CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fasha Sandha Sambut Birthday Rayfal Bersama Bekas Mentua

13-4-2021 05:16 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 3166| Komen: 3|Original author: Oleh: kp5x

Description: Fasha Sandha Sambut Birthday Rayfal Bersama Bekas MertuaBaru-baru ini aktres Fasha Sandha memuatnaik gambar-gambar di sekitar sambutan hari lahir yang ke lapan tahun untuk anak sulungnya Putra Rayfal ...

Kredit foto : Instagram Fasha, Rajanoora
Baru-baru ini, aktres Fasha Sandha memuat naik beberapa gambar di sekitar majlis sambutan hari lahir ke lapan tahun untuk putera sulungnya, Putra Rayfal Ramli.

Menariknya, melalui gambar-gambar yang dimuat naik di laman Instagramnya, sambutan hari lahir tersebut kelihatan seperti berlatarbelakangkan kediaman bekas mentuanya, Tan Sri Datuk Seri Diraja (Dr) Ramli Ngah Talib dan isteri, YM Raja Puan Sri Datuk Noora Ashikin. 


Kredit foto: Instagram Rajanoora


Selain bekas mentuanya, turut kelihatan bekas suaminya, Rizal Ashram atau lebih dikenali dengan panggilan Jejai, adik beradik suaminya serta sepupu-sepupu Rayfal dan juga Rayqal, abang tiri Rayfal yang juga merupakan anak kepada pelakon Nora Danish. 

Suami Fasha, Aidil Aziz dan anak mereka, Aisha serta adik kepada Fasha, pelakon Elisya Sandha juga turut kelihatan memeriahkan majlis.

Gambar di majlis sama turut dapat dilihat di IG Noora Ashikin.


Kredit foto : Instagram Fasha

Kisah Fasha, Nora dan Jejai pernah menggegarkan industri seni tanah air suatu ketika dahulu dan sehingga kini walaupun ketiga-tiga mereka kelihatan seperti sudah 'move on' dan bahagia dengan kehidupan mereka masing-masing, namun masih ada segelintir peminat mereka yang dikatakan masih lagi belum 'move on'. 

Putra Rayfal dilahirkan pada 15 April 2013. - CARI



kredit foto : Instagram Fasha

Kredit foto : Instagram Fasha

Kredit foto : Instagram Fasha

Kredit foto : Instagram Fasha


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote redz85 13-4-2021 05:21 AM
anak nora danish tu abang kandung sebapa,.. bukan abang tiri.. asal boleh aje wartawan

bekas mak mertua nampak gembira lepas fasha dah tak jadi menantu
Quote Nenasketum 13-4-2021 05:33 AM
Asal tak bawak Mamanya Sandha & hijack event, PS ok jerk kot. Hehehe... statement bunyik macam karat si botox katik plak.
Quote tipah89 13-4-2021 12:54 PM
elok la tu pusing2 situ jugak kan.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.041455 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top