CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Niezam Zaidi Punca Nonny Nadirah Berubah Seksi?

31-3-2021 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18560| Komen: 88

Perubahan penampilan pelakon Nonny Nadirah yang dikatakan semakin seksi baru-baru ini turut memberi tempias kepada bekas teman lelakinya iaitu aktor Niezam Zaidi.


Kredit foto: IG Niezam


Menurut Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam Mohd Zaidi, dia menerima banyak mesej daripada netizen di laman sosial yang mengatakan dia mampu mengubah Nonny ke arah yang lebih baik dengan menikahi aktres tersebut.

Namun ada juga segelintir netizen yang menuduh pelakon berusia 29 tahun itu sebagai punca Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin berubah seperti itu.


Hubungan cinta Nonny dan Niezam berakhir pada Oktober tahun lalu.


"Selepas isu itu menjadi tular, saya terima banyak mesej daripada netizen di laman sosial. Ada yang meminta saya untuk kahwin dengan Nonny sebab katanya saya saja boleh mengubah Nonny.

"Tapi ada juga yang kecam dan kata saya adalah punca perubahan tersebut. Sebab itu juga saya ada muat naik status berkenaan isu tersebut selepas terima macam-macam mesej.

"Apa-apa pun, pesanan untuk yang kecam dan mesej saya... terima kasih banyak. Saya minta maaf sebab saya tak ada hak ke atas Nonny dan dia juga tak ada hak ke atas saya. Tapi saya ada hak untuk mendoakan baik-baik untuk semua orang," katanya kepada mStar.



Niezam juga dilihat memuat naik status mengatakan dia yakin bahawa Nonny seorang yang kuat untuk menghadapi ujian dan turut menitip doa agar bekas kekasihnya itu serta keluarga sentiasa dilindungi Allah.

Bagaimanapun selang sehari selepas itu, Nonny yang berusia 31 tahun itu memadam foto tersebut dan membiarkan akaun Instagram miliknya tanpa sebarang perkongsian.

Dalam pada itu, pelakon filem M4M4 ini enggan mengulas lebih lanjut kerana menganggap isu yang melibatkan Nonny adalah ujian.

Biarpun sudah hampir tiga bulan terputus hubungan, namun pelakon drama Cindai ini akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Nonny.


Niezam pernah berjumpa dengan ahli keluarga Nonny di Sabah.

"Bagi saya, apa yang berlaku itu adalah ujian untuk saya dan semua orang. Saya tak nak komen lebih sebab saya sendiri tak pasti perkongsian itu sememangnya dia atau tidak. Sebagai manusia, saya tak ada hak nak nilai orang lain.

"Saya hanya mendoakan yang terbaik sebab saya tak percaya itu dia... Allah lebih mengetahui. Di akhir zaman ini, macam-macam fitnah boleh berlaku. Sebenarnya saya sendiri sudah lama tak berhubung dengan Nonny.

"Kali terakhir kami berhubung pada 16 Januari lalu dan saya pun tak tahu dia sudah pulang ke Sabah. Kami tiba-tiba lost contact tapi setahu saya, kami tidak mempunyai sebarang masalah pun," ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada 26 Oktober tahun lalu, Nonny mendedahkan perancangan dia dan Niezam untuk berkahwin tidak kesampaian kerana mengambil keputusan untuk berpisah.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 31-3-2021 12:01 PM
Muka laki gatal
Quote cikgojesss 31-3-2021 12:04 PM
hmm tak tau nak ckp apa..
Quote Minami2013 31-3-2021 12:09 PM
Story sama cuma tajuk je tukar
Quote dudaberhias 31-3-2021 12:13 PM
yang pasti sheols harus release produk cepat2...
tengah ramai orang bagi perhatian tu sejak dia pakai stoking jala ikan...

kata la tekanan sebab takde duit di sebabkan pandemik pendapatan terjejas... jadi di minta ramai2 bantu dia dengan memborong produk2 sekian2 sebanyak 10k setiap agen...

