CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hospital Kurang Bekalan, Anak Bagi Ibu Bantuan Pernafasan Mulut Ke Mulut

6-5-2021 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3061| Komen: 5

Sungguh hiba apabila seorang anak sanggup memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut untuk menyelamatkan ibunya yang dijangkiti Covid-19.

Difahamkan, kisah memilukan itu berlaku di Uttar Pradesh, Sabtu lalu apabila seorang wanita berusaha memberikan bantuan pernafasan kepada ibunya yang sudah tidak bernyawa lagi.




Wanita itu melakukan ikhtiar itu selepas hospital terbabit kekurangan bekalan mesin oksigen.

Kakitangan Perubatan Kecemasan, Ahtisam Ali berkata, pesakit berkenaan dibawa ke hospital itu dalam keadaan sesak nafas.

Sementara itu, Pengarah Hospital Maharaj Suheldev AK Sahni menjelaskan, ibu wanita itu meninggal dunia di atas katil hospital sebelum menerima rawatan.

"Pasukan doktor datang memeriksanya namun ia terlambat kerana dia sudah meninggal dunia.

"Saya menafikan wanita itu meninggal dunia kerana kekurangan oksigen.

"Anak perempuannya itu sempat membuat bantuan pernafasan mulut kepada ibunya kerana dia sangat bimbang dengan keadaan ibunya pada masa itu," katanya seperti dilaporkan Tribune India.

Krisis kesihatan melanda India semakin meruncing apabila hospital penuh, kekurangan oksigen dan ambulans serta ramai pesakit maut tanpa sempat mendapat rawatan di hospital.

Negara itu kini merekodkan 20.6 juta kes jangkitan Covid-19 dengan 226,188 kematian.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingeraya 6-5-2021 11:01 AM
INCEST.........








kahkahkahkahkahkah
Quote Simunggu 6-5-2021 11:04 AM
aduh confirm anaknya dapat covid-19 juga (teori sains mat selleh)
Quote LadyCarefree 6-5-2021 01:27 PM
Agaknya yg antivax yg cakap kobid tipu yg xendah sop semua ni nak lalui personally macam ni baru nak ambil peduli
Quote stania83 6-5-2021 01:33 PM
LadyCarefree replied at 6-5-2021 01:27 PM
Agaknya yg antivax yg cakap kobid tipu yg xendah sop semua ni nak lalui personally macam ni baru nak ...

this time around anti vax cakap ramai orang india mati sbb vaksin.
Quote MontanaHannah 6-5-2021 01:40 PM
so drama tamil

aku sekelumit pun xkesian




Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.268701 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top