CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Troll Malaysia Mengarut' - #IsraelKoyak Dengan Tentera Bawang?

13-5-2021 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37198| Komen: 397

Walaupun mempunyai hanya kira-kira 32 juta penduduk, tetapi Malaysia terkenal dengan netizen yang cukup padu apabila melancarkan serangan.

Sasaran terbaharu netizen atau juga dikenali tentera bawang adalah Israel dengan meletakkan tanda pagar IsraelKoyak.




Tanda pagar itu menjadi trending sehingga orang Israel sendiri membalasnya.

Ini termasuklah Twitter Israel Defence Force yang meremehkan serangan tentera bawang Malaysia di media sosial.



Palestin dan Israel diambang peperangan sepenuhnya.

Ia berikutan lebih 200 penduduk Palestin dilaporkan cedera dengan kira-kira 50 daripadanya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas pasukan tentera Israel melepaskan gas pemedih mata, tembakan peluru getah, malah membaling bom ke arah mereka.


Jumaat lalu, lebih 200 orang cedera dalam pertempuran antara polis Israel dan penduduk Palestin apabila puluhan ribu jemaah berkumpul di Masjid Al-Aqsa menunaikan solat Jumaat terakhir di bulan Ramadan.

Menurut Palang Merah Palestin, pertempuran sekali lagi tercetus pada Sabtu lalu di sebahagian besar kawasan berhampiran Baitulmuqaddis Timur dan mengakibatkan lebih 100 cedera.

Dalam pada itu Tentera Hamas melancarkan sejumlah roket terhadap hub ekonomi di Tel Aviv sebagai serangan balas selepas tentera Israel memusnahkan blok menara setinggi 12 tingkat di Gaza, ketika pertempuran antara kedua-dua pihak terus memuncak.

Ketegangan yang berlaku menyaksikan sekurang-kurangnya 30 penduduk Palestin terkorban di Semenanjung Gaza dan lebih 200 cedera.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh memberi amaran bahawa ‘jika Zionis terus mahu burukkan keadaan, kami sudah bersedia’.

Manakala, Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz pula menegaskan pertempuran yang berlaku ketika ini hanyalah ‘satu permulaan’

Dalam pada itu, wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Keamanan di Asia Barat, Tor Wennesland berkata, Israel dan Hamas bakal mencetuskan peperangan skala besar sekiranya pertempuran dan ketegangan tidak dihentikan segera.


Sumber: Suara Merdeka
4

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Itzy


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 13-5-2021 09:40 AM
Hahaha jangan main2 dengan tentera bawang malaysia. Berani buat jahat berani tanggung la. Dulu2 umat islam tak celik it, boleh la kau suka2 sembunyi kejahatan reka macam2 cerita guna media2 barat. Sekarang dengan kuasa media sosial dan internet yang korang kafir sendiri cipta, ibarat senjata makan tuan, maka terdedah la satu persatu kejatan keburukan korang wahai yahudi zionist laknatullah.
Quote CiliPadiSedap 13-5-2021 09:43 AM
Kali ni kaka sokong israel dari segi troll bullshit. Instead joint netizen begitu baik click maybank2u bg NGO yang jujur ikhlas untuk derma. Bukan apa ada terbaca ngo boleh guna 30% untuk management.

Dh selesai derma solat hajat. Kan mudah. Kita ni hidup banyak ikut emosi banyak buang masa. Xperlu ikut org2 lain. Hidup kita cara kita.
Quote noor2 13-5-2021 09:43 AM
Sembang kemain... keyboard warrior ni la yg paling pengecut realiti...

Penduduk israel.. Palestine tu jenuh berperang bermandi darah.... penduduk Malaysia??.....takat sembang besar keyboard warrior bolehla..
Quote Normabaru 13-5-2021 09:59 AM
Mana pergi tentera bwg yindon

Sebok makan rendang ke
Quote makneng 13-5-2021 10:00 AM
CiliPadiSedap: Kali ni kaka sokong israel dari segi troll bullshit. Instead joint netizen begitu baik click maybank2u bg NGO yang jujur ikhlas untuk derma. Bukan apa ...



Owh.. You speak my mind!
Selamat hari raya dik cilipadi. Raya kat jasin ke tu?
Quote damsel_fiji 13-5-2021 10:13 AM
noor2 replied at 13-5-2021 09:43 AM
Sembang kemain... keyboard warrior ni la yg paling pengecut realiti...

