CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Makcik Petir Sudah Tiada - Pelakon Noryati Taib Meninggal Dunia

7-4-2021 09:20 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 5353| Komen: 36|Original author: Oleh: rikuren

Description: Dukacita dimaklumkan Mama saya telah meninggal dunia pada 1.45pagi sebentar tadi.
Kredit foto:


Dukacita dimaklumkan Mama saya telah meninggal dunia pada 1.45pagi sebentar tadi.

Demikian kapsyen  Faizul Hafiz Hashim, anak kepada pelakon Noryati Taib, 63, di akaun sosial Facebooknya memaklumkan pemergian ibu tercinta.


Loading FB Post...

Noryati Taib yang juga terkenal dengan gelaran Makcik Petir dikhabarkan meninggal dunia jam 1.45 pagi tadi. Berita sedih ini turut dikongsi anak saudaranya yang juga pengarah drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin.



Loading FB Post...

Pada 3 Februari lalu, BH Online melaporkan Allahyarham disahkan positif COVID-19. Bagaimanapun, selepas hampir dua minggu dirawat, Allahyarham disahkan pulih daripada jangkitan wabak berkenaan.

Sebagai info pada 2017, arwah dilaporkan pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru. Dalam pada itu, sebelah kakinya terpaksa dipotong kerana menghidap penyakit kencing manis.


Kredit foto: Harian Metro

Allahyarham terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote danieladam 7-4-2021 07:46 AM
Salam takziah..inalilah. xde dah makcik petir lepas ni.
Quote ashilalat 7-4-2021 07:47 AM
danieladam replied at 7-4-2021 07:46 AM
Salam takziah..inalilah. xde dah makcik petir lepas ni.

Rasa macam dah lama dia sakit tapi aritu macam dah sihat.
Quote dudaberhias 7-4-2021 07:47 AM
Salam takziah, bestnya watak dan lakonan dia, sampai ke sekarang takkan boleh lupa. walaupun tak pernah dapat main character
Quote baby_bro85 7-4-2021 07:52 AM
ashilalat replied at 7-4-2021 07:47 AM
Rasa macam dah lama dia sakit tapi aritu macam dah sihat.

Bbrp bulan lepas makcik petir kena covid pas baik dr covid tahap kesihatan dia makin menurun..
Quote ashilalat 7-4-2021 07:56 AM
baby_bro85 replied at 7-4-2021 07:52 AM
Bbrp bulan lepas makcik petir kena covid pas baik dr covid tahap kesihatan dia makin menurun..

Oooo..dia ada kena covid ye. Tak perasan pulak. Jadi ni side effect after covid la kot. Semoga arwah ditempatkan di syurga bersama org beriman
Quote malaygirl 7-4-2021 07:56 AM
Takziah kepada ahli keluarga makcik petir. Suka tengok makcik ni berlakon.
Quote mijaa 7-4-2021 07:57 AM
Innalillahiwainnailaihirojiunn. Suka tgk arwah berlakon. Salam takziah.
Quote nipskacang 7-4-2021 07:58 AM
Takziah buat fmly acik petir.
Quote kiah_mai_pulak 7-4-2021 08:02 AM
innalillah wainnailahirojiun
Quote zehra2 7-4-2021 08:02 AM
Al Fatihah. Takziah kepada keluarga
Quote mamaneesa 7-4-2021 08:04 AM
oo makcik ni panggil makcik petir ek...baru tau...

innalillahi iwainnailaihi rojiun
Quote Anaya84 7-4-2021 08:06 AM
takziah kepada ahli keluarga.. al fatihah
Quote mieymiey 7-4-2021 08:06 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun. Takder dah acik petir. Iols suka arwah acik ni berlakon, geram jer dengar dia membebel dengan suara macam petir. Al fatihah. Semoga arwah acik petik diampunkan segala dosa dan tergolong dalam kalangan hambaNya yang beriman.
Quote sukacactus 7-4-2021 08:11 AM
Salam takziah buat keluarga arwah
Quote mrsbale 7-4-2021 08:15 AM
Innalillahiwainnailahirojiun..
Takziah kepada ahli keluarga..
Suka tgk arwah macik ni belakon
Quote harkktuih 7-4-2021 08:20 AM
Allahummagfirlaha warhamha wa'afihi wa'fuanha..

Takziah buat family Noryati Taib & Budak ijat..
Quote emera 7-4-2021 08:22 AM
Innalillahiwainnailaihirojiuun takziah untuk keluarga arwah.
Quote yylkasy 7-4-2021 08:29 AM
Salam takziah. Suka tengok arwah ni berlakon
Quote 3chanceno 7-4-2021 08:30 AM
Inallillah dan salam takziah untuk keluarga beliau

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.248221 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top