Ramai orang mesti akan bergurau tentang hubungan dengan ibu mentua, bahkan kebanyakan drama dan sitkom selalu ada adegan bersama ibu mentua. Ada orang mempunyai hubungan baik bersama ibu mentua, tapi ada yang mempunyai hubungan kurang baik sehingga timbul rasa takut dan fobia apabila bertemu dengan ibu mentua. Apabila perasaan tidak selesa itu sudah keterlaluan ia dikatakan sebagai satu fobia, ia dikenali sebagai Pentheraphobia. Menurut Macmillan Dictionary, definisi bagi pentheraphobia ini dinyatakan sebagai ketidaksukaan atau ketakutan yang kuat terhadap ibu mentua. Bagaimanapun, pentheraphobia dianggap sebagai ketakutan berlebihan atau tidak rasional. Mayo Clinic membezakan antara ketakutan umum atau kegelisahan jangka pendek dan fobia. Fobia tertentu akan tahan dalam jangka masa lama, menyebabkan reaksi fizikal dan psikologi yang sengit dan boleh mempengaruhi kemampuan untuk berfungsi normal di tempat kerja, di sekolah atau dalam persekitaran sosial.
Penyebab pentheraphobia untuk orang tertentu akan berbeza berdasarkan banyak faktor. Genetik dan cara seseorang itu dibesarkan boleh menjadi faktor atau dalam beberapa kes, trauma yang dialami pada masa kanak-kanak atau dewasa boleh menjadi faktor permulaan pentheraphobia. Selanjutnya, sebilangan orang mungkin mengalami pentheraphobia setelah pertama kali bertemu ibu mentua mereka, sementara yang lain mungkin mengalami fobia setelah mengenali ibu mentuanya selama bertahun-tahun. Menurut Mayo Clinic, terdapat tiga penyebab utama fobia seperti pengalaman negatif, genetik dan persekitaran dan mentaliti seseorang. Apakah simptom bagi fobia ini? Mungkin anda tidak suka berada dekat dengan ibu mentua kerana dia sering mengkritik gaya keibubapaan anda. Atau mungkin anda tidak menyukainya kerana tiada keserasian dari kali pertama bertemu dengannya. Tetapi adakah anda sebenarnya takut kepadanya? Adakah anda merasa tidak sihat secara fizikal dan mental atau ada ketakutan ketika bertemunya? Simptom pentheraphobia: Berpeluh berlebihan Badan rasa dingin Denyutan jantung yang cepat, berdebar-debar Kekeliruan Rasa macam nak pengsan atau pening Deringan di telinga Mulut kering Loya muntah Ketidakupayaan untuk bercakap Cuab sedaya supaya elak orang itu Keengganan untuk bercakap dengan orang itu Membatalkan acara dengan orang itu Sumber: Era.je
|
MentariSenja: Wah ada special term ya.... kesian siapa yg ada masalah ni. Sib baik lah my mil ok. Walaupun dia byk buat hal sendiri tapi tak de lah nak membawang pa ...
hareeeesah: Wah.. jarang iolls dengar mil yang tak pandai masak tau. Biasa mil mesti jenis serba tau je kan depan menantu. Best la mil appreciate kita masak, mak ...
untoldname: Ermmm...my mil okay je.. tapi certain2 part my mil ada perangai yg buatkan iols menyampah...sebabkan mulut my mil..iols dengan biras tak baik...puji i ...
Zazama replied at 1-4-2021 07:18 AM
Me dgn mil mmg sgt sgt sgt baik sehinggalah bila kami sefamilia berpindah ke rumah mil selapas kmati ...
Vellfire replied at 1-4-2021 08:50 PM
mcm nasib plak yer dpt mil mcm tu..
apa2pun mak mertua tetap mcm mak kita
ADVERTISEMENT