Penduduk israel.. Palestin ...

i menyampah juga sis dgn israel..tp troll 2 ni sangatlah perangai budak2 kelas belakang..main ejek2..apa yg ko dapat pastu? buat malu org malaysia jah nmpk sgt prangai x matang n kebudak budakan gituhh..
keybod warrior..wat u expect..sembang kemain kencang..tp baru x dpt beraya utk tahun kedua pun dah merengek merintih sayu pelbagai
Quote damsel_fiji 13-5-2021 10:16 AM
stakat troll mak ko ijau..pastu fefeeling kebangga..ya allah apa nak jadik la ko dekk
Quote noor2 13-5-2021 10:22 AM
damsel_fiji replied at 13-5-2021 10:13 AM
i menyampah juga sis dgn israel..tp troll 2 ni sangatlah perangai budak2 kelas belakang..main ejek ...

Yg sembang kencang di medsos tu yg paling pengecut realiti....yg berani tu pergi senyap2...tau2 dah meninggal sebab menyertai tentera sana....tu baru betul....ni takat makan lemang badan gemok mengadap PC hanya mampu troll israel...patutla Israel sebut bullshit.
Quote KIM.K 13-5-2021 10:29 AM
resepi buka puasa pun ada diorg tepek
Quote VioletsAre_Blue 13-5-2021 10:44 AM
Akak suka je troll macam ni, kena psiko memang emosi boleh jadi tak stabil.. Israel memang koyak sekarang nih
Quote bakingsoda 13-5-2021 10:50 AM
throw oil at the fire pon boleh dekk, minyak sawit ke?
Quote ChildrenOfBodom 13-5-2021 10:58 AM
tahiniyah malaysia dah setaraf dengan indon dan pignoy dalam dunia pen-troll-an
Quote ifanonline 13-5-2021 11:10 AM
noor2 replied at 13-5-2021 09:43 AM
Sembang kemain... keyboard warrior ni la yg paling pengecut realiti...

Penduduk israel.. Palestin ...

tidak juga...masa perang syria dulu, ramai aje rakyat malaysia berjihad...sebenarnya kerajaan malaysia secara rasminya tak benarkan org melayu berjihad...unofficial kerajaan malaysia galakkan...ramai mati syahid di syria...
Quote ifanonline 13-5-2021 11:21 AM
sebenarnya tahniah kpd seluruh rakyat malaysia yg sedaya upaya spamming website2 yahudi, individu2 zionis, setiap saat ada maki hamun...walaupun tindakan tidak lah seberapa, tapi menyusahkan juga pengendali website yahudi laknatullah...

twitter dan instagram dah mula ban posting anti-semitism...
Quote airmineral 13-5-2021 11:28 AM
ala zionis tu mana nak terima hakikat fakta sbnr
so kita troll dgn bukan fakta pun xpe janji puassss

"koyak to you too"
Quote evlinne 13-5-2021 11:32 AM
ChildrenOfBodom replied at 13-5-2021 10:58 AM
tahiniyah malaysia dah setaraf dengan indon dan pignoy dalam dunia pen-troll-an

Yelah bodom. Orang mesia skrg bab kebangga dah setaraf yindon dgn pinoy ja
Zizik betul. Malu iols jadi orang mesia bila israel up post msian troll BS tu
Mesti depa gelak tengok IQ orang kita takat ejek2 gitu ja, xde effect punnnn
Quote adelea 13-5-2021 11:35 AM
Kome nak serang kat twitter ke apa ...serang je  berpada
.. jgn sampai peluru berpandu israel jatuh depan rumah sudahh
Quote adelea 13-5-2021 11:37 AM
Nanti x pasal ... Kita pulak yg jadi palestin ...
Nak serang deme pakai jari .. deme serang pakai real weapon ... Pastu baru menteri menteri semua terkial2 ... .. masa skrg tak nak larang ....


Biasa la malaysia .. species last minute
Quote ifanonline 13-5-2021 11:37 AM
utk memberi lebih kesan kpd zionis, rakyat malaysia wajib boikot barangan atau perkhidmatan yahudi seperti FB, Instagram, twitter, etc...mcdonald, kfc, starbucks, etc...boikot hollywood movies, apple, dell, HP, timberland, mars, kraft, nike, etc...

persoalannya, mampukah umat islam di malaysia buat?

Lihat semua komen(397)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.068060 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top