CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Jadi Cleaner Bank, Jual Burger Depan Bengkel, Gadai Gelang Kahwin,” -Achey Hargai Pengorbanan Isteri

21-4-2021 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6240| Komen: 24

Pelawak dan penyanyi, Achey ada menitipkan ucapan indah bersempena ulang tahun kelahiran isteri tersayang, Nur Hasanah Yahaya.

Sambil menzahirkan rasa syukur, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah turut kagumi kecekalan isteri sepanjang mereka melayari bahtera rumah tangga.



Kredit foto: IG


“Bismillah… isteriku ..NUR HASANAH BTE YAHAYA..setiap kali ulang tahun awak saya tak pernah lepas untuk bersyukur dan menyambutnya.

“Sebab saya tau tarikh 21 april ada tarikh lahirnya wanita yang cukup cekal dalam kepayahan dan hebat kesabarannya.

“Susahnya dahulu kita mula2 berkahwin.. takkan saya lupa… tapi awak tenang hadapi bersama… jadi cleaner bank.. jual burger depan bengkel berbumbungkan kanvas… gadai gelang kawin.


“Apa yang kau tak buat dulu demi bantu aku?… semua yang halal awak buat janji lepass,” imbas Achey.



Dia pada masa sama turut mendedahkan, Hasanah menjadi individu terawal yang mempercayai bakat, seterusnya menyokong dirinya untuk terjun dalam dunia seni.

“Dia lah orang pertama percaya dengan kesungguhan saya untuk ujibakat… dialah insan yang buat prop saya sampai saya dapat masuk tv.. dan dia percaya dengan niat saya dalam dunia hiburan yang penuhh dugaan.



“Dia sentiasa mengingatkan saya tentang pentingnya kedua ibu bapa… apa yang terbaik untuk mereka semua.. berbakti sehingga hujung nyawa.

“Soal anak? Dia senyum @tiarazinnirah_official kan ada. Kepada @anne_achey Usah risau di perkata sedikit kesenangan yang awak terima kini…kerana itulah nikmat Allah berikan atas ujian sebelum ini.

“SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG,” tulisnya panjang lebar.




Meninjau ke ruangan komen, para rakan selebriti peminat turut tumpang gembira dengan keharmonian rumah tangga mereka selain turut mengucapkan selamat hari jadi buat Hasanah.

Imbas kembali, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga hampir 10 tahun lalu dan mereka turut menjaga seorang anak angkat perempuan, Tiara Zinnirah. -CARI

Sumber: Media Hiburan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SANKURIANG 21-4-2021 12:01 PM
Dah mula start citer sedih masa susah2 dulu ke?
Quote krustykrab 21-4-2021 12:07 PM
Hasanah ye nama bini dia
Quote makadek 21-4-2021 12:11 PM
So apa nk di ceritakan ...
Quote laksmanabentan 21-4-2021 12:16 PM
makadek replied at 21-4-2021 12:11 PM
So apa nk di ceritakan ...

nak ceritalah dia da kaya da skrg nih..
gitu aja..
Quote cha-cha 21-4-2021 01:00 PM
Ngilu tengok orang drive kereta sambil pegang rakam hp, anak berdiri tengah2 mcm tu.
Quote tipah89 21-4-2021 01:11 PM
bagusnya achey ni, dia xpernah lupa wife dia.. xmcm setengah org nampak duit berkepuk mula la nk cari yg wangi yg cantik.
Quote Diamje 21-4-2021 01:25 PM
Rezeki orang sabar...
Quote mdhelmi 21-4-2021 03:43 PM
dia nk bgtau yg dia menghargai pengorbanan isteri dia
dia mesti kene bgtau semua org
Quote mendeluk 21-4-2021 03:51 PM
aku walau artis dua2 ini . kalau aku terserempak pun, aku tak tau dia and bini artis.
Quote jijilaaa 21-4-2021 03:53 PM
insecurity wanita yang blum dikurniakan anak mmg kuat ye. i fell u sistur...semoga anne tabah dgn dugaan ni...and happy birthday
Quote cupu 21-4-2021 03:58 PM
Dia kan artis...mmg akan ada la post2 mcm ni...tp bila aku usha ig anne ni tgk video achey solat ngan ayah dia sblm meninggal tu aku rs pelawak2 kita ni sebenarnya hati baik...walaupun kebanyakkan sek xtinggi tp bab agama dan akhlak mmg blh puji..jg solat,pandai mengaji.hargai bini,ibu bapa... Tu agaknya mereka murah rezeki. Kita pun yg baik amikla ikhtibar.. Sorang lg si atu zero tu. Solat jemaah xtgl..buat surau infaq mcm2 dkt kg dia sabah...lupa aku ada baca dkt post mana psl dia ahli masjid...jiran2 dia dok pakat komen...org baik org baik..malu plk aku rasa.
Quote Suchi 21-4-2021 04:22 PM
Edited by Suchi at 21-4-2021 04:24 PM
tipah89 replied at 21-4-2021 01:11 PM
bagusnya achey ni, dia xpernah lupa wife dia.. xmcm setengah org nampak duit berkepuk mula la nk car ...


Wife dia ni jenis yang susah dicari sbb jenis lasak.
Achey ada cite dia kenal masa wife dia tu meniaga ikan kat pasar kot.
Masa baru kawen dulu aman2 je berumahtangga kat bengkel je.
Penah tgk gak wife dia masuk pertandingan yg bawak motor dlm hutan tu.
Apa ke nama motor tu lupa plak, tp yela bukan semua pompuan minat hobi gitu. Dengan berlumpur peluh bagai.
Quote Boomibulat 21-4-2021 04:42 PM
Suchi replied at 21-4-2021 04:22 PM
Wife dia ni jenis yang susah dicari sbb jenis lasak.
Achey ada cite dia kenal masa wife dia tu  ...

Sy ada tgk kat RTM channel sukan..ada nama Achey Motorsport..tp x tau klu org lain..motorcross nama sukan tersebut..
Quote 3480 21-4-2021 06:03 PM
Ni bkn citer hasanah tp tentang hasanah
Quote ina_na 21-4-2021 06:28 PM
Semoga Allah x membolak balikkan ati dia mcm kawan dia si Shuk tu la.. Allah nk uji mcm2..
Quote Belibis 21-4-2021 07:25 PM
makadek: So apa nk di ceritakan ...

Ini baru betul2 cerita hasanah...
Quote None68 21-4-2021 07:45 PM
Alhamdulillah semoga yang baik2 aje..
Quote tipah89 22-4-2021 09:48 AM
Suchi replied at 21-4-2021 04:22 PM
Wife dia ni jenis yang susah dicari sbb jenis lasak.
Achey ada cite dia kenal masa wife dia tu  ...

Ooo. memang dari 0 to berkepuk2 la kan..motorcross ek? ha a sis pun tgok wife dia mmg mcm lasak sikit, tapi tengok betul2 wife dia ni kelakau jugak tapi suka sbb dia xovershadow hubby dia xmcm few binik2 pelawak, over to the moon.

Quote de_ikea 22-4-2021 11:47 PM
cupu replied at 21-4-2021 03:58 PM
Dia kan artis...mmg akan ada la post2 mcm ni...tp bila aku usha ig anne ni tgk video achey solat nga ...

Betul. Yg baik2 kita puji dan beriinspirasi.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.089039 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top