CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Duit Dengan Bantu Individu 'Lawan' Tabiat Bertangguh

31-3-2021 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1793| Komen: 7

Description: Seorang lelaki di Xinyang, China menawarkan khidmat unik iaitu membantu individu yang ada masalah disiplin atau tabiat melengahkan kerja.
Seorang lelaki di Xinyang, China menawarkan khidmat unik iaitu membantu individu yang ada masalah disiplin atau tabiat melengahkan kerja.

Oddity Central melaporkan, rutin harian Xiao Zhu adalah menghantar kiriman mesej dan menghubungi pelanggannya bagi mengingatkan mereka mengenai perkara yang perlu dilakukan.



Kredit foto: Oddity Central

Hasilnya, Zhu menerima ribuan maklum balas positif dalam kalangan pelanggan yang pernah menggunakan khidmatnya.

Meskipun sibuk sepanjang minggu, Zhu mengakui tiada yang lebih memberi kepuasan selain mendengar ucapan terima kasih daripada pelanggan selepas mereka lulus dalam peperiksaan.

Menurut Zhu, majoriti pelanggannya adalah golongan muda berusia 18 hingga 30 tahun yang kurang menitikberatkan soal disiplin dan memerlukan khidmat pembantu untuk mengikis tabiat itu.

Ramai yang mendapatkan khidmat Zhu bagi membantu menurunkan berat badan dan mahu fokus belajar untuk menduduki peperiksaan.


Zhu tidak pernah mendedahkan bayaran diterima, namun ada kemungkinan ia lumayan kerana lelaki itu bertahan dengan pekerjaan itu sejak enam tahun lalu.



Kisah Zhu tular di media sosial China sejak minggu lalu dengan rata-ratanya tidak sangka ada individu mencari pendapatan dengan cara itu.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote becir 31-3-2021 12:25 PM
Kat China Ada satu agensi ni keje as mistress buster. Fee starts from usd50k..mmg masyuk
Quote missinpiece 31-3-2021 01:03 PM
Baguih la, kalau kat sini mungkin pihak ketiga yg banyak guna servis ni utk remind org sekeliling mereka.
Quote Artemesiaa 31-3-2021 01:38 PM
Pasti ramai suka khidmat macam ni nak2 mereka yang yang tinggal sendiri dan jenis pelupa
Quote Punat_button 31-3-2021 01:51 PM
idea bisnes ni

paling masyuk khidmat kejut subuh complete with house visit.

Quote Rara77 20-5-2021 01:25 PM
baru ni jumpa friend ship utk disewa
mcm mcm kerja sekarang ni janji halal toyib
jaga jaga nanti kt mesia ada suami utk disewa pula
Quote lostnfaun 20-5-2021 01:29 PM
Rara77 replied at 20-5-2021 01:25 PM
baru ni jumpa friend ship utk disewa
mcm mcm kerja sekarang ni janji halal toyib
jaga jaga nanti k ...

Jumpa dkt mana? Apps ke?
Quote Rara77 23-5-2021 10:17 AM
lostnfaun replied at 20-5-2021 01:29 PM
Jumpa dkt mana? Apps ke?

dekat couresell ke apa ke
syarat bukan main lagi

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.044700 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top