CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Bini Punya Pasal, Lelaki Tipu Kononnya Dirompak

12-5-2021 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2720| Komen: 6

 Lelaki ditahan polis selepas membuat laporan polis palsu disebabkan kerana takut dimarahi isteri selepas menggadai rantai emasnya untuk melangsaikan hutang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, perbuatan suspek itu terbongkar selepas disoal siasat kerana memberi keterangan diberikannya tidak konsisten.


Menurutnya, suspek didapati membuat satu laporan palsu di Balai Polis Batu Kawa pada 3 Mei lalu dengan mendakwa dia diragut oleh dua lelaki tidak dikenali di kawasan tempat letak kereta di belakang bangunan kedai makan Siang-Siang Corner, Jalan Matang.

Gambar Hiasan

Katanya, suspek mendakwa kedua-dua lelaki itu menggunakan sebuah motosikal meragut rantai emas serta beg silangnya yang mengandungi dokumen peribadi, kad bank, wang tunai sebanyak RM300 dan seunit telefon bimbit.


"Selepas disoal siasat, suspek mengaku menipu kerana ada masalah hutang dan takut dimarahi isterinya sebab emas yang didakwa diragut itu sebenarnya sudah digadainya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek yang berusia 31 tahun dan bekerja sebagai juruelektrik kemudiannya dibebaskan secara bersyarat dengan jaminan mahkamah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.-CARI

Sumber: Harian metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 12-5-2021 05:50 PM
Waduh.. Tak pasal2 kena dakwa..
Quote jazaa100 12-5-2021 05:53 PM
jgn  main main kuasa bini......
Quote ReginaGeorge 12-5-2021 07:17 PM
Memang patut dia takut bini dia, adakah patot gadai emas bini dia. Sepak bijik kang..
Quote shernazz 12-5-2021 07:50 PM
Rantai kot .
Pastu gi gadai
Mau hilang teloq
Quote star_karat 13-5-2021 08:44 AM
Cina klu jadi polis mesti last jadi ketua polis eh.. Tak pernah nampak polis cina buat patrol. Tapi selalu jer masuk news ketua polis cina sana sini.
Quote Ninjanunu 16-5-2021 06:26 PM
Apa punya perangai..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.844253 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top