CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Lagi MV Iklan Judi Raya Tunggu Masa

20-4-2021 05:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4771| Komen: 34

Masyarakat diminta berhati-hati dengan kemungkinan penyebaran dua lagi video muzik (MV) bertemakan sambutan Aidilfitri bagi mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa dua video berkenaan hanya menunggu masa untuk disebarkan di media sosial.



Video iklan raya baharu berdurasi pendek yang sedang disiasat pihak polis.

“Kita baru menerima maklumat ada dua lagi video... tapi video ketiga dan keempat ini tidaklah seperti video pertama dan kedua.

“Ia lebih pendek dan juga hanya melibatkan nyanyian lagu raya serta ajak orang untuk terlibat dalam aktiviti perjudian, ” katanya dalam satu temubual bersama mStar di pejabatnya pada Isnin.

Sejak Khamis minggu lalu orang ramai dikejutkan dengan penyebaran dua MV raya promosi judi yang menggunakan khidmat pelakon sambilan dalam kalangan umat Islam.


Susulan itu seramai 18 individu termasuk pelakon bagi kedua-dua MV, ejen pencarian bakat, penyanyi serta kru produksi ditahan setakat ini bagi membantu siasatan.

Tambah Mohamad Zainal, pada petang Isnin pihaknya membebaskan enam individu yang direman sejak Sabtu dan Ahad termasuk dua pelakon bagi MV kedua.


Antara video iklan raya mempromosikan judi yang sedang disiasat.

“Apa yang kita dapat daripada siasatan awal, orang yang kita tahan mendedahkan beberapa nama dan insyaAllah kita akan kesan mereka sampai dapat.

“Kita harap dalam tempoh terdekat akan ada lagi tangkapan, kita sedang berusaha dan tak akan biarkan perkara ini terus berlaku dalam negara, kita kena bertindak segera, ” katanya.

Selain itu Mohamad Zainal turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian.

“Saya juga ingin nasihatkan khususnya anak-anak muda apatah lagi yang beragama Islam supaya jangan terlibat dalam mempromosikan aktiviti judi.

“Tambahan lagi dalam bulan Ramadan, kita minta fikir banyak kali. Jangan hanya fikir profesionalisme tapi fikir juga akidah, agama kita.

“Jangan martabat dan agama ini dijatuhkan oleh orang Islam sendiri. Kita harap tak ada lagi anak muda berlakon semata-mata nak cari duit seperti ini, ” katanya.


Sumber: mStar

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 20-4-2021 05:10 AM
Rindu zaman PH Dap, takde iklan judi Raya waktu itu
Quote otai_g 20-4-2021 05:29 AM
Da makin terdesak agaknya pelakon tmbhn kat msia ni. Job iklan judi pun nak sauk. Ye la phm covid, job x bnyk.
Quote djzara81 20-4-2021 08:08 AM
Puak ni xde amik inisiatif belajar psl sensitiviti agama Islam ke? Balik2 ummah melayu kene tolerate on Qing Ming, Chap Goh Meh & what not.
Quote Tinot7 20-4-2021 08:57 AM
pyropura: Rindu zaman PH Dap, takde iklan judi Raya waktu itu


Sblm jaman dap ph, ada ke iklan judi raya?
Quote isbritneybich 20-4-2021 08:58 AM
masih maintain mentaliti tin miners and prostitutes yang diimport oleh british ke tanah melayu. baguslah ingat asal usul #husnuzon
Quote pyropura 20-4-2021 09:10 AM
So far, 2 iklan judi Raya tu lagu2nya semuanya sedap.
Quote pyropura 20-4-2021 09:12 AM
Edited by pyropura at 20-4-2021 09:14 AM
Tinot7 replied at 20-4-2021 08:57 AM
Sblm jaman dap ph, ada ke iklan judi raya?


