CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Nak Simpati, Lelaki Rayu Diberi Kerja Nak Bagi Makan Isteri Yang Tenat

28-4-2021 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4511| Komen: 16

Kisah seorang lelaki berjuang mencari nafkah untuk membeli beras bagi memberi makan isterinya yang sakit tenat tular di media sosial, lapor portal berita Merdeka.com semalam.

Menurut hantaran dalam akaun TikTok @cahary20, lelaki yang hanya dikenali sebagai Rudi itu datang ke sebuah klinik untuk meminta apa sahaja jenis pekerjaan kerana mahukan wang untuk membeli beras.



Kredit foto: TikTok @cahary20

“Lelaki ini datang ke klinik tempat saya bekerja dan bertanya kerja kosong.

“Saya beritahunya tiada dan dia kemudian beritahu bahawa isterinya sedang sakit dan anaknya pula jauh dan dia hanya mahu membeli beras,” demikian keterangan yang dimuat naik pada video TikTok itu.

Pemilik akaun TikTok itu mem-berikan Rudi wang, -namun ditolak kerana dia tidak mahu menerima wang tanpa bekerja.

Rudi kemudian membersihkan halaman klinik itu sebelum bersetuju menerima wang yang diberikan.


Lelaki separuh abad itu masih meneruskan kerjanya -biarpun ketika hujan.

Tambah pemilik akaun, isteri Rudi menghidap leukimia.

Selepas video tersebut viral, @cahary20 memuat naik satu lagi video dirinya mengunjungi Rudi di rumahnya bersama wang derma yang dikirimkan oleh orang ramai.

Keadaan rumahnya yang sempit dan beralaskan kain nipis mengundang sebak di hati netizen.

Di akhir video, @cahary20 mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menderma kepada Rudi. 


Sumber: Kosmo!
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 28-4-2021 11:53 AM
ape ke hey iklan tgh2 gmbr cari oiii


utk x ot, moga ada lh yg sudi bg kerja dan upah yg sepadan kt abg ni
sian bininya sakit


Quote chinta89 28-4-2021 12:13 PM
yg mcm ni lah bagus utk dibantu xde la tgu sedekah tadah tgn 24 jam padahal sihat walafiat
Quote TabletSusu 28-4-2021 02:56 PM
aku sedih baca kisah2 mcmni
lg baca dia bt keja dlm hujan tu
Quote Artemesiaa 28-4-2021 03:01 PM
Marin ramai yang susah sejak kebelakangan ni nasib masih ada yang sudi membantu
Quote orgsepang 28-4-2021 04:21 PM
Ni kisah di indonesia kan. Di sana banyak kisah sebegini. Simpati tapi bila terkenang mereka yang susah datang sini kita tolong tapi kemudian buat hal tahap simpati pun menurun.
Quote Cece1234 28-4-2021 07:00 PM
supernaturalee replied at 28-4-2021 11:53 AM
ape ke hey iklan tgh2 gmbr cari oiii



Itulah..bongok gak xleh tekan sbb iklan bersepah2 tgh skrin..
Quote supernaturalee 28-4-2021 11:53 PM
Cece1234 replied at 28-4-2021 07:00 PM
Itulah..bongok gak xleh tekan sbb iklan bersepah2 tgh skrin..

Hahaha

Klu di pc penuh monitor
Kdg klik closed blh
Kdg kena refresh bnyk kali br blh


Quote MissyMolly 29-4-2021 08:26 AM
Till jannah ye.. bagusnya suami setia even bini sakit tak mcm si jusa
Quote NataliaLuiz 29-4-2021 11:37 AM
Indonesian kalau susah daif tu, mmg daif betul. Moga Allah lindungi dia dan isterinya. Kesian isteri sakit nak kena buat treatment, tak mampu nak beli ubat..
Quote shiraloveyou 29-4-2021 01:14 PM
Semoga pakcik ni n keluarganya diberikan kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki
Quote eyansss 29-4-2021 01:38 PM
MissyMolly replied at 29-4-2021 08:26 AM
Till jannah ye.. bagusnya suami setia even bini sakit tak mcm si jusa

hahahaha...  marah friska...  penat je dia cemuh fitnah madu...  laki dia jugak kena kutuk...
Quote MissyMolly 29-4-2021 04:59 PM
eyansss replied at 29-4-2021 01:38 PM
hahahaha...  marah friska...  penat je dia cemuh fitnah madu...  laki dia jugak kena kutuk...

Hahaaa laki dia je ke jusa u.. kosserrr iols dgn dia tuh
Quote eyansss 30-4-2021 12:14 AM
MissyMolly replied at 29-4-2021 04:59 PM
Hahaaa laki dia je ke jusa u.. kosserrr iols dgn dia tuh

satu kebanggaan minah indon dapat jusa...  macam si tivalslbiol ngan apa namanya bangga gila dapat laki enjineer dia tu...  hahaha...  pastu meroyan bila tau itu harta bekas madu yang punya...  ekekeke...
Quote MissyMolly 30-4-2021 07:25 AM
eyansss replied at 30-4-2021 12:14 AM
satu kebanggaan minah indon dapat jusa...  macam si tivalslbiol ngan apa namanya bangga gila dapat ...

Ooo kesahnya.. pastu abam inginer dia tuh pokai kah? Tu la tu org kawen ni kdg senang sbb rezeki psgn, anak2.. nk tumpang senang boleh tp buat la cara bhemah hehe mana tau dpt kakak sporting ke kan.. lagi pulak jusa hohoohoo tp bak kata org keje swasta bape sen sgt la gaji gomen even jusa.. flip hair sajork k. Smg enche suami dlm berita ini dpt keje spy dpt sara bini. Tgk sinetron kalau kaya tu kaya naw2.. tiang rumah kemahen tinggi. Upah la abam ni jd pekebun ke
Quote ReginaGeorge 4-6-2021 07:49 PM
Selagi hayat dikandung badan. Tabik hormat. Ni yang kita tak, bukan yang asyik meratib sedih sampai jiran pula terpaksa tolong masakkan. Pastu bagi alasan berat badan tak seimbang, ada kencing manis. {:handsome
Quote Minami2013 6-6-2021 10:31 AM
Moga dipermudahkan.. usaha tu yg penting.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.080942 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top