Pelajar berusia 15 tahun meninggal dunia ketika mengikuti latihan silat. Menurut laporan TribunNews, jenazahnya dihantar pulang ke rumah sebelum keluarga dimaklumkan mengenai kematiannya.
Difahamkan, mangsa mengikuti latihan di lapangan Palar di Klaten, Jawa Tengah. Biasanya dia keluar rumah untuk mengikuti latihan pada jam 8 malam dan pulang hampir subuh. Namun, keluarga terkejut kerana pada hari kejadian jenazah mangsa dihantar ke rumah oleh pihak hospital sedangkan mereka langsung tidak dimaklumkan mengenai kematiannya oleh pihak perguruan silat. Mangsa dikenali sebagai seorang anak yang pendiam dan rajin membantu keluarga serta jiran-jiran. Dia yang sudah setahun mengikuti latihan silat di situ dikatakan pernah dilarang bapanya daripada menyertai aktiviti berkenaan, namun tidak diendahkannya.
Jenazah mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bhayangkara Jogja untuk dibedah siasat atas permintaan keluarga. - CARI
|
Nana_Man replied at 5-4-2021 10:21 AM
Apa yg terjadi masa latihan silat tu? Mcm something fishy....
angelofish: kesian mati jadi anak derhaka
ADVERTISEMENT