Zaman Umno dah ada iklan Lembaga Loteri Kebajikan Masharakat



http://3.bp.blogspot.com/-xyUWAD7wyLI/T8RwPt0hu5I/AAAAAAAADiQ/EVNoBf7dC1U/s1600/IMG.jpg
Quote Tinot7 20-4-2021 09:28 AM
pyropura replied at 20-4-2021 09:12 AM
Zaman Umno dah ada iklan Lembaga Loteri Kebajikan Masharakat



Ni mcm main judi 4D je.. pero pon join sekaki ka?
Quote pyropura 20-4-2021 09:35 AM
Tinot7 replied at 20-4-2021 09:28 AM
Ni mcm main judi 4D je.. pero pon join sekaki ka?

Ada tulis jawi tuh kan, mestilah ramai kaum majoriti tuan tanah yg.burminat
Quote Tinot7 20-4-2021 09:39 AM
Edited by Tinot7 at 20-4-2021 09:52 AM
pyropura replied at 20-4-2021 09:35 AM
Ada tulis jawi tuh kan, mestilah ramai kaum majoriti tuan tanah yg.burminat


Tulisan jawi tu sekadar ckp, akan diundi di Bahau pada...
Mcm yg ditulis dlm bahasa2 yg lain tu.. pero tak dpt baca ke?
Quote pyropura 20-4-2021 09:48 AM
Tinot7 replied at 20-4-2021 09:39 AM
Tulisan jawi tu sekadar ckp, akan diundi di Bahai pada...
Mcm yg ditulis dlm bahasa2 yg lain tu.. ...

Iya loteri utk.semua bangsa. Tapi bangsa majoriti tu sapa? Burundi?
Quote pyropura 20-4-2021 09:49 AM
aotearoa replied at 20-4-2021 09:44 AM
Menjadi-jadi kan sekarang ni? judi, scam, rasuah tahap dewa, polis tak amnah. dah macam Bangladesh , ...

Kan. Sejak DAP liberal takde ni macam2 bende menjadi2 ....
Quote Tinot7 20-4-2021 09:54 AM
pyropura replied at 20-4-2021 09:48 AM
Iya loteri utk.semua bangsa. Tapi bangsa majoriti tu sapa? Burundi?

Iols tak tau la loteri tu utk semua bangsa ke tak. Cuma ditulis dlm pelbagai bahasa.
Yg kuat loteri, bkn ke cainis?
Kaum pero ramai berjudi tak? Pero ni kaki judi ka?
Quote Decaffeinated 20-4-2021 09:55 AM
"Jangan hanya fikir profesionalisme tapi fikir juga akidah, agama kita."

Jaga Thaipusam tu gugat akidah ka tak? Banyak lagi lah contoh kalau nak citer
Quote pyropura 20-4-2021 10:00 AM
Tinot7 replied at 20-4-2021 09:54 AM
Iols tak tau la loteri tu utk semua bangsa ke tak. Cuma ditulis dlm pelbagai bahasa.
Yg kuat lote ...

Tanyalah tok nenek kite, zaman loteri tu ai belum ada
Quote pyropura 20-4-2021 10:02 AM
Decaffeinated replied at 20-4-2021 09:55 AM
"Jangan hanya fikir profesionalisme tapi fikir juga akidah, agama kita."

Jaga Thaipusam tu gugat  ...

Tu belum kira  lagi yg keja kementerian kewangan bahagian kutipan hasil judi/arak kan ;
Quote Decaffeinated 20-4-2021 10:04 AM
pyropura replied at 20-4-2021 09:35 AM
Ada tulis jawi tuh kan, mestilah ramai kaum majoriti tuan tanah yg.burminat

Zaman p ramlee dulu orang2 kampung yang hanya tau baca jawi pun beli loteri. Tapi yang ni tahun 86 ejaan rumi pun 'cabutan' bukan 'chabutan' tapi tulisan jawi masih dikekalkan.
Quote pyropura 20-4-2021 10:09 AM
Decaffeinated replied at 20-4-2021 10:04 AM
Zaman p ramlee dulu orang2 kampung yang hanya tau baca jawi pun beli loteri. Tapi yang ni tahun 86 ...

Tulis jawi dlm.loteri tu nak provok melayu letteww
Quote Tinot7 20-4-2021 10:10 AM
pyropura replied at 20-4-2021 10:00 AM
Tanyalah tok nenek kite, zaman loteri tu ai belum ada

Pero... hang lagi muda drp iols ka???

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.076488 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top