CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Semak Kahwin Kat Rumah Papa" - Cef Wan Takkan Sponsor 100% Majlis Serina

5-4-2021 07:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 58329| Komen: 368

Cef selebriti tersohor negara, Cef Wan meluahkan keengganannya untuk sekali lagi berhabis duit melabur untuk melabur duit melangsungkan majlis perkahwinan kali kedua anaknya, Serina Redzuawan.

Menerusi satu hantaran ‘panjang lebar’ yang dimuat naik cef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail dalam Instagramnya, dia berkongsi luahan tersebut berdasarkan pengalaman lalu apabila menaja 100 peratus perkahwinan pertama Serina dengan suami terdahulu.


Kredit foto: IG Cef Wan

“Suruh bakal suami kamu untuk membayar duit majlis perkahwinan sama seperti apa yang aku buat menaja 100 peratus perkahwinan kau dulu.

“Dia (pihak lelaki) yang gatal nak kahwin biarlah dia yang bertanggungjawab menanggungnya. Sejujurnya saya sudah serik tanggung 100 peratus perkahwinan anak saya termasuk anak lelaki sehingga dua kali!

“Pada akhirnya kamu lihat apa yang perlu saya tanggung? Cukup-cukuplah,” ujar Cef Wan.


Dalam hantaran itu juga, cef berusia 63 tahun itu juga enggan mengadakan majlis perkahwinan Serina di rumahnya kerana tidak mahu berasa penat dan membazir.



Dalam pada itu, Cef Wan turut memberikan cadangan supaya Serina tidak membazir dan menggunakan belanja yang ada untuk memberi sedekah kepada anak-anak yatim sebagai amalan untuk akhirat.

“Rezeki lebih pergi beri makan anak-anak yatim lagi baik dan tentu saham akhirat itu ada daripada belanja majlis perkahwinan mahal-mahal. Membazir.

“Sudah terkena sekali cukuplah. Habis duit papa tak pasal-pasal, kerja setengah mati hari-hari. Yang penting nikah, halalkan yang haram sudahlah.

“Kahwin kali pertama okeylah, ini dah dua kali. Anak lelaki saya (Muhammad Nazri) esok nak kahwin kali ketiga (akan datang). Naik bulu roma ingatkan duit kita nak habis!” katanya.



Terdahulu, Kosmo! Online pada 17 Mac lalu melaporkan bahawa Cef Wan mahu Serina dan teman lelakinya mengenali hati budi masing-ma¬sing sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Menurutnya, dia bukan mahu menghalang anaknya berkahwin dengan penjawat awam berusia 35 tahun itu, namun trauma dengan kegagalan perkahwinan pertama Serina bersama suami terdahulu, Gavin Edward OLuanaigh apabila berakhir dengan perceraian. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 5-4-2021 07:56 AM
marah betul papa
iye la  habis ratus ribu
hujung2 kedua ank nya bercerai
buat je la majlis simple/nikah jerk..da kali ke2 kut
doakan je la kebahagiaan mereka
Quote evilcooler 5-4-2021 08:06 AM
i lap u chef wan.
Quote hashashes 5-4-2021 08:06 AM
Aik anak jantan pun dok berharap duit papa gak nak kahwin?
Quote wallflower 5-4-2021 08:07 AM
Hello serina anak ke2 ya. Wartawan ni sedap2 hati je tulis anak sulung.
Quote dejure 5-4-2021 08:13 AM
dulu serina kahwin dia juga yg gatal sponsor besar besaran kononnya nk tunjuk kat dunia sbb keluar kat afc.skg nk mengungkit pula..
Quote 3chanceno 5-4-2021 08:14 AM
hashashes replied at 5-4-2021 08:06 AM
Aik anak jantan pun dok berharap duit papa gak nak kahwin?

Ramai cam gini!jiran i pun sponsor semua untuk majlis anak lelaki dia!anak jantan baru 6 bulan habis latihan dan jadi pekerja fulltime..okey la kalau mak bapak banyak pitih
Quote me12345 5-4-2021 08:15 AM
Dh byk kali kawin..suh la bakal laki tanggung...
Quote wolfheart 5-4-2021 08:17 AM
Anak dia. Duit dia. Yg menanggung pon dia. Pandai2 dialah.
Quote helicornia 5-4-2021 08:17 AM
time pkp ni lagi jimat.tk perlu buat majlis besar besaran pun sbb jemputan terhad. takkan serina tk mampu. lain la kalau serina nk beli fresh flower 4 tan
Quote ketambangkang 5-4-2021 08:17 AM
alahai papa ni, jgn la mengungkit..tu kan sema jodoh rahsia Allah papa..papa dlu pon jodoh x kekal jugak khennn
Quote hayrin86 5-4-2021 08:24 AM
Boleh aje buat majlis ala kadar, yang penting musim C19 tak perlu ramai jemputan
Quote NotYou 5-4-2021 08:25 AM
Ya ampun panjang.lebar dia bebel kat ig...tapi memang btl lah buat kat masjid sudah tak yah nak pelamin2 ni smua...aku rasa chef wan dah penat layan kerenah anak2 dia hujung2 dia kecewa...sgt paham perasaan dia...dah tua2 ni chef hidup untk diri sendiri sudah...anak2 pun dah tua bangka branak pinak.pandai dorang pikir sendiri
Quote juruterra 5-4-2021 08:27 AM
setuju dgn chefwan, nanti anak2 iols pun nk buat majlis simple2 camni. most yg dtg pun setakat acquintences tu bkn close sgt pun, some are not genuinely happy for our family. Dtg setakat nk membawang...baikla jemput yg betul2 rapat je, duit pun x membazir
Quote buangmasa 5-4-2021 08:32 AM
dalam bab ni, pak nil lebih bagus.. tak pernah bitter hal anak-anak dalam sosial media.. kemas tersimpan semua.

sokong juga apa chep wan cakap tapi tak perlu spill more tea. ni memang bagi orang racik bawang kenduri terus
Quote keds 5-4-2021 08:38 AM
buangmasa replied at 5-4-2021 08:32 AM
dalam bab ni, pak nil lebih bagus.. tak pernah bitter hal anak-anak dalam sosial media.. kemas tersi ...

Kan......? Macam tak boleh buat family WhatsApp group je , nak juga kecoh satu dunia.
Quote lanse 5-4-2021 08:41 AM
buangmasa replied at 5-4-2021 08:32 AM
dalam bab ni, pak nil lebih bagus.. tak pernah bitter hal anak-anak dalam sosial media.. kemas tersi ...

Setuju. Hal hal family ni jgn upload di sosial media.
Quote abadi84 5-4-2021 08:42 AM
Pedas..tapi sangatlah betul.
Nikah sudahlah serina..
Kali ke 2 dah pun.
Majlis kali pertama dulu rasanya puas dah kot pakai baju pengantin
Quote sukacactus 5-4-2021 08:46 AM
Papa je yg serik & beringat, ank2 dia x
Dari dl camtu la mengharapkan duit papa je pun
Quote djzara81 5-4-2021 08:46 AM
Ape yg tok wan ckp tu betul tapi over nau canang satu dunia mcm buka pekung plak.

Lihat semua komen(368)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045135 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top