CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Selalu Batuk Dan Selsema? Ini Mungkin Puncanya Dan Bagaimana Cara Mencegahnya

25-4-2021 11:39 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4145| Komen: 1|Original author: Oleh: Natrahn

Kredit foto: Property Guru


Lihat siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul? Warna kulat biasanya hijau dan kehitaman memenuhi simen serta jubin ternyata memberi pandangan kurang menyenangkan dan mudah tumbuh dalam persekitaran lembap dan sejuk.

Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.

Kulapuk juga merupakan sejenis kulat yang suka tumbuh dalam persekitaran gelap, lembap, dan hangat. Walau bagaimanapun, warnanya lebih cerah, selalunya putih atau kelabu.


Salah pilih cat yang mengandungi kandungan kapur yang tinggi juga antara faktor yang menyebabkan kewujudan kulat/kulapuk di kediaman anda.

Kredit foto: Harian Metro

Kulat ini sebenarnya tidak baik untuk kesihatan kerana ia boleh menyebabkan atau memburukkan masalah pernafasan, asma dan alahan. Bukan setakat itu sahaja, kulat juga boleh menyebabkan bersin, batuk, selesema berterusan, mata atau tekak gatal, dan kulit yang bermasalah.

Bolehkah kulat ini dicegah? Berikut antara langkah pencegahan boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kulat:

1. Penyahlembapan

Penyahlembapan adalah satu senjata dalam perang kulat dan kulapuk ni. Jadi, pastikan anda buka tingkap selama 15 minit setiap hari untuk pengudaraan yang lebih berkesan.

Kredit foto: Siraplimau

Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur. 

Selain itu, pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah. Masalah kebocoran paip air boleh berlaku tanpa disedari pemilik rumah. Jika terdapat sebarang gejala seperti tompok air atau cat berubah warna pada dinding, sebaiknya atasi terlebih dulu untuk mengelak masalah kulat.

Mungkin perlu mengeluarkan sedikit belanja untuk memperbaiki rumah yang terkesan, namun itu lebih baik untuk mengelak kulat merebak pada dinding dan boleh jadi retakan dalam jangka masa panjang.

2. Elak menjadikan ruang tertutup seperti bilik air dan bilik tidur sebagai ruang ampaian basah

Jangan amalkan tabiat menyidai atau menggantung kain basah pada dinding bilik air atau dalam rumah. Ini kerana suhu dalam rumah lebih rendah berbanding di luar.

Kredit foto: MyInformasi

Tabiat menjemur pakaian di dalam rumah turut menyebabkan kulat mudah membiak. Sebaiknya jemur kain di ruang terbuka atau berangin bagi mengurangkan kemungkinan kulat untuk membiak. Malah tabiat ini boleh menyebabkan kehadiran bau yang kurang selesa pada ruang yang tertutup itu. 

3. Sembur, sental dan lap

Kredit foto: Property Guru

Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur. Caranya, hanya campurkan peluntur dengan air ikut nisbah 4 bahagian air dan 1 bahagian peluntur, anda dah dapat cecair pencuci yang berkesan.

Selain itu, tanggalkan kulat dengan barang alami seperti cuka. Sediakan 300 militer (ml) cuka, 200 ml air dan lima titis minyak asas atau minyak pati.

Buang kulat terlebih dulu dengan span atau berus (direndam di dalam cuka putih) sehingga kulat itu hilang.

Kemudian baru gunakan bancuhan itu dan tuang ke dalam bekas penyembur. Terus sembur pada bahagian dinding yang ditumbuhi kulat dan biarkan untuk beberapa jam. Lap dengan kain lembut dan ulang dua kali. Sebaiknya lap dinding dengan kain kering dan tidak perlu dibilas dengan air biasa.

Kredit foto: Property Guru

Sekiranya kaedah menggunakan peluntur, sabun dan cuka tidak berjaya, anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan produk popular seperti SC Johnson Mr Muscle Mould & Mildew Cleaner, Miracle Mildew Gel dan Clorox Mould & Mildew Remover With Bleach atau Dettol ini.


4. Cat dan guna bahan anti kulat pada dinding

Kredit foto: Property Guru

Kadang-kadang proses pembaikan yang  anda lakukan mungkin menyebabkan sedikit kerosakan pada cat, atau kalau tak berapa baik, dinding/ kawasan tu terjejas teruk.

Menerusi inovasi terkini, pelbagai produk pasaran terutama perincian dinding dan cat mempunyai kriteria antikulat. Sebaiknya buat tinjauan produk terbaik dalam menangani kulat.

Anda boleh cat semula kawasan tersebut setelah kulat/kulapuk dibuang terlebih dahulu. Minta nasihat pada yang pakar untuk pilih cat yang sesuai dengan kediaman anda.

5. Dapatkan bantuan profesional

Akhir sekali, jika masalah ini gagal anda atasi sendiri,lebih baik anda dapatkan nasihat/bantuan pakar sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Kredit foto: Property Guru

Bagi mereka yang tinggal di hartanah berstrata pula, adalah lebih baik berkongsi masalah ini dengan jiran. Ini kerana jika mereka mempunyai masalah serupa, bolehlah minta bantuan dan nasihat pengurusan bangunan bersama-sama untuk menyelesaikannya.

Dengan mencuba tips di atas, semoga korang tidak dihantui kulat lagi. -CARI

Kredit Artikel - Propery Guru dan Public Health Malaysia


2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cariplease 26-7-2021 09:59 PM
Good tips.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.083392 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top