CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pendatang Baru Takkan Ada Peluang Kalau Kita Asyik Kritik - Rosyam

7-4-2021 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2137| Komen: 1

Description: Pelakon senior, Datuk Rosyam Nor berharap para pendatang baru dapat menggunakan setiap peluang yang terhidang dengan sebaiknya andai mahu nama terus kekal relavan dalam jangka masa lama.
Pelakon senior, Datuk Rosyam Nor berharap para pendatang baru dapat menggunakan setiap peluang yang terhidang dengan sebaiknya andai mahu nama terus kekal relavan dalam jangka masa lama.


Kredit foto: IG MH

Menurut Rosyam yang turut terkenal dengan jolokan ‘Hero Malaya’ itu lagi, meskipun ketika ini amat mudah bagi seseorang itu untuk bergelar pelakon, namun mereka harus sentiasa berusaha demi memperbaiki kualiti lakonan dari semasa ke semasa.

“Dalam keadaan sekarang ini, penerbit tidak mempunyai banyak pilihan. Sama juga seperti zaman-zaman saya dahulu. Kita tak boleh mengukur kebolehan seseorang pelakon itu hanya menerusi satu atau dua kali dia muncul di kaca televisyen.

“Di Malaysia ini, nak jadi pelakon bukanlah susah sangat. Apabila seseorang itu dikenali, mereka pun dah boleh jadi pelakon. Mereka tak tengok sijil apa yang kita ada.


“Tapi kalau ada kekurangan, mereka mesti belajar memperbaiki mutu lakonan mereka.

“Kalau mereka tiada usaha untuk memperbaiki kelemahan, mereka akan hilang dari radar. Jika mereka komited, mereka mampu untuk mengukuhkan jenama mereka sendiri,” katanya kepada MH.


Kredit foto: IG Rosyam

Sebagai penerbit, Rosyam juga mengambil kira mengenai pemilihan para pelakon terutamanya bila melibatkan soal sikap.

“Saya bukan tak kisah, saya tengok juga latar belakang dan sikap mereka tetapi saya tak menghalang sesiapa pun untuk menjadi pelakon.

“Dunia lakonan ini luas. Permulaan kehidupan saya sebagai seorang pelakon pun kalau asyik dikritik bermakna saya juga tidak akan ada peluang.



“Kalau kita asyik mengkritik semua orang, mereka tidak akan ada peluang. Bagaimanapun, apabila seseorang pelakon itu mendapat tempat dan dia melakukannya dengan baik, lama-lama orang tidak akan kritik.

“Semua orang bermula dengan kelemahan tetapi kalau dah lima atau enam tahun pun ada kelemahan lagi, itu memang bermasalah,” katanya lagi.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucim 7-4-2021 10:52 PM
Klau dah menyanyi pun sebutan tak jelas..pili2 bomba pili2 api

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.043418 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top