CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Suami Yang Pening-Pening,"- Tiga Bulan Kahwin, Dayana Roza Dah Hamil

1-4-2021 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4899| Komen: 10

Selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Dayana Roza berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak sulung.

Masih dalam fasa kehamilan trimester pertama, Dayana, atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 29, berkata buat masa ini dia tidak mengalami sebarang alahan teruk.



Foto: IG

"Alhamdulillah kandungan masih baharu lagi, kalau ikut kiraan doktor usia dah lebih 10 minggu... semestinya sangat teruja menerima berita gembira ini.

"Syukur awal kehamilan saya tak alami alahan teruk, semuanya normal sahaja... cumanya sekarang tak boleh kalau tak makan.

"Kalau saya tertinggal waktu makan, mulalah perut masuk angin dan muntah-muntah... jadi saya kena ada makanan yang boleh kunyah-kunyah," katanya kepada mStar.


Sebelum itu, menerusi Instagram, pelakon drama Seadanya Aku ini berkongsi foto imbasan ultrasound kandungannya.



Dalam perkongsiannya itu, Dayana meminta orang ramai mendoakan agar bayi dalam kandungannya membesar sihat dan proses kehamilan itu dipermudahkan.

"Ucapan 'Hi' pertama kamu kepada mummy dan daddy. Saya tak sabar lagi untuk menjadi yang pertama dalam segalanya sayangku.

"Doakan semuanya dipermudahkan ya!" tulisnya bersama tanda pagar (hashtag) Adale Dayana Junior dan September Baby.


Dalam pada itu, Dayana mendedahkan suaminya iaitu A'dale Adham Ayahudin pula berdepan alahan semasa bulan pertama kehamilan.

"Saya okay sahaja, tapi kalau nak tahu masa awal mengandung suami pula yang alami pening-pening.




"Mungkin alahan itu turut dirasai oleh suami, sekarang ini Alhamdulillah dia pun dah okay!" ujarnya.

Dayana dan A'dale mendirikan rumah tangga di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 20 Disember 2020. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 1-4-2021 11:10 AM
Laaa dah kawen ke.. kesian mcm xde pun berita lalu lalang fb. Admin xnk up ke berita artis lain kawen. Xdpt byk traffik kot.
Quote ciksaenara 1-4-2021 12:22 PM
tahniahh lerrr......
Quote swimswim 1-4-2021 08:27 PM
Tahniah rezeki
Quote kiah_mai_pulak 1-4-2021 08:34 PM
sedar2 dh hamil... tahniah lahh
Quote FY08 1-4-2021 09:09 PM
Aku lupa ke dia dh kawen?
Quote sukacactus 1-4-2021 11:08 PM
Tahniah dah mengalami hamil
Semoga ank pun putih seperti impian nenek kepada suami dayana
Quote newyork 1-4-2021 11:20 PM
Yg ingat dia ni pernah bercuti di Baling dgn mamat motor omputih tu..
Quote Suchi 1-4-2021 11:28 PM
Sebutan nama laki dia cam Adele tu ke?
Quote marikhgirl 2-4-2021 07:13 AM
Ribu ribu tahniah..
Quote Nenasketum 2-4-2021 08:59 AM
Sendu nya budak kampung Kelang nih. Gigih nak nunjuk bag ysl yer. Tahniah lah, ia suatu kejadian yang normal

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.036775 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top