Muizz Nasruddin menjelaskan dia melafaz cerai terhadap Nadia Brian, 31, di luar mahkamah kerana tarikh perbicaraan lambat ditetapkan. "Lafaz cerai dilakukan malam Jumaat lalu di kawasan perumahan di Puchong dan bersaksikan wakil daripada dua pihak. "Disebabkan mahkamah lambat menetapkan tarikh perbicaraan, saya membuat keputusan untuk melafazkan cerai di luar mahkamah. Dengan cara ini kami dapat 'move on' dengan kehidupan kami," katanya. Terdahulu media melaporkan Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi mengesahkan mereka sudah bercerai talak satu. Katanya, perceraian dilakukan di luar mahkamah sesuai permintaan Muizz. Ingin meneruskan kehidupan masing-masing, Muizz berharap dirinya tidak lagi dikaitkan dengan Nadia dan dalam masa sama mendoakan supaya bekas isterinya bertemu kebahagiaan di dunia dan akhirat. "Semoga dia dapat kebahagiaan yang dicarinya," katanya. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019 dan tidak dikurniakan cahaya mata. Sumber: Harian Metro
|
kiah_mai_pulak: mmg tawar hati betul muizz ni kat nadia ya
winky1 replied at 7-4-2021 08:20 AM
Masa berkawan mesti lay everything on the table. Jangan impress each other jer. Especially finances ...
kiah_mai_pulak: mmg tawar hati betul muizz ni kat nadia ya
S1nch4n replied at 7-4-2021 09:21 AM
Mmg dia dah tawar hati, sumber cakap smpai serik si muizz dibuatnya
ADVERTISEMENT