Niezam juga dilihat memuat naik status mengatakan dia yakin bahawa Nonny seorang yang kuat untuk menghadapi ujian dan turut menitip doa agar bekas kekasihnya itu serta keluarga sentiasa dilindungi Allah.
Bagaimanapun selang sehari selepas itu, Nonny yang berusia 31 tahun itu memadam foto tersebut dan membiarkan akaun Instagram miliknya tanpa sebarang perkongsian.
Dalam pada itu, pelakon filem M4M4 ini enggan mengulas lebih lanjut kerana menganggap isu yang melibatkan Nonny adalah ujian.
Biarpun sudah hampir tiga bulan terputus hubungan, namun pelakon drama Cindai ini akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Nonny.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/31/115755tyyawdfzpan65ana.jpg)
Niezam pernah berjumpa dengan ahli keluarga Nonny di Sabah.
"Bagi saya, apa yang berlaku itu adalah ujian untuk saya dan semua orang. Saya tak nak komen lebih sebab saya sendiri tak pasti perkongsian itu sememangnya dia atau tidak. Sebagai manusia, saya tak ada hak nak nilai orang lain.
"Saya hanya mendoakan yang terbaik sebab saya tak percaya itu dia... Allah lebih mengetahui. Di akhir zaman ini, macam-macam fitnah boleh berlaku. Sebenarnya saya sendiri sudah lama tak berhubung dengan Nonny.
"Kali terakhir kami berhubung pada 16 Januari lalu dan saya pun tak tahu dia sudah pulang ke Sabah. Kami tiba-tiba lost contact tapi setahu saya, kami tidak mempunyai sebarang masalah pun," ujarnya.
Menerusi laporan mStar pada 26 Oktober tahun lalu, Nonny mendedahkan perancangan dia dan Niezam untuk berkahwin tidak kesampaian kerana mengambil keputusan untuk berpisah.
Sumber: mStar