Lagi dua minggu kita akan menyambut bulan Syawal yang dinanti-nantikan. Walaupun terpaksa meraikannnya dalam pandemik Covid19 yang masih belum pulih, persiapan sederhana tetap perlu dilakukan. Bagi kaum wanita yang suka memakai perhiasan barangan kemas, pastinya sudah mula berkira-kira untuk mengilatkannya kembali agar bersinar dan tampak seperti baru. Namun, sabar dahulu kerana pengguna Facebook, Faizah Idris mengajarkan teknik-teknik ringkas untuk mencucinya tanpa perlu ke kedai. Perkakas yang diperlukan hanyalah pencuci pinggan yang dimasukkan dalam air panas dan berus gigi terpakai. "Baru teringat nak cuci barang kemas saya yang banyaknya preloved. Nak cuci, saya guna cecair pencuci pinggan dan air panas sahaja. Ini lah hasilnya selepas direndam selama 30 minit dan diberus lembut, banyak kotoran keluar." Setelah dibersihkan, ianya dikeringkan kemudian dimasukkan kembali ke dalam bekas aksesori. Mudah kan? Bagi yang nak berjimat masa dan wang ringgit, ini lah masanya melakukan sendiri di rumah. - CARI |
Note8687 replied at 5-6-2021 01:56 AM
Bersih tu yelah, tp tak la bersinar mcm yg baru.
ADVERTISEMENT