CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kenapa Tahan Yang Diupah?" - Bront Palarae Persoal Polis Tak Tahan 'Pengupah'

18-4-2021 05:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7650| Komen: 23

Kredit foto: IG Bront


Pelakon Bront Palarae mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menahan hanya mereka yang ‘diupah’ terlibat dalam penggambaran sebuah video yang mempromosikan perjudian secara dalam talian sempena Hari Raya Aidilfitri.

Kata Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin, 43, punca masalah adalah mereka yang mengupah bukannya yang diupah.


Kredit foto: Twitter

“Kenapa tahan yang diupah? Punca masalah adalah mereka yang mengupah (pelanggan/pemilik jenama),” ciapnya di Twitter.

Terdahulu, lima lelaki dan tiga wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam penggambaran sebuah video yang mempromosikan perjudian secara dalam talian sehingga menjadi tular dan membangkitkan kemarahan orang ramai.


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata, kesemua individu yang ditahan dipercayai terlibat sebagai pelakon, ejen artis, juruvideo, jurukamera, produser, pengarah dalam penggambaran video berkenaan.

Kesemua mereka direman dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 18-4-2021 05:57 AM
Tahan yg mengupah, lps  sehari 2 ada tgn2 ghaib yg frozenkan kes pun x guna jgk bront.

Aku rs polis yg siasat ni pun da bleh baca. Btw polis yg siasat ni kdg2 mmg jujur, tp ada arahan2 special dr atas, terpaksa la ikut. X ikut kang bala plk yg dpt.
Quote Nham22 18-4-2021 06:29 AM
Camtu la edisi mana2x polis institusi pon.. Sama saja.. Dek kerana tangan2x ghaib... Gitu xperlulahh nak buat undang2x sebenarnye... Sebeb undang2x kalah dgn tangan2x ghaib... Tangan2x ghaib kalau die nak kenekan org tu die boleh... Kalau die nak lepaskan org tu pon die boleh.... Both situation pon depa ade kuasa...
Quote MatDeghem 18-4-2021 06:39 AM
Kerana yang di upah bodoh dan miskin. Di suruh buat keje bodoh dan salah tetap buat.  

Itu sebab di suruh jadi manusia yang pandai dan berakal. Kalau jadi manusia bodoh dan bongkok maka nya di pergunakan oleh orang yang pandai.....dan berwang. Harussss  

Kartel lebih power dari Polis negara. Yang bodoh memang lah di pijak pijak macam sebut...

dead ant dead ant .....

Quote chandrahusin 18-4-2021 07:27 AM
Yg mengupah ada byk duit
Duit ada kuasa
Quote ang_bess 18-4-2021 07:33 AM
Tau la polis buat keje dia. Kalau pikir logik pun kena la tahan pelaku nyer yakni budak2 ni. Daripada siasatan baru la tahu siapa dalang nyer. Macam mana terjadi. Silap2 budak ni jadi saksi nanti. Orang tu ada lah method dan flow dia, tunggu la. Semua nk condemn
Quote mijot 18-4-2021 07:41 AM
dah banyak kes mcm, tangkap ikan bilis konon nak siasait siapa jerungnya...
tapi last2 senyap terus..
yg kena hukuman ikan bilis...
jerung masih bebas berenang...
Quote user.name 18-4-2021 09:31 AM
nak buat cemano? bekas polis yang jadi whistleblower dedahkan geng kartel pon ditahan sebab sebarkan fitnah katanyerr?

Quote sarah82 18-4-2021 10:16 AM
Ni yg aku jumpa kat memes puaka @ 15 minit.

Screenshot_20210418-101511_Instagram.jpg
Quote alieyrina 18-4-2021 10:28 AM
Last2 diam ja tu ja..x yah la beria nak tangkap
Quote antiQue 18-4-2021 10:32 AM
Sah-sah budak2 ni pun miming lagu raya GD333 tu.. naive sangat lah kalau kata tak tau apa2
Quote tagas 18-4-2021 10:38 AM
ang_bess replied at 18-4-2021 07:33 AM
Tau la polis buat keje dia. Kalau pikir logik pun kena la tahan pelaku nyer yakni budak2 ni. Daripad ...

dats rite
investigation should goin with their flow

baru la kes betul2 cantik utk di dakwa

ramuan exhibit bukti utk kertas siasatan

suma cukup utk di sabit kesalahan

org undang2 jer taw ni



sembang dgn bukan org undang2 depa tak faham

tu yg jadik persepi bukan2 makan rasuah bagai

ko ingat senang nak buktikan sesorg tu bersalah

even mmg betul dia bersalah

lebih baik melepaskan 10 org yg bersalah dr menghukum seseorg yg tak bersalah






Quote ang_bess 18-4-2021 11:57 AM
tagas replied at 18-4-2021 10:38 AM
dats rite
investigation should goin with their flow


Macam tulah realiti hari ni tagas. Zamam twitter fb ni ramai yg berlumba2 menunjukkan kebodohan masing2. Asal dapat likes kata nyer
Quote Cik_jantung 18-4-2021 12:11 PM
Wlupun ada tgn2 ghaib tp aku doakan kuasa viral netizen londehkan polis 2 jahat ni satu persatu...
Quote Orix 18-4-2021 12:15 PM
Tangan yg memberi lebih baik dari tangan menerima
Quote SayaSayangMama 18-4-2021 02:36 PM
Sbenarnya iolss kesian je dgn pelakon ni. Mestgi sbb jahil. Ramaia nak muda skrg jahil dan sombong xsuka ditegur contoh tgk je la budak budak kt tik tok ni. Ni dah  terlajak salah nk kata apa, lain kali mngaji dulu. Iolss xrasa diorg sengaja sbb iols pun xtau jenama judi yg ni hahah. Yg tau damacai , magnum dgn 4D je.
Quote tagas 18-4-2021 02:49 PM
ang_bess replied at 18-4-2021 11:57 AM
Macam tulah realiti hari ni tagas. Zamam twitter fb ni ramai yg berlumba2 menunjukkan kebodohan ma ...

Nak sembang undang2 tp tadak ilmu

better dok diam2 supaya tak nampak diri tu bodoh

hujung2 jadik fitnah

kang da kena saman baru menggelupur  
Quote CiliPadiSedap 19-4-2021 07:19 AM
user.name replied at 18-4-2021 09:31 AM
nak buat cemano? bekas polis yang jadi whistleblower dedahkan geng kartel pon ditahan sebab sebarkan ...

Cuba cari google kes ali batcha.
Quote salimrock 19-4-2021 12:01 PM
sebab dpt upah kot?
Quote tipah89 19-4-2021 12:10 PM
siasatan kes ada flow nya, tangkap bilis dulu sebelum ke tuna dan jerung. tapi tapi..eh mls la nk ckp kalau da melibatkan kuasa2 besar ni kan.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.058119 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top