CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1018|Reply: 1

Lancar Demo Tagih Elaun Raya Dibayar Penuh

  [Copy link]
Post time 13-4-2021 05:39 AM | Show all posts |Read mode
Golongan pekerja dari Kesatuan Gabungan Pekerja Indonesia (KSPI) melancarkan demonstrasi di sini bagi menuntut elaun cuti Hari Raya (THR) untuk tahun ini dibayar secara penuh.


Lapor CNN Indonesia, kumpulan pekerja mula berhimpun di Patung Kuda sebelum berarak ke Mahkamah Perlembagaan.




Kredit foto: beritasatu




Ketua Jabatan Media dan Komunikasi KSPI, Kahar Cahyono berkata, golongan pekerja mahu THR dibayar secara penuh dan bukannya ansuran bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.


“Terdapat juga tuntutan lain dalam demonstrasi kali ini iaitu KSPI akan mendesak Mahkamah Perlembagaan untuk membatalkan Undang-Undang Cipta Kerja.


“Selain itu, KSPI turut menuntut kerajaan menyegerakan pelaksanaan gaji minimum bagi sektor daerah 2021 dan menyelidik secara menyeluruh mengenai dakwaan rasuah di Badan Penyelenggara Jaminan Sosial Tenaga Kerja,” katanya.








Terdahulu, kerajaan Indonesia mewajibkan semua syarikat swasta membayar THR secara penuh kepada pekerja mereka menjelang Aidilfitri tahun ini.


Mana-mana syarikat yang didapati lambat membayar elaun tersebut akan dikenakan denda dan kerajaan memberi masa bayaran dibuat selewat-lewatnya tujuh hari sebelum raya.




Sumber: Utusan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2021 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak dari leluhur mana.. patut tengah duduk buang masa dekat situ, jizklongklong berjoget sakan lagu gila judi dekat tengah2 tu sebagai hiburan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.064126 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list