CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

2 Kali Cuba Bunuh Diri, Janna Nick Didiagnos Menghidap Bipolar

22-4-2021 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 56096| Komen: 553

Selepas beberapa minggu berehat daripada media sosial, pelakon Janna Nick tampil mendedahkan dia rupa-rupanya menghidap penyakit bipolar.

Menerusi perkongsian di Instagram, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, berkata dia kini sedang menjalani rawatan dengan mengambil ubat atas nasihat doktor.



Kredit foto: IG Janna

"Selama ini saya ingatkan fikiran saya berfungsi sama seperti orang lain... ingatkan semua orang ada lebih daripada tiga atau empat suara dalam kepala mereka," katanya.

Bipolar merupakan penyakit kemurungan manik yang menyebabkan gangguan mental.

Pelakon drama Marry Me Senorita ini juga menganggap suara-suara dalaman yang sering bermain di fikirannya adalah sesuatu yang normal sehinggalah dia mendapatkan rawatan.

"Sehinggalah saya sedar (yang perkara itu tidak normal) selepas saya mula makan ubat.


"Saya tak tahu (penyakit bipolar ini datang) disebabkan faktor genetik atau disebabkan kehidupan masa silam saya," ujarnya lagi.

Kekasih kepada aktor Dini Azan Schatzmann, 27, ini juga membuat pendedahan mengejutkan bahawa dia pernah membuat cubaan bunuh diri sebanyak dua kali diusia remaja.

"Seawal usia lapan tahun saya rasa nak mati. Kehidupan kanak-kanak saya tidak seperti rakan-rakan yang lain. Seingat saya, sepak terajang memang jadi 'makanan' buat saya.

"Saya pernah cuba untuk bunuh diri ketika usia 14 tahun dengan menelan beberapa biji panadol yang dicampurkan dengan ubat-ubat lain yang saya boleh dapati pada ketika itu.

"Saya tidak mempunyai sebuah keluarga yang sempurna... dulu duduk dekat sekolah berasrama, jauh.

"Kali kedua saya cuba bunuh diri adalah setahun selepas itu... ketika tahun saya sedang menduduki PMR (Penilaian Menengah Rendah), saya kelar pergelangan tangan di hadapan adik saya sendiri," luahnya.



Menerusi laporan mStar sebelum ini, Janna memuat naik sebuah video sedang menangis disebabkan tekanan yang dihadapinya.



Dalam video tersebut, pengacara Melodi itu berulang kali memberitahu dia penat memikirkan tentang kerja, namun terpaksa meneruskan demi mencari rezeki untuk keluarga.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taji2906 22-4-2021 03:18 PM
apa citer family dia dulu? mangsa dera ke apa?
Quote Buritan 22-4-2021 03:22 PM
U have to stop janna.. aku pun sakit.. byknya sore dlm pala aku.. bg aku laa semua ini tekanan aje.. aku berhenti keje.. buat perkara yg aku suke.. cari kawan yg boleh terima ko seadanya.. jgn pilih rupa status so ko akan happy.. percayalaa
Quote rikuren 22-4-2021 03:23 PM
taji2906 replied at 22-4-2021 03:18 PM
apa citer family dia dulu? mangsa dera ke apa?

maybe susah kot.. n sekarang dia tanggung keluarga la kot...sampai  kena amik job banyak2 sampai tak terkejar sampai letih ...maybe lah
Quote Buritan 22-4-2021 03:26 PM
taji2906 replied at 22-4-2021 03:18 PM
apa citer family dia dulu? mangsa dera ke apa?

Aku tengok muke janna kat first pic pun aku tau dia bermasalah..
Quote tasha 22-4-2021 03:30 PM
rikuren replied at 22-4-2021 03:23 PM
maybe susah kot.. n sekarang dia tanggung keluarga la kot...sampai  kena amik job banyak2 sampai t ...