100 orang dah sejuta...

menipu ke tidak atau berkat ke tidak tu tolak tepi... Jah dan mamazat herlok je aman2 buat marketing ala2 gini sejak sekian lama...
Quote tipah89 31-3-2021 12:39 PM
org kalau nak berubah kena pada diri sendiri, bukan sapa2.. sbb tu kebanyakkan org yg berubah sbb berlaki ni, kang kena cerai ke bermaslah ke hapa start la nak rebel.
Quote chinta89 31-3-2021 12:48 PM
dah kenapa kita plk dipersalahkan kalau sseorang tu berubah ke arah yg buruk?

sendiri dah besar tua bangka, pikir la ape yg ko nak. apesal kena org lain plk jaga iman ko wehh
Quote Orix 31-3-2021 12:55 PM
mmg selalunya spe yg couple dgan badboy ni susah nk move on berdasarkan pemerhatian kawan2 iols yg putus cinta dgan bf spesis  badboyy....meratap hiba bukan main pdahal ex tu semua tak guna... kawan iols yg break dgan lelaki nerd baik semua aman2 jah 2-3 hari lepas break terus dapat bf baru
Quote edayildiz 31-3-2021 12:58 PM
dh knp pulakkk nk slhkn org lain..
nonny ni bkn dak bwh umo pun.lg satu kan..nk free hair tu suka hati la..bkn de org kecam sgt pun..bkn level hajah pun dia ni pun kan..
cuma yg terkejut first gmbar berstoking tu..kalau btl tu dia la..bkn kena hack eh?
nampak mcm tgh rebel pun ye
Quote little_sis 31-3-2021 01:02 PM
Semuanya berbalik pada diri sendiri.. nonny ni dah pernah kawin, dah lalui perceraian pun.. tu lagi ujian besar kot..
Quote tumpanglalu74 31-3-2021 01:02 PM
Edited by tumpanglalu74 at 31-3-2021 01:04 PM

"Saya minta maaf sebab saya tak ada hak ke atas Nonny dan awak juga tak ada hak ke atas saya."
Quote blekkep 31-3-2021 01:04 PM
dudaberhias replied at 31-3-2021 12:13 PM
yang pasti sheols harus release produk cepat2...
tengah ramai orang bagi perhatian tu sejak dia pak ...

Mmg ada produk dh tp sendu....produk ketat pepek...ntah2 ni marketing jahh
Quote white_musk 31-3-2021 01:08 PM
Siapa nonny ini?
Quote rain2169 31-3-2021 01:09 PM
jika benar..... lemahnya alahai jiwa seorang manusia...
hanya kerana seorang lelaki, sanggup menggadai seluruh iman....
Quote 3chanceno 31-3-2021 01:17 PM
Motip netizens carik ex boyfren????kalau pasal ex boyfren punca dia berubah ke free hair,bukan masalah netizen atau ex pun..terserah pada diri sendiri..

Atau ex boyfren nak limelight ke???
Quote tikusmontok 31-3-2021 01:19 PM
tumpanglalu74 replied at 31-3-2021 01:02 PM
"Saya minta maaf sebab saya tak ada hak ke atas Nonny dan awak juga tak ada hak ke atas saya."

ada 4 saksi ke sis?

#mode setazah on






Quote tumpanglalu74 31-3-2021 01:26 PM
Edited by tumpanglalu74 at 31-3-2021 01:28 PM
tikusmontok replied at 31-3-2021 01:19 PM
ada 4 saksi ke sis?

#mode setazah on

Pandei cari jande mude..  MO biase bohjan2.

Korang yang jande tu usah layan depe2 ney.  Aku dah jalani semuanye..  Aku tinggeykan je sekor2..  Peduli ape aku.
Quote Nenasketum 31-3-2021 01:29 PM
Kawen pun netizen nak paksa2? Ramai naw gayah ke dikalangan netizen sebab kebanyakkan gayah kepoci demi nak distract attention dari diri sendiri
Quote JalaEmas 31-3-2021 01:42 PM
Orix replied at 31-3-2021 12:55 PM
mmg selalunya spe yg couple dgan badboy ni susah nk move on berdasarkan pemerhatian kawan2 iols yg p ...

'Cause I know it's true
They say, "All good boys go to heaven"
But bad boys bring heaven to you
It's automatic
It's just what they do
They say, "All good boys go to heaven"
But bad boys bring heaven to you
You don't realize the power they have
Until they leave you and you want them back
Nothing in this world prepares you for that

sebab ni kot.. bak kata akak julia michaels dlm lagu HEAVEN.. .. HAHAHAHA
Quote ren14 31-3-2021 01:46 PM
jiwa kacau ulos
esok2 dia buak la balik jala ikan tu

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.066177 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top