CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tawar Ganjaran RM5,700 Pulangkan Arnab Kesayangan

13-4-2021 08:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2063| Komen: 6

Description: Arnab terbesar di dunia dilaporkan dicuri daripada kandangnya di Worcestershire, United Kingdom.
Arnab terbesar di dunia dilaporkan dicuri daripada kandangnya di Worcestershire, United Kingdom.

Menurut Polis West Mercia, Darius, seekor arnab baka Continental Gergasi sepanjang 4 kaki itu dipercayai dicuri dari rumah tuannya, Annette Edwards pada Sabtu, memetik laporan portal berita BBC.



Kredit foto: BBC/COPYRIGHTWEST MERCIA POLICE

"Kami menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat tentang arnab ini tampil ke hadapan.

"Dipercayai arnab baka Continental Gergasi ini dicuri daripada kandangnya yang terletak di laman tuannya pada Sabtu, 10 April 2021," kata jurucakap Polis West Mercia.

Edwards turut menawarkan ganjaran kira-kira RM5,700 (£1,000) kepada individu yang memulangkan arnab kesayangannya itu.

Darius dinobatkan sebagai arnab terbesar yang masih hidup oleh Guinness World Records pada April 2010.

Sebelum ini, pemegang gelaran tersebut dimiliki ibu Darius, Alice, yang juga dimiliki Edwards.



Sumber: Awani
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rajawali 13-4-2021 08:24 AM
dah selamat jadi BBQ kot
Quote depresio 13-4-2021 09:48 AM
Besarnya 4 kaki
Quote highcastle 13-4-2021 09:52 AM

Kalau orang lurus tak baca berita seluruhnya akan jawab hang punya komen..

Arnab memang ada 4 kaki

Quote shernazz 13-4-2021 10:06 AM
Gila dasst
Kalau bantal bestnya..hahaha
Gebu2 gitu
Quote depresio 13-4-2021 10:42 AM
highcastle replied at 13-4-2021 09:52 AM
Kalau orang lurus tak baca berita seluruhnya akan jawab hang punya komen..

Hahahaha
Lansung aku tak terfikir
Hahaha
Quote mejaputih 13-4-2021 11:19 AM
mesti berat ni...camne org curi tu angkat..hihi

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.050163 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top