CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular: Langgar Kereta Dari Belakang, Pukul Dan Samun

19-4-2021 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6519| Komen: 52

Klang: Empat lelaki tempatan diberkas kerana disyaki melanggar sebuah kenderaan dari belakang dengan kereta dinaiki mereka sebelum menyamun dan mencederakan mangsa di Taman Sentosa, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, insiden 4.30 petang dilaporkan berlaku ketika seorang pemandu lelaki bersama sepupunya sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang.


"Kenderaan mangsa dikatakan tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki empat lelaki.

"Suspek kemudian didakwa memecahkan cermin kereta, menarik mangsa keluar dari kenderaan dan memukulnya dengan menggunakan kayu.

"Malah, suspek didakwa turut merampas sebuah telefon bimbit milik sepupu mangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.




Berikutan itu, beliau memaklumkan, dua klip video berdurasi 0.24 saat menunjukkan sekumpulan lelaki sedang menendang dan memecahkan cermin kenderaan di tepi jalan raya, tular dalam media sosial sejak semalam.

Mengulas lanjut, Shamsul Amar mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan video itu.

Bertindak atas maklumat dan laporan diterima, beliau berkata, kesemua suspek berumur 23 hingga 35 tahun berjaya itu ditangkap bermula jam 7 hingga 11 malam tadi di beberapa kawasan sekitar daerah Klang Selatan.

"Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati semua suspek yang tiada pekerjaan itu positif dadah jenis methamphetamine.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 19-4-2021 11:17 AM
35 tapi muka dah macam 60..
Quote white_musk 19-4-2021 11:19 AM
Tiada pekerjaan dan positif dadah...

Manakah dia mendapat wang untuk membeli dadah?
Quote paz 19-4-2021 11:20 AM
Apahal perangai macam ni? Handal sungguh, tapi bodo.
Quote Kurex 19-4-2021 11:21 AM
Seret je celaka ni atas permukaan jalan raya yg berlobang2
Quote lil_honey 19-4-2021 11:34 AM
tepat sangkaan budak twitter hari tu. kalan kena tahan, test air kencing, confirm positif semua nih.
Quote Decaffeinated 19-4-2021 11:35 AM
Bahasa apa di hujung rakaman tu?
Quote sarah82 19-4-2021 11:38 AM
Bertindak atas maklumat dan laporan diterima, beliau berkata, kesemua suspek berumur 23 hingga 35 tahun berjaya itu ditangkap bermula jam 7 hingga 11 malam tadi di beberapa kawasan sekitar daerah Klang Selatan.

Nampak mcm tua nak mampos ja.
Quote Decaffeinated 19-4-2021 11:38 AM
Edited by Decaffeinated at 19-4-2021 11:45 AM

"Malah, suspek didakwa turut merampas sebuah telefon bimbit milik sepupu mangsa,"

Rampas salah hp la tu.

Quote BicaraHatiku 19-4-2021 11:40 AM
white_musk replied at 19-4-2021 11:19 AM
Tiada pekerjaan dan positif dadah...

Manakah dia mendapat wang untuk membeli dadah?

buat kerja tu lerrr....entah2 dah merompak byk tempat dah...tak pon pusher.

Quote MissYouSayang 19-4-2021 11:44 AM
Memalukan.semua penyamun tu anak2 melayu.hukum bunuh aja la.jgn kasi membiak.hidup pun menyusahkan org jer
Quote awanysss 19-4-2021 11:48 AM
babi punya penagih..
mampus lg baik..
nak jd penagih dah lah tak berguna, atleast keje la buat beli dadah sendiri..
ni dah lah menagih, pastu samun orang.. ei bencinya aku..
Quote Heynaaa 19-4-2021 12:02 PM
Teruknya sampai nak pecah cermin keta, takda otak ke
Quote Cyempaka 19-4-2021 12:07 PM
Mat baju hijau, ketahuilah muka kau macam kinzir hutan dlm video ni. Dengan perangai sial mcm tu.. kenapalah kau lahir ke dunia,..
Semoga cpt terhapus dr mukabumi ni
Quote salimrock 19-4-2021 12:07 PM
asik sebut mak je....

dia anak mak tu...

.
Quote MissVixen 19-4-2021 12:08 PM
Klang... Memang macam kawasan mafia. Tambah2 kawasan pelabuhan tu. Penagih macam ni patut hukum bunuh je. Hidup pun takde fungsi dan menyusahkan orang.
Quote sfrnna 19-4-2021 12:16 PM
Penagih patut kena tembak mati ja. Menyusahkan orang
Quote nisako 19-4-2021 12:28 PM
eeeeii scary...........
Quote 234126 19-4-2021 12:41 PM
Benda ni la yang buat iol risau nak drive sorang. Siang-siang buta pun risau apatah lagi malam.
Quote prettyuglybabe 19-4-2021 12:48 PM
apa pun, i nak dengar story belah kereta putih tu jugak..
tau la driver sepet ni memang suka play victim..

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.047168 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top