Lain orang lain cita rasanya. Ada yang memilih untuk memasak sendiri juadah berbuka puasa dan ada yang memilih untuk membeli di bazar selain makan di luar. Begitu juga dengan Azwan Ali atau mesra disapa Diva AA. Apa yang lainnya, pengacara itu lebih selesa membeli makanan di warung berbanding berbuka puasa di restoran.
Makanan dijual di warung lebih enak untuk dinikmati, katanya. Malah, Azwan turut ada berkongsi pengalaman yang dialami ketika berbuka puasa di sebuah restoran terkenal. “Hari ini beli segala Nasi Ayam banyak-banyak ni berbuka dekat rumah sahaja. Untuk siapa? Tunggu lah kau tengok nanti. “Hari ni nak cakap lebih afdal beli dekat warung macam ni, sedap gila dan terjaminlah dia punya kualiti masakan tu. “Dan tepati masa seperti yang dijanjikan. Jangan jadi macam cef dekat Ben’s tu sudah lah berjam tunggu azan dah berkumandang pun tak hantar-hantar.
“Itulah masalah yang berlaku selalu berlaku dekat segelintir restoran yang lembab,” katanya di Instagram. Sumber: Media Hiburan |
dudaberhias replied at 26-4-2021 10:23 PM
Bajet good2 jah diva AA tak habis2 duk maki hamun restoran. Tapi resto dia maki hamun tu memang lamb ...
krustykrab replied at 27-4-2021 06:20 AM
Beli la bapok....sok ni rasa x sedap ko jgk la yg up dlm medsos ko maki hamun, terlalak terlolong mc ...
debab_78 replied at 27-4-2021 08:07 AM
nak tanyala.. kenapa dia asik buat mulut cenggitu bila bergambar...
Themilo: awas yach, meols pernah beberapa kali kena cancel order for no reason melalui foodpanda. kiwek betul, lagi setengah jam nak berbuka, restoran cancelka ...
Itzy replied at 27-4-2021 12:44 PM
Hahaha aku pun pernah kena tapi bukan time puasa la, tunggu punya tunggu bila check apps balik r ...
Kurex replied at 27-4-2021 07:38 AM
Kejap tak suka warung sebab not my level, kejap tak suka restoran sebab lembab, kejap kata suka masa ...
NataliaLuiz replied at 27-4-2021 12:58 PM
Bertabahlah ya customer yg nak mkn kat Ben's..owner pun should do something to overcome this problem ...
ADVERTISEMENT