CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Dah Minta Izin Bapa" - Asyraf Khalid Dikecam ‘Jual’ Wajah Adik Di IG

20-4-2021 05:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 40305| Komen: 286

Ketika penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan kelahiran cahaya mata kedua pada pagi Isnin, ada juga cerita kurang enak apabila anak tirinya, Asyraf Khalid menerima kecaman netizen.



Kredit foto: IG Asyraf

Asyraf dan isteri, Tya Ariffin dituduh sengaja mencuri perhatian dan 'mempergunakan' kelahiran anak kedua Siti itu bagi menarik tontonan video di saluran YouTube milik mereka.

Rata-rata netizen di Twitter meluahkan kekesalan dan berpendapat pendedahan wajah bayi itu hanya berhak dilakukan oleh Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.




Seorang netizen di laman Twitter, @Aimimiloma menyifatkan tindakan Asyraf itu sebagai tidak beradab.

"Sumpah saya rasa Asyraf ni sangat tidak beradab. Saya rasa ia common sense untuk awak tidak muat naik gambar bayi yang baharu lahir di media sosial. Tokti (Siti Nurhaliza) pun tak muat naik muka depan-depan macam tu lagi kot.

"Dia (Asyraf) boleh buat vlog full pula letak dekat channel Tya, are you kidding me? Ini level tumpang clout (perhatian) macam mana pun tak tahulah," kata netizen tersebut.

Sementara itu, ketika ditanya seorang pengikutnya di laman Instagram, Asyraf menyatakan dia terlebih dahulu telah mendapat keizinan daripada bapanya untuk memuat naik gambar bayi itu di platform media sosialnya.



"Saya dah minta izin daripada ayah saya sebelum memuat naik gambar ini," katanya ringkas.

Sebelum ini, nama Asyraf juga pernah dikecam apabila dia terlebih dahulu membuka akaun laman Instagram anak pertama Siti, Siti Aafiyah sebaik sahaja dilahirkan pada 2018.

Siti selamat melahirkan anak kedua pada pukul 6.21 pagi Isnin di sebuah pusat perubatan di Selangor.




Bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

Siti berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkahwinan, pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 3chanceno 20-4-2021 05:29 AM
Ko patutnya mintak izin dgn mak tiri ko,bodoh!kp paham tak yg popular mak tiri ko bukan bapak ko! attention seeker dan tak gunakan common sense!retis2 yang sendu pun ramai tak tunjuk lagik baby dorang lepas bersalin cuma sipi2 je!
Quote Iimaukasturi 20-4-2021 05:30 AM
Buat la content ank sendiri.. Sibuk ank org dh kenapa
Quote Ferr_Remy 20-4-2021 05:37 AM
Patutla aku mcm pelik aikkkk sng beno Tokti ni kasi permission publickan pic anak baru lepas lahir tak sampai sehari.
Quote SayaSayangMama 20-4-2021 05:39 AM
Euww nyaaaa
Quote namieamuro 20-4-2021 05:44 AM
Edited by namieamuro at 20-4-2021 05:45 AM

tu bapak. yg mak nye bg ke tidak kebenaran? motip video anak org tp watermark jamu bini kau? nmpk sgt smbil menyelam sambil amek kesempatan.

mujur waris kuat utk tokti.
Quote sukacactus 20-4-2021 05:46 AM
Ko tya bapak je, cuba tya mak iti ko, mesti dia xkasi
Ni dah leak camni nak kata apa dah pun
Quote wtvmjls 20-4-2021 05:50 AM
the audacity..siap promote product pulak tu, agak shameless disitu
Quote adeqbun 20-4-2021 05:51 AM
Pantang btol la ngan org lebey sudu drpd kuah laksa bab expose gmbr baby gini..xde common sense ke vini indon die tu pon..bab muke baby pls la bg limelight kat mak baby tu sndr utk expose...
Quote MissVixen 20-4-2021 05:53 AM
Dari anak ke bapak kaki kudakan bini. Nak marah, anak tiri tua bangka sentap pulak. Itu la hasil merampas dk. Nasib baik bini pertama jumpa laki baru yang lagi ok.
Quote Mamaperdana 20-4-2021 05:54 AM
Nmpk sgt pergunakan ct. Of coz mak tiri tu xleh nak ckp ape
Quote applecomel 20-4-2021 05:54 AM
Iimaukasturi replied at 20-4-2021 05:30 AM
Buat la content ank sendiri.. Sibuk ank org dh kenapa

Betul sgt tu......
Quote guesswho09 20-4-2021 05:54 AM
Ct ni baik.  jenis tak suka cari gado
mesti dia akn kata
dia tak kisah as long as
lakinya ok
ct kan isteri yg patuh! hehe...
Quote rainbowrainz 20-4-2021 05:56 AM
Sesungguhnya iols tengah sahur... sabarrrrr saatt...
Quote orkid_amani 20-4-2021 05:57 AM
Edited by orkid_amani at 20-4-2021 06:16 AM

Batak perhatian..DCT tu ntah kesan ubat bius pun tak hilang lagi..tau2 muka baby dah public seantero nusantara. Bodoh simpan sikit. Ank org kot.bukan ank sendiri..apooo..
Quote kinakoyuki 20-4-2021 06:11 AM
Rude.

Bapak ko dah izinkan pon, hormat la sikit hak orang.
Orang tu bertahun2 kot tunggu nak rasa benda2 macam ni. Ntah2 lepasni dah tak dapat peluang mcm ni dah. Bagi la chance yg berhak enjoy the moment.

Banyak sudu sampai tak cukup kuah.. eh! eh!
Quote laradelara 20-4-2021 06:13 AM
Lebih sudu drp kuah? Time yg precious mcm ni utk mak2 mcm ctdk pun nk buat limelight. No empathy nmpknya. Shame on u two
Quote Nham22 20-4-2021 06:16 AM
Cer org buat mcm tu kat anak ko serapp... Lepas tya lahirkan baby org dtg melawat then publish terus kat IG depa masing2x.. Tak tunggu hang publish pon... Ape hang rasee.... Bodow punye sersp n tya
Quote naina 20-4-2021 06:23 AM
Yg mengandung CT yg beranak CT yg keluar duit buat ivf pon tah CT gak. Apahal bapak plak yg ditanya. Harap CT tak kecewa la dengan serap ni. Special moment cmni pon sibuk nak buat bisnes content..
Quote tuttt 20-4-2021 06:36 AM
Adoiiii serap2. Bengap sungguh ye. Yg mengandung, bersalin mak tiri. Patut mintak permission mak tiri yg bersusah payah tu, bkn pada apak yg duduk goyang tel*r tu

Lihat semua komen(286)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.072293 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top