CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Thailand Didenda Tak Pakai Pelitup Muka

27-4-2021 06:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2031| Komen: 9

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha didenda 6,000 baht atau RM782 kerana tidak memakai pelitup muka semasa mesyuarat bersama penasihat pemerolehan vaksinnya.


Kredit foto: AP


Pihak berkuasa Bangkok pada Isnin menguatkuasakan perintah wajib pemakaian pelitup muka termasuk di dalam kenderaan yang melebihi seorang penumpang.

Laporan dibuat Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang, yang memuat naik entri di laman sosial Facebooknya memaklumkan telah membuat aduan terhadap Perdana Menteri itu kepada polis.

Siasatan mendapati Chan-o-cha bersalah kerana tidak memakai pelitup muka dan diminta membayar denda.

Pihak berkuasa tempatan menetapkan denda bagi maksimum bagi kesalahan itu sebanyak 20,000 baht dan minimum 6,000 baht.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 26-4-2021 11:57 PM
Ada ostad influencer cakap ummah thai taun lepas aman-aman tak pakai masker sebab covid19 tak deadly seperti yg digembar-gemburkan media.
(demi utk menyokong pendirian dia)
Quote mawarika 26-4-2021 11:59 PM
Matilanak... kalau buat kt msia kena lahar dgn netizen. Malaysian ni mulut hangsuang.. menteri pun kecut
Quote Belibis 27-4-2021 12:08 AM
mawarika replied at 26-4-2021 11:59 PM
Matilanak... kalau buat kt msia kena lahar dgn netizen. Malaysian ni mulut hangsuang.. menteri pun k ...

Memang patut la kena lahar..orang kampung kena denda,keluarga menteri,kayangan tak kena.
Quote R2D2 27-4-2021 12:09 AM
geng2 bikers suka jalan-jalan sampai ke Thailand
Quote MissVixen 27-4-2021 12:36 AM
Menteri kita pulak relaks je tak pakai. Retis pun lepas. Pdrm berani ke nak saman menteri?
Quote airfilterkotor 27-4-2021 01:42 AM
Geng bikers tak usah citer.
Walopun ride gi makan dlm negeri memasing, meja-meja makan tetap sebaris sambung bersusun.

Rasa-rasa?
Quote BabyOnEarth 27-4-2021 10:41 AM
PM sana tak cukup kayangan ni.
cer kat sini riles je buat mejelis beramai2 xpakai mask tadehal pon
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 12:59 PM
Gabenor dia yg buat report...kita kat sini, hampehh..semua atasan, menteri langgar je SOP.
Quote che-cikL 29-4-2021 01:57 PM
Ada org tak faham kenapa dia kena pakai mask.

Semalam ada org tu dia bersin dia tarik mask ke bawah dagu dia dan bersin. Ada ke patut???

Nampak tua dah, mungkin otak dah bedah letak kat lutut!!!

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.247905 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top