CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

(Video) Pengajaran Bagi Mereka Yang Selalu Buat Masalah Di Jalan Raya

1-4-2021 12:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5559| Komen: 22



Seorang penunggang motosikal dipercayai berusia lingkungan 40-an dirempuh kereta di persimpangan lampu isyarat berdekatan Aeon Bukit Indah, Johor Bahru.

Video rakaman dashcam pemandu berhampiran berdurasi 22 saat itu menunjukkan, penunggang berkenaan muncul dari bahagian kiri dan terus menuju ke tengah jalan walaupun lampu isyarat masih merah.

Tidak diketahui sama ada lelaki itu memang sengaja ke hadapan atau motosikalnya mengalami kerosakan. Dia yang memberhentikan motosikalnya di tengah jalan dirempuh sebuah kereta Proton Wira yang tldak sempat mengelak.

Mangsa dilanggar di bahagian betis kanan terlebih dahulu sebelum badan dan kepalanya terhentak di cermin depan kereta yang kemudian terjatuh di jalan.


Tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu tetapi di media sosial, netizen berpendapat kemalangan itu tidak akan berlaku sekiranya mangsa bersabar menunggu lampu hijau.

Para pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal adalah dinasihatkan untuk tidak melanggar lampu isyarat merah. Kebanyakan hari ini anda mungkin selamat, tetapi sekiranya nasib tidak menyebelahi, anda mungkin boleh terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa.

Jangan disebabkan kecuaian diri, keluarga anda kehilangan orang tersayang. Apatah lagi anak-anak yang kehilangan tempat bergantung kasih sayang.

Lihat Video di bawah

Loading FB Video...


Sumber: kedah version 


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miznora 1-4-2021 12:22 AM
Hai la motor.. Tak pasal2 dah kena langgar
Quote auntyonion 1-4-2021 12:40 AM
alahai meminta sgt pn {:spec
Quote hareeeesah 1-4-2021 01:30 AM
Gaya macam motor dia rosak dia tolak pakai kaki. Kaki tu kalau kelajuan enjin motor takpe la nak redah lampu merah aduhAi... motor sebelah tu jugak steady pandang ke terus blah tak payah kepoh {:nose
Quote Adrif 1-4-2021 01:54 AM
hareeeesah replied at 1-4-2021 01:30 AM
Gaya macam motor dia rosak dia tolak pakai kaki. Kaki tu kalau kelajuan enjin motor takpe la nak red ...

kan. rasa macam something wrong je ngan motor dia.
dulu aku pun hampir accident, tapi myvi tu sempat elak, macam ni la kesnya.
aku punya disc brake dah haus. tak sempat nak pegi bengkel tukar. keje pagi balik malam, mintak cuti tak diluluskan. tunggu offday, tuptup, kena masuk kerja, cover manpower.

selalu balik keje bawak slow je, sebab penat. sekali haritu, bila brake, motor dengan penuh gemalai sliding melepasi lampu merah.
brake tak makan.. Ya Allah debor weh, nak terkencing, terberak semua ada, tiba2 kat tengah2 jalan, kereta dari kanan laju-laju.

besok tu nekad mc.. bila check darah tinggi naik
terus tukar disc brake
makan ubat, tido. control bp
Quote matbad 1-4-2021 02:53 AM
Ramai sahabat aku meninggal sbb baca trafgic light (dah boleh teka lampu nak hijau). Al fatihah kepda sahabat2 ku
Quote belacan_gurl 1-4-2021 04:08 AM
Terutama utk budak foodpanda dgn grabfood.....selalu sgt langgar lampu isyarat pernah sekali depan mata melulu kuar...kena langgar xtau nk kesian ke  apa...last2 kami pun berlalu pergi mls nk amik tau...nahas cari sendiri
Quote eyansss 1-4-2021 06:47 AM
wow...  kental betul hati motor n keta yang berlalu pergi tu...  hehehee...  aku harap ada la yang stop n tolong...
Quote rosasen 1-4-2021 07:49 AM
kalo tgk gaya dia mcm teragak2 nk pergi ke nk benti... hmmmm
Quote imransulaiman 1-4-2021 07:57 AM
belacan_gurl: Terutama utk budak foodpanda dgn grabfood.....selalu sgt langgar lampu isyarat pernah sekali depan mata melulu kuar...kena langgar xtau nk kesia ...



Dorang ni satu lagi perangai - suka mencilok! Dari kiri kanan dorang mencilok! Roundabout pun dorang bantai je! Macam jalan raya tu dorang punya! Kita yang kena mengelak.

Bila jadi sesuatu, semua orang pakat kesian kat dorang (bukan semua perangai macam tu...tapi RAMAI!)

Sekian.
Quote sarah82 1-4-2021 08:01 AM
Ni antara sebab aku takut nak beli skuter idaman aku..
Quote Boomibulat 1-4-2021 09:09 AM
Rasanya motor dia x rosak..cuma dia panik bila ada keter menuju kearah dia..x tau nak buat ape..mati langkah kata org tua..tp moto lps dia selamba jalan lps eksiden x pgi tolong pun
Quote hareeeesah 1-4-2021 09:57 AM
Adrif replied at 1-4-2021 01:54 AM
kan. rasa macam something wrong je ngan motor dia.
dulu aku pun hampir accident, tapi myvi tu sem ...

Banyak kali aku ulang video ni. Even dari tepi motor tu dia dah tolak dengan kaki. & maybe macam yang forumer tu cakap dia baca traffic light, dah dari kuning nak ke merah dia confident kereta tu nak kekanan or stop sekali salah judgment daa..
Aku pun ramai gak family pakai motor memang kalau ada problem sikit pun dah cuak kan
Quote kivio 1-4-2021 10:32 AM
hareeeesah replied at 1-4-2021 01:30 AM
Gaya macam motor dia rosak dia tolak pakai kaki. Kaki tu kalau kelajuan enjin motor takpe la nak red ...

Puak-puak gitu tak layak dibantu sis
Baru bertemu buku dengan ruas
Quote ally9970 1-4-2021 11:14 AM
Nasib dia bawak moto, kalau bawa beskal, sure kena kutuk berjemaah...
Quote husna_amal 1-4-2021 11:36 AM
Disebabkan sikap macam ni membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.
Quote hareeeesah 1-4-2021 12:03 PM
gigahertz replied at 1-4-2021 11:03 AM
i pernah beli moto 2nd.
moto i beli tu nak hon kena off lampu.
nak on signal kena off lampu.

Hahah yeke.. jenuh la kalau tengah nak speed sekali nak hon lupa kena off lampu dulu. Mau dicarutnya terus lagi senang hehehe
Quote hareeeesah 1-4-2021 12:05 PM
kivio replied at 1-4-2021 10:32 AM
Puak-puak gitu tak layak dibantu sis
Baru bertemu buku dengan ruas

Ya betul.. ada sesetengah tu dia yang salah, kita dalam kereta dimaki dihon siap acah nak tendang. Kurang ajar weh
Quote Artemesiaa 1-4-2021 01:09 PM
Ramai je jenis macam ni zaman sekarang ni terutama yang kerja food delivery.  Kenderaan lain pun ada terikut2 perangai macam ni bila kena hon panjang tahu pulak marah.
Quote BoongaKertas 1-4-2021 03:40 PM
imransulaiman replied at 31-3-2021 11:57 PM
Dorang ni satu lagi perangai - suka mencilok! Dari kiri kanan dorang mencilok! Roundabout pun  ...

iols agree weh. kdg2 kita yg kereta plak dipersalahkan kalau depa kena langgar. masalahnya, mmg ramai yg suka lggr redlight.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.096788 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top