CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lempar 900,000 Won Keluar Tingkap Tak Puas Hati Kena Bayar Wang Pendahuluan

2-4-2021 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1725| Komen: 2

Description: Gara-gara berang, seorang lelaki warga Jepun bertindak melempar keluar wang bernilai 900,000 won (kira-kira RM3,303) dari tingkap bilik sebuah hotel di Yongin dekat wilayah Gyeonggi, Korea Selatan.
Gara-gara berang, seorang lelaki warga Jepun bertindak melempar keluar wang bernilai 900,000 won (kira-kira RM3,303) dari tingkap bilik sebuah hotel di Yongin dekat wilayah Gyeonggi, Korea Selatan.



Gambar hiasan

The Korea Times melaporkan, insiden itu berlaku jam 10.40 pagi, Sabtu lalu.

Jurucakap Polis Yongin Dongbu memaklumkan lelaki berusia 60 tahun itu sedang menjalani kuarantin di sebuah bilik dekat tingkat 13 hotel berkenaan.

Lelaki terbabit bertindak begitu kerana tidak berpuas hati terhadap salah seorang kakitangan di hotel berkenaan.

Ia selepas kakitangan terbabit memintanya membayar 1.6 juta won (kira-kira RM5,871) sebagai wang pendahuluan untuk menginap di hotel berkenaan.

Difahamkan, berlaku pertengkaran mulut antara mereka sebelum akhirnya, lelaki itu melempar puluhan wang kertas 50,000 won (kira-kira RM143), enam keping wang 10,000 won (RM37), sekeping wang 5,000 won ( RM18) dan tiga keping wang 10,000 yen (kira-kira RM375).


Semuanya berjumlah 900,000 won (RM3,303).

Susulan itu, polis mengutip wang yang jatuh bertaburan di atas jalan raya. Wang itu kemudiannya diserahkan kepada kakitangan hotel.

Kakitangan hotel memulangkan wang itu kepada lelaki terbabit sewaktu mendaftar keluar dari hotel berkenaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 2-4-2021 01:06 PM
Bawak bincang elok2 dengan pihak pengurusan kan lebih elok dari buat perangai macam tu
Quote jazaa100 2-4-2021 01:13 PM
mesti pastu rasa malu....

buat pangai panas baran tapi org masih layan elok elok.....

bangsa trisna & priska je tak de perasaan tu, lg org layan elok, lg di caras nya laki org tu...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.044825 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top