CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lancar Demo Tagih Elaun Raya Dibayar Penuh

13-4-2021 05:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2080| Komen: 1

Description: Golongan pekerja dari Kesatuan Gabungan Pekerja Indonesia (KSPI) melancarkan demonstrasi di sini bagi menuntut elaun cuti Hari Raya (THR) untuk tahun ini dibayar secara penuh.
Golongan pekerja dari Kesatuan Gabungan Pekerja Indonesia (KSPI) melancarkan demonstrasi di sini bagi menuntut elaun cuti Hari Raya (THR) untuk tahun ini dibayar secara penuh.

Lapor CNN Indonesia, kumpulan pekerja mula berhimpun di Patung Kuda sebelum berarak ke Mahkamah Perlembagaan.



Kredit foto: beritasatu

Ketua Jabatan Media dan Komunikasi KSPI, Kahar Cahyono berkata, golongan pekerja mahu THR dibayar secara penuh dan bukannya ansuran bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Terdapat juga tuntutan lain dalam demonstrasi kali ini iaitu KSPI akan mendesak Mahkamah Perlembagaan untuk membatalkan Undang-Undang Cipta Kerja.

“Selain itu, KSPI turut menuntut kerajaan menyegerakan pelaksanaan gaji minimum bagi sektor daerah 2021 dan menyelidik secara menyeluruh mengenai dakwaan rasuah di Badan Penyelenggara Jaminan Sosial Tenaga Kerja,” katanya.




Terdahulu, kerajaan Indonesia mewajibkan semua syarikat swasta membayar THR secara penuh kepada pekerja mereka menjelang Aidilfitri tahun ini.

Mana-mana syarikat yang didapati lambat membayar elaun tersebut akan dikenakan denda dan kerajaan memberi masa bayaran dibuat selewat-lewatnya tujuh hari sebelum raya.


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 13-4-2021 06:48 AM
Dah agak dari leluhur mana.. patut tengah duduk buang masa dekat situ, jizklongklong berjoget sakan lagu gila judi dekat tengah2 tu sebagai hiburan.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.128226 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top