Eh bukan dia ni anak org kaya ke? Kesian gak klu dia ada penyakit.. semoga cepat sembuh...
Quote Tudungpink 22-4-2021 03:36 PM
Tgk pada cara n kontroversi yg dia cipta aku percaya jugak dia ni sakit.. Semoga dipermudahkan n baik2 ajer la.. Penat sgt pun mungkin jugak.. Non stop keje jer..
Quote eyansss 22-4-2021 03:36 PM
Seingat saya, sepak terajang memang jadi 'makanan' buat saya.
sape sepak terajang ko?  ayah ko?  mak ko?

depression is real and its good to make a move pi minta bantuan doc...
Quote songhara1226 22-4-2021 03:39 PM
Walaupon iolls idokklerr menggemari mek jena, tapi masalah kesihatan mental (yg CLINICAL dignosed) ni x boleh lah buat main2. Semoga Mek Jena diberikan kesembuhan dan ketenangan oleh Allah

Cdgn iolls, mek jena quit je lah from the social media tu, sebab peel mek jena sendiri yg suka cari pasal ngan netizen boleh menyebabkan mek jena sendiri stress
Quote printercomel 22-4-2021 03:50 PM
Come one la. Orang dah menyampah. Drama tak laku sendu tade sambutan ke lepas kes blackpig? Now play pity card nangis nangis dengan harapan orang kesian forgive and move on support u?

Berlakon tu memang kerjaya dia. Kau sorang je la depressed nak commit suicide kat malaysia ni? Kau sorang je la ada childhood problems?

Printer skeptikel perangai dia sebelum ni pun mana pernah baik. Manjang jahat je mulut perangai. Bipolar ni kan kejap baik kejap jahat kejap baik balik.

Ni spesis bipolar tapi dua dua watak evil jahat ke cemana?
Quote dua_chzy 22-4-2021 03:52 PM
Rehat la Janna. Tinggalkan socmed dan dunia hiburan lagha kejap. Spend time dengan orang2 yang sayang ko. Semoga...Yeah, kuat huntok teruskan hidup (tetiba kesian pula dengan budak ni bila dah disahkan bipolar).
Quote Pak.dolla 22-4-2021 03:55 PM
printercomel replied at 22-4-2021 07:50 AM
Come one la. Orang dah menyampah. Drama tak laku sendu tade sambutan ke lepas kes blackpig? Now play ...

Betul sangat apa yg awak ckp
Sama dgn apa yg pak dol nak sampaikan
Quote sarah82 22-4-2021 03:57 PM
Semoga cepat sembuh.. Tu ja mampu aku komen
Quote Lylyna 22-4-2021 03:59 PM
Plot twist nk netizen simpati kat dia.
Quote chekacheku 22-4-2021 03:59 PM
Semoga cepat sembuh..syg muda2 depress akibat peel sdiri..
Quote lolipopbiru 22-4-2021 04:00 PM
tak tahu nk percaya ke tak. kalau betul sakit dh tak main ig dah dan tak cerita kat org dh. tapi jana ni nampak semua benda nak cari pasal
Quote MissYouSayang 22-4-2021 04:00 PM
Susah aku nk percaya dgn dia ni setelah apa yg dah berlaku sbelum ni.dia ni sbelum terkenal, sbelum x bizi pun perangai dia mmg x semengah pun.xpernah berubah.aku rase dia nk meraih simpati jer.mungkin la stesen tv pun dah xnk muke ni lg.dgr kata lain janah senduu...haha.
Quote mesmerize 22-4-2021 04:00 PM
ada voices dalam otak? tu bukan ke schizophrenia?
Quote bakingsoda 22-4-2021 04:03 PM
sape yg dera dia?
Quote Naatasha 22-4-2021 04:05 PM
Edited by Naatasha at 22-4-2021 10:31 PM

"Seawal usia lapan tahun saya rasa nak mati. Kehidupan kanak-kanak saya tidak seperti rakan-rakan yang lain. Seingat saya, sepak terajang memang jadi 'makanan' buat saya."

Ayat atas ni sebijik la mcm iols. Cuma i xde cubaan bunuh diri walaupun peritnye nk teruskn hiduk sbb kena dera mental fizikal.

Lepas bc org ada mental issue sbb trauma kena dera masa kecik i risau sgt. Semoga dijauhkn dari iolsss. doakan iols pls

Lihat semua komen(553)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.098175 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top