Muizz Nasruddin menjelaskan dia melafaz cerai terhadap Nadia Brian, 31, di luar mahkamah kerana tarikh perbicaraan lambat ditetapkan.
Kredit foto: IG Muizz & Nadia
"Lafaz cerai dilakukan malam Jumaat lalu di kawasan perumahan di Puchong dan bersaksikan wakil daripada dua pihak.
"Disebabkan mahkamah lambat menetapkan tarikh perbicaraan, saya membuat keputusan untuk melafazkan cerai di luar mahkamah. Dengan cara ini kami dapat 'move on' dengan kehidupan kami," katanya.
Terdahulu media melaporkan Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi mengesahkan mereka sudah bercerai talak satu.
Kredit foto: IG Nadia
Katanya, perceraian dilakukan di luar mahkamah sesuai permintaan Muizz.
Ingin meneruskan kehidupan masing-masing, Muizz berharap dirinya tidak lagi dikaitkan dengan Nadia dan dalam masa sama mendoakan supaya bekas isterinya bertemu kebahagiaan di dunia dan akhirat.
"Semoga dia dapat kebahagiaan yang dicarinya," katanya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Harian Metro |