CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Sangat Ikut Diet Artis Kesayangan Sampai Masuk Hospital

26-4-2021 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2602| Komen: 5

Seorang peminat K-Pop dimasukkan ke hospital selepas cuba mengamalkan diet selebriti kesayangannya, Jackson Wang GOT7.

Koreaboo melaporkan wanita yang dikenali dengan nama kandungan media, Borararax2 itu juga terpaksa menjalani pembedahan termasuk meletakkan tiub di saluran tekak dan melakukan ujian kesan pengambilan laktos dan glukos.



Kredit foto: Koreaboo

Ujian itu akhirnya mendedahkan dia tidak boleh mengambil apa-apa makanan yang dimakan ketika mengamalkan diet itu.

Dalam video dikongsinya di TikTok dan tular ketika ini, Borararax2 berkata, dia sudah dalam tempoh diet ketat sebelum mencuba diet diamalkan Jackson yang mengurangkan karbohidrat dan tinggi fruktosa.

Dia memilih untuk mengamalkannya selama tiga hari namun pada hari kedua, gadis itu sudah mula sakit dan dimasukkan ke hospital.

Permulaannya semua nampak baik yang mana untuk sarapan, dia mengambil detox shakes seperti Jackson yang mengandungi banyak buah dan sayuran.


Borararax2 percaya ia kandungan utama yang menjejaskan badannya dan dia berkongsi bahawa dia tidak sepatutnya mengambil makanan mengandungi tinggi gula walaupun gula semula jadi seperti epal dan buah pir.

Dalam video itu, dia menjelaskan makanan yang dimakannya mengandungi bahan yang memberi tindak balas negatif kepada tubuh badannya dan menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh untuk mencuba diet selebriti tanpa sebarang pandangan pakar.

"Sekiranya anda ingin mencuba diet apa pun, lebih baik berjumpa doktor terlebih dahulu. Penting juga untuk tahu bahawa tubuh setiap orang berbeza," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 26-4-2021 03:55 PM
Nak diet tak boleh tiru2 je cara orang lain tampa tahu cara sebenar lebih elok lagi dapatkan nasihat pakar.  Main rendah buat sendiri je takut boleh memudaratkan diri.
Quote pasa 26-4-2021 04:05 PM
hahahaha badan dia terkejut disebabkan kekurangan gula dalam badan.

nak diet ni kene perlahan-lahan.

kurangkan carbo ikut peringkat dan belajar ambil supplement yg sesuai.

nak gemuk bukan pree dan nak slim bukan free.

tgk jenis badan ecto, endo meso baru la set diet dan senaman yg sesuai.
Quote Supersirap 26-4-2021 04:17 PM
Sayangilah tubuh badan kita, itu sahaja nak ucapkan
Quote tungkai 26-4-2021 05:58 PM
Kat Malaysia pun hauk gak. Dan2 kata control diet, exercise pastu jual produk. Sebenarnya pegi potong perut...Choiiiii.....
Quote 234126 26-4-2021 09:14 PM
“ Permulaannya semua nampak baik yang mana untuk sarapan, dia mengambil detox shakes seperti Jackson yang mengandungi banyak buah dan sayuran.

Borararax2 percaya ia kandungan utama yang menjejaskan badannya dan dia berkongsi bahawa dia tidak sepatutnya mengambil makanan mengandungi tinggi gula walaupun gula semula jadi seperti epal dan buah pir”

Buah mmg tinggi gula dalam bentuk high fructose tak sesuai kalau ada penyakit yg kita tak tahu contoh diabetes ke. Sebab tu byk iklan diet akan bagi disclaimer ‘rujuk doctor sebelum mulakan apa2 diet’

Dia bukan buat low carb je ni. Buah2 yg dia mkn tu high carb (gula high fructose)

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.061341 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top