CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Dipenjara 16 Tahun Godam Sistem Undi Diri Jadi Ratu Cantik

6-5-2021 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3157| Komen: 17

Seorang remaja di Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara 16 tahun kerana menggodam sistem pengundian pertandingan ratu cantik sekolah bagi membolehkannya memenangi gelaran tersebut pada tahun lepas, lapor akhbar Daily Mail semalam.



Kredit foto: NorthEscambia.com/Daily Mail

Emily Rose Grover, 18, dituduh melakukan kesalahan tersebut bersama ibunya, Laura Rose Carroll, 50, yang merupakan Penolong Pengetua di sebuah sekolah lain di daerah sama, Bellview Elementary School.

Dalam pembacaan pertuduhan, dua beranak itu disabitkan beberapa jenayah seperti kesalahan penggunan sistem komputer, jaringan komputer dan peranti elektronik, penggunaan alat komunikasi dua hala tidak sah dan konspirasi.

Mereka turut dituduh menggodam dan melakukan penipuan komputer yang membolehkan Laura dan Emily dipenjarakan hingga tahun 2037, jika sabit kesalahan.



Emily turut didapati bersalah menggunakan akses ibunya untuk melihat markah rakan-rakan sekolahnya. – FDLE/Daily Mail

Hasil siasatan mendapati, terdapat 117 undian dibuat terhadap Emily yang dihantar menggunakan alamat protokol internet (IP) yang sama dalam tempoh singkat, sekaligus membawa kepada penemuan bukti yang mengaitkan gadis itu bersama ibunya.

Susulan jenayah itu, Laura digantung daripada pekerjaannya manakala Emily pula dibuang sekolah. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meisapoya 6-5-2021 11:23 AM
Gini pon ada ya. Tapi ok je muka dia. Not bad la
Quote lasagnaklcc 6-5-2021 11:26 AM
Peringkat sekolah je pon. Masalahnya contestant yg lain pon ala2 je muka
Quote MsKathryn 6-5-2021 12:49 PM
Gigihnya...
Quote MontanaHannah 6-5-2021 12:55 PM
16 tahun penjara utk kes mcm itu???

disini pendatang haram di ternak  ,makan free ,berak cangkung


datanglah Malaysia nanti ko boleh jadi artis sebab cukup syarat

kena bodoh

kena jahat

kena hipokrit

dah ada poen boleh caras laki org juga ,sekarang ramai dah dapat Dato boleh ko jadi datin

muahahhahahhahahhahaha
Quote batmana 6-5-2021 12:56 PM
ni bukan godam, ni mak sndiri ada login bagai.. cume salah guna aja

Quote Tinot7 6-5-2021 01:10 PM
bertanding la secara adil...
Quote mesmerize 6-5-2021 01:22 PM
nak sangat menang
apasal tak kempen aje kat kat sekolah suruh undi
Quote buapakperut 6-5-2021 01:25 PM
insecure much ni semua nak skodeng. wahlal rupa takdelaacam megham makel
Quote uori 6-5-2021 02:16 PM
lamanya dia kena jel
Quote Orix 6-5-2021 02:19 PM
lamanya kena penjara utk kesalahan tu...
Quote Artemesiaa 6-5-2021 03:32 PM
Macam dalam pilem
Quote mejaputih 6-5-2021 03:40 PM
kesalahan takde la mcm merompak kedai pun, tp lamanya kena jail...
Quote Carcosa 6-5-2021 11:24 PM
Mak oi. Sampai 16 tahun?
Gilo apo? Takkan lah diorang godam. Mesti dah ada access tu. Gila kejam smp 16tahun. Gelaplah masa depan budak tu. Kesalahan kecik je
Quote Carcosa 6-5-2021 11:28 PM
Oh ok,. Me'ols dah gugel
BELUM jatuh hukum lah TT. Baru dibicarakan. They may FACE to be jailed to a maximum of 16y.
And then pasal godam tu, mak dia ada access

" Investigators found that Carroll — who had district-level access of the school board's student information system, called FOCUS — and Grover had accessed student accounts"
Quote September14 6-5-2021 11:36 PM
Mcm kelly clarkson...
Quote allshares 7-5-2021 12:25 AM
Antara hukuman dunia yg tak setimpal dgn kesalahan
Quote whadda 30-7-2021 12:37 PM
Yang report dan siasat habis habisan ni mesti kuarga salah satu peserta ni

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.043132 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top