|
|
Selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Dayana Roza berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak sulung.
Masih dalam fasa kehamilan trimester pertama, Dayana, atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 29, berkata buat masa ini dia tidak mengalami sebarang alahan teruk.
 Foto: IG
"Alhamdulillah kandungan masih baharu lagi, kalau ikut kiraan doktor usia dah lebih 10 minggu... semestinya sangat teruja menerima berita gembira ini.
"Syukur awal kehamilan saya tak alami alahan teruk, semuanya normal sahaja... cumanya sekarang tak boleh kalau tak makan.
"Kalau saya tertinggal waktu makan, mulalah perut masuk angin dan muntah-muntah... jadi saya kena ada makanan yang boleh kunyah-kunyah," katanya kepada mStar.
Sebelum itu, menerusi Instagram, pelakon drama Seadanya Aku ini berkongsi foto imbasan ultrasound kandungannya.
Dalam perkongsiannya itu, Dayana meminta orang ramai mendoakan agar bayi dalam kandungannya membesar sihat dan proses kehamilan itu dipermudahkan.
"Ucapan 'Hi' pertama kamu kepada mummy dan daddy. Saya tak sabar lagi untuk menjadi yang pertama dalam segalanya sayangku.
"Doakan semuanya dipermudahkan ya!" tulisnya bersama tanda pagar (hashtag) Adale Dayana Junior dan September Baby.
Dalam pada itu, Dayana mendedahkan suaminya iaitu A'dale Adham Ayahudin pula berdepan alahan semasa bulan pertama kehamilan.
"Saya okay sahaja, tapi kalau nak tahu masa awal mengandung suami pula yang alami pening-pening.
"Mungkin alahan itu turut dirasai oleh suami, sekarang ini Alhamdulillah dia pun dah okay!" ujarnya.
Dayana dan A'dale mendirikan rumah tangga di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 20 Disember 2020. -CARI
Sumber: mStar Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|