CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ringgo Arrow Alami Masalah Jantung Bengkak Dan Berair

2-4-2021 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2534| Komen: 8

 Vokalis kumpulan Arrow yang pernah popular dengan lagu Aku Tak Marah, Ringgo, 51,  kini menerima rawatan di wad Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Kelantan akibat masalah jantung bengkak dan berair.


Ringgo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli dihubungi berkata, dia mendapatkan rawatan di hospital terbabit mulai hari ini selepas berdepan masalah kesukaran tidur.

"Saya selalu sibuk buat 'live' di media sosial dan menyanyi di sana sini. Makin lama, makin semput dan seperti susah nak bernafas. Malah, jika nak tidur pula kena dalam keadaan duduk dan tak boleh baring.

"Semalam, saya buat urutan dan terus tak boleh tidur langsung. Ikutkan dah 10 hari, saya tak boleh tidur dengan betul dan itu yang buat saya ambil keputusan ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan," katanya kepada Harian Metro.


Foto: Harian Metro


Menurut Ringgo, doktor juga memberitahu gejala kurang tidur yang dihadapi turut menyebabkan darahnya cepat naik.

"Jantung saya pun bengkak akibat kuat merokok. Jadi, doktor buat keputusan tahan saya di wad dan beri ubat untuk kerap buang air kecil.

"Ia supaya air yang berlebihan dalam jantung saya berkurangan. Kalau air terlalu banyak dalam jantung, itu yang buat saya jadi  susah nak bernafas.

"Malah, keadaan saya pun seperti orang yang ada penyakit lelah. Duduk, berdiri serba tak kena. Ketika buat urutan, saya diberitahu jantung memang ada masalah dan bila buat imbasan sinar X, didapati jantung dah bengkak," katanya.



Bagaimanapun, Ringgo memaklumkan dia tidak pernah mempunyai masalah kesihatan sebelum ini serta tidak juga mengambil apa-apa jenis ubat.

"Dah jadi kebiasaan, saya sihat saja selama ini dan jarang pula sakit. Tapi, bila sekali dah sakit nampaknya akan ambil masa berbulan untuk sembuh," katanya.

Ditanya juga operasi gerai roti canainya,  Ringgo berkata kini semuanya diuruskan buat sementara waktu oleh anak lelakinya yang selalu membantu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 2-4-2021 12:23 PM
Berhentilah merokok tu..
Quote Plain-tif 2-4-2021 01:38 PM
Takut lepas ni ada kidney problem plak. Semoga cpt sembuh bro ringgo
Quote cap_ayam 2-4-2021 01:49 PM
ye biasanya kalau bengkak2 ni punca dari buah pinggang. Moga cepat sihat bro Ringgo.
Quote riena3321 2-4-2021 03:16 PM
cepat la sembuh. dah lama plan nak mkn roti canai dia
Quote ikanmasin 2-4-2021 04:29 PM
semoga cpt sembuh...
Quote pavlovachoc 3-4-2021 01:09 PM
Semoga cepat sembuh..dulu minat lagu dia.. dengar malam mse tgh belajar
Quote kiah_mai_pulak 3-4-2021 06:36 PM
innalillah... semoga cpt sembuh
Quote babyorange 3-4-2021 06:50 PM
Die ni kawen ke duda ke bujang trlaJak?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.037949 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top