CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya Takkan Biar Sesiapa Yang Rosakkan Gua Matsoorat Terlepas Hukuman - Mike

27-3-2021 08:45 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7692| Komen: 25|Original author: Oleh: LilRose

Kecoh baru-baru ini apabila sebuah produksi drama dikatakan membuat onar di Gua Matsoorat, Ipoh.

Perkara ini turut mendapat perhatian pengarah Michael Ang yang kesal dengan tindakan inidividu tidak bertanggungjawab merosakkan fosil berusia jutaan tahun dan bahagian dinding gua itu.



Kredit foto: IG

"Di sini saya ingin memaklumkan bahawa kami mendapat persetujuan daripada Majlis Bandaraya Ipoh untuk penggambaran.

"Mengenai kerosakan grafiti, saya sangat kesal kerana salah seorang kru melakukannya. Kami masih menyiasat untuk mengetahui individu mana yang melakukannya. Kami mengharapkan kerjasama penuh dengan Majlis Bandaraya Ipoh dalam perkara ini.

"Sebagai syarikat penerbitan kami sangat menyesali kejadian seperti ini berlaku. Saya berasa mengajar orang bodoh menjadi pintar dan bertanggungjawab agak sukar. Saya tidak akan membiarkan sesiapa yang merosakkan grafiti ini terlepas dari hukuman," tulisnya di Instagram seperti dipetik Harian Metro.



Kredit foto: IG

Terdahulu, Bernama melaporkan kerajaan negeri itu sedang menyiasat fosil dan dinding di gua berkenaan yang didakwa rosak ketika produksi drama terbabit menjalani penggambaran.


Kredit foto: FB

"Majlis Bandaraya Ipoh memberikan kelulusan menjalankan penggambaran kepada Syarikat Juita Viden Sdn Bhd di sekitar Bandaraya Ipoh, mulai 20 Februari lalu hingga 30 April ini.

"Semakan mendapati, pihak syarikat produksi itu dimaklumkan hanya boleh menjalankan penggambaran di tapak luar kawasan gua berkenaan," kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Sementara itu, pengarah drama Angkara Cinta, Hadith Omar memohon maaf berikutan insiden itu terhadap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta Rymba dan Warisan, Astro, Juita Viden dan Michael Ang selaku penerbit.


Hadith (tengah) bersama kru Angkara Cinta.
Kredit foto: Harian Metro

Katanya, pihaknya kini masih menyiasat pelaku yang bertanggungjawab atas insiden itu. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 27-3-2021 08:54 PM
Tangan tu takleh duk diam ke?
Quote Normabaru 27-3-2021 09:19 PM
Hoi apesal pergi bcuti jauh2 time2 jah kawen? Siap xwish pon.. Masa dlm melatop kemahen bie ef ef ef ef ef hahahaa
Quote caca_eric 27-3-2021 09:20 PM
mcm kat sekolah
letih masing2 tak nak ngaku tu
Quote imrb 27-3-2021 09:21 PM
Edited by imrb at 27-3-2021 09:24 PM

jadah kau nyonya tingtong tak check ke, sampah, lilin, mask bersepah, ko pengarah ke penerbit takde kat tmpat kejadian? tulah asyik ulas isu org hambik ko kena sebijik.. kak awallah dondang gelak je
Quote Nenasketum 27-3-2021 10:06 PM
Oooooh, produksi si Mak Hayam ropernyer. Kasi saman sama dia, RM1 juta!!!
Quote Carcosa 27-3-2021 10:50 PM
Sukalah tu, dpt publisiti. Pondan ni, kalau nak kluar drama, adaaaa je kesah2 yg ditimbulkan.
Tak mustahil jua dia tau benda ni nak dibuat.
Susahlah nak bersangka baik dgn anjir2 so called seni ni.
Quote Cocoais 27-3-2021 11:20 PM
Ada2 je dia nak nak naikkan drama dia..sedari dulu
Quote miss_perfect 28-3-2021 12:36 AM
Bodoh punya manusia.
Quote Melur1 28-3-2021 05:13 AM
propa je mike
Quote ReginaGeorge 28-3-2021 09:31 AM
Ot ya.. Mana dia buat gigi dia tu. Tak cantik.
Quote mrsbale 28-3-2021 10:06 AM
Production crews mmg mcmtu eh peel.
My nebor pun ade sewakan umah dia utk shooting.
Lepas siap keje, mcm2 dia ngeluh crew rosakkan tu ni, kotorkan tu ni.

So x heran lah bende ni jd.
Masuk rumah org pun dorg xtau hormat, nikan pulak kat public properties.
Quote me12345 28-3-2021 10:32 AM
Harap sumbat crew yg vandalise ni dlm penjara dan Mbi saman production ni...lps ni jgn bg mana shooting dh..bodoh betul crew ni..
Quote Guccibamboo 28-3-2021 10:34 AM
X sabar nak tau siape org bodoh yg rosakkan gua ni
Quote Konahhh 28-3-2021 11:05 AM
Dah rosak, nak restore pun still tak sama..kesian gua
Quote dudaberhias 28-3-2021 11:07 AM
yang pasti kasi saman jah...
gila fossil pun ko boleh rosakkan...

bukannya sehari dua fossil tu...
elok ambil tengkorak yang rosakkan fossil tu dan benamkan dalam gua tu untuk sacrifice pada penunggu gua... bagi 100 tahun lagi manusia melayu moden terkesima ada fossil makhluk budus suka rosakkan harta benda di korbankan di situ...
Quote Plain-tif 28-3-2021 11:10 AM
Cuba kalau orang conteng dinding rumah kau, apa kau rasa? B!
Quote Thunderclouds 28-3-2021 11:28 AM
Ok mike. Go get d culprit. Make 'em pay.
Quote MissVixen 28-3-2021 11:55 AM
Bayar duit pun bukan fosil tu boleh elok balik. Retis dan crews kelas belakang. Fosil pun tak tahu apa benda.
Quote CaqJora 29-3-2021 06:19 AM
Bukti baik yang depan tabir and yang belakang tabir dlm industri tu memang bodo. Dah le dema tu rasa they deserve a lot of perks yg gomen should give them, nak bantuan khas la, nak cucuk vaksin dulu la, macam la kalau x de hiburan Malaysia ni akan porak peranda. Kerajaan negeri Ipoh patut saman je company ni berpuluh juta. Biar melingkup terus. And Malaysians patut boikot all productions by MA. Let them pay and be responsible dengan kerosakan yg dh x blh diganti tu. Bloody idiots la..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.064779 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top