CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wah masyuk! Penduduk berduyun-duyun kutip emas percuma tepi pantai

29-3-2021 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3181| Komen: 9




BILA sebut sahaja pasal emas, semua orang pasti teruja! Begitulah juga yang terjadi di Pantai Pohon Batu, Maluku Tengah, Indonesia ini.

Berikutan penemuan emas bercampur pasir di pantai itu, penduduk tempatan berduyun-duyun merebut peluang mencari kilauan berharga itu.

Menurut laporan CNN Indonesia, emas itu pada mulanya disedari dan dijumpai oleh wanita dikenali Syaridah Arey dan adiknya.

Mereka menemui emas di pantai tersebut secara kebetulan ketika sedang mencari pasir.

“Pada waktu itu saya dan adik saya sedang mencari pasir, tetapi terdapat bijih emas di pasir tersebut,” katanya.


Kemudian Syarifah turut memberitahu penemuan emas itu kepada penduduk sekitar pantai dan rumahnya.

Penduduk yang mendengar segera bergegas dan berduyun-duyun ke pantai.

Dengan pelbagai peralatan, penduduk mencari dan teruskan usaha mendapatkan emas di sekitar pantai berkenaan.

Sehingga kini, pantai tersebut itu dikatakan masih padat dengan kehadiran orang ramai yang mencuba nasib untuk mendapatkan emas.


Syarifah turut mengakui bahawa dirinya tidak menyangka berita penemuan biji-bijian emas pada Sabtu minggu lalu akan menjadi tular.

Sementara itu, seorang penduduk Tamilouw, Latif Selanno mengatakan bahawa perkara tersebut bukanlah perkara baru bagi wilayah Maluku itu.

Dia mengakui bahawa pada tahun 2019 dirinya pernah mengutip emas sekitar 100 gram di situ.

Bukan hanya di pesisir pantai tersebut bahkan di beberapa tempat berhampiran.

Katanya, oleh kerana tular menjadikan ramai orang teruja untuk mencari emas di situ.

Menurutnya, apa yang penting adalah kerajinan diri sendiri untuk mencari emas sekurang-kurangnya satu atau 2 gram sehari sudah mencukupi.

Wah! Seronoknya mereka dapat mencari emas percuma di pesisir pantai.


Sumber : SinarPlus
6

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 29-3-2021 02:02 PM
Eh kenapa bodoh sgat pergi kecoh kat semua org, xpasal2 dah berebut semua org gi kutip. Cash atas kebodohan diri!
Quote Buritan 29-3-2021 02:05 PM
dodolgemok replied at 29-3-2021 02:02 PM
Eh kenapa bodoh sgat pergi kecoh kat semua org, xpasal2 dah berebut semua org gi kutip. Cash atas ke ...

Indon kan bodos
Quote tikusmontok 29-3-2021 02:13 PM
dodolgemok replied at 29-3-2021 02:02 PM
Eh kenapa bodoh sgat pergi kecoh kat semua org, xpasal2 dah berebut semua org gi kutip. Cash atas ke ...

konsep sharing is caring la tu
Quote albedah 29-3-2021 02:13 PM
Indon kan suka claim... Dia claim dia jumpa emas lor
Quote LadyCarefree 29-3-2021 02:15 PM
Baguslah dia share. Taklah tamak sorang sebab tu kawasan public kan?
Quote Nenasketum 29-3-2021 02:18 PM
Emas tu berasal dari yindon, harap maklum.
Quote DumBell 29-3-2021 10:11 PM
dodolgemok replied at 29-3-2021 02:02 PM
Eh kenapa bodoh sgat pergi kecoh kat semua org, xpasal2 dah berebut semua org gi kutip. Cash atas ke ...

sana ok je.. rezeki di agih bersama rakyat.. kalau kt malaysia.. mcm kt kechau pahang.. terviral je terus rakyat xleh gi amik emas yg timbul2 beso duit 5sen tu.. terus kepung.. yg pegi viral tu dah kenapa.. dah org kg xleh nak gi kutip emas.. huhuhu.. kesian
Quote hareeeesah 29-3-2021 10:20 PM
DumBell replied at 29-3-2021 10:11 PM
sana ok je.. rezeki di agih bersama rakyat.. kalau kt malaysia.. mcm kt kechau pahang.. terviral j ...

Betul.. kalau malaysia terus jadi hak kerajaan dah tu. Kena pulang balik mungkin
Quote Belibis 29-3-2021 10:38 PM
DumBell replied at 29-3-2021 10:11 PM
sana ok je.. rezeki di agih bersama rakyat.. kalau kt malaysia.. mcm kt kechau pahang.. terviral j ...

Demi keselamatan rakyat kekdahnya.kjaan kita kan prihatin dengan rakyat.tak jaga kang ada yang tertimbus pulak.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.242413 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top