain
Muo - 20k
KA - 10k
Laki bini muka pondan - 40k
Muka pondan - 12k
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah n semoga usaha mereka menderma dibalas dgn berjuta lagi kebaikan. off topic, apesal muka nadiah ni makin pelik. |
|
|
|
|
|
|
|
Menjadi btul lah bisnes absolute kukis die eh |
|
|
|
|
|
|
|
Muka si bini cm muka sapi lias..yg muka laki lak cm muka azal anak acik pulut rambutan |
|
|
|
|
|
|
|
riak.. sia-sia je, tak pasal dah jatuh hukum syirik kecil... (ni aku refer kat google , hal2 berkaitan riak) kesian nya kat golongan jahil mcm deme ni... next time , ada masa, blaja lah agama.. bukan menari tik tok .. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau senyap kang ada pulak netizen provoke kata tak ambik tahu psl penderitaan umat islam palestine duit berkepuk. Baik show off utk tutup mulut2 netizen dan insyaAllah dpt pahala regardless niat utk riak ke ape..niat itu urusan depa dgn Allah.. elok la berlumba lumba buat kebaikan. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tk pernah dengar pun produk depa absolut chocolat tu.kemain nk tunjuk laku keras bole derma 40k |
|
|
|
|
|
|
|
helicornia replied at 20-5-2021 11:28 PM
aku tk pernah dengar pun produk depa absolut chocolat tu.kemain nk tunjuk laku keras bole derma 40k
Member beli n ckp beser2 jer.. Overdose gule sajork...mybe sbb die pnh rs yg lg sedap kot... |
|
|
|
|
|
|
|
you go girl
iols pun tak derma sebanyak ittew
btw keluar dah iklan NGO2 who r yusss kat forum ni yang minta derma untuk palestin...
banyak duit kau dik buat iklan tapi mintak derma...
pandai tak dia nak cover nama account dia siap pakai FPX lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|