View: 1620|Reply: 5
|
Nak Sangat Ikut Diet Artis Kesayangan Sampai Masuk Hospital
[Copy link]
|
|
Seorang peminat K-Pop dimasukkan ke hospital selepas cuba mengamalkan diet selebriti kesayangannya, Jackson Wang GOT7.
Koreaboo melaporkan wanita yang dikenali dengan nama kandungan media, Borararax2 itu juga terpaksa menjalani pembedahan termasuk meletakkan tiub di saluran tekak dan melakukan ujian kesan pengambilan laktos dan glukos.
Kredit foto: Koreaboo
Ujian itu akhirnya mendedahkan dia tidak boleh mengambil apa-apa makanan yang dimakan ketika mengamalkan diet itu.
Dalam video dikongsinya di TikTok dan tular ketika ini, Borararax2 berkata, dia sudah dalam tempoh diet ketat sebelum mencuba diet diamalkan Jackson yang mengurangkan karbohidrat dan tinggi fruktosa.
Dia memilih untuk mengamalkannya selama tiga hari namun pada hari kedua, gadis itu sudah mula sakit dan dimasukkan ke hospital.
Permulaannya semua nampak baik yang mana untuk sarapan, dia mengambil detox shakes seperti Jackson yang mengandungi banyak buah dan sayuran.
Borararax2 percaya ia kandungan utama yang menjejaskan badannya dan dia berkongsi bahawa dia tidak sepatutnya mengambil makanan mengandungi tinggi gula walaupun gula semula jadi seperti epal dan buah pir.
Dalam video itu, dia menjelaskan makanan yang dimakannya mengandungi bahan yang memberi tindak balas negatif kepada tubuh badannya dan menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh untuk mencuba diet selebriti tanpa sebarang pandangan pakar.
"Sekiranya anda ingin mencuba diet apa pun, lebih baik berjumpa doktor terlebih dahulu. Penting juga untuk tahu bahawa tubuh setiap orang berbeza," katanya.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak diet tak boleh tiru2 je cara orang lain tampa tahu cara sebenar lebih elok lagi dapatkan nasihat pakar. Main rendah buat sendiri je takut boleh memudaratkan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha badan dia terkejut disebabkan kekurangan gula dalam badan.
nak diet ni kene perlahan-lahan.
kurangkan carbo ikut peringkat dan belajar ambil supplement yg sesuai.
nak gemuk bukan pree dan nak slim bukan free.
tgk jenis badan ecto, endo meso baru la set diet dan senaman yg sesuai. |
|
|
|
|
|
|
|
Sayangilah tubuh badan kita, itu sahaja nak ucapkan |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Malaysia pun hauk gak. Dan2 kata control diet, exercise pastu jual produk. Sebenarnya pegi potong perut...Choiiiii..... |
|
|
|
|
|
|
|
“ Permulaannya semua nampak baik yang mana untuk sarapan, dia mengambil detox shakes seperti Jackson yang mengandungi banyak buah dan sayuran.
Borararax2 percaya ia kandungan utama yang menjejaskan badannya dan dia berkongsi bahawa dia tidak sepatutnya mengambil makanan mengandungi tinggi gula walaupun gula semula jadi seperti epal dan buah pir”
Buah mmg tinggi gula dalam bentuk high fructose tak sesuai kalau ada penyakit yg kita tak tahu contoh diabetes ke. Sebab tu byk iklan diet akan bagi disclaimer ‘rujuk doctor sebelum mulakan apa2 diet’
Dia bukan buat low carb je ni. Buah2 yg dia mkn tu high carb (gula high fructose) |
|
|
|
|
|
|
| |
|