CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nampak Kayu Tapi Bukan- Semuanya Tentang Rumah Simen Board Yang Patut Anda Tahu!

27-3-2021 12:19 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 29425| Komen: 33|Original author: Oleh: Natrahn

Kredit Foto - Amptech Rumah


Siapa tak nak ada rumah yang dibina atas tanah sendiri, kan? Cumanya, nak bina rumah sekarang pun boleh tahan mahal juga harganya. 

Bagi yang dah ada tanah, ataupun ada peluang untuk membeli tanah, kami ada idea binaan rumah yang tak memerlukan bajet besar. Rumah yang kami maksudkan adalah rumah simen board (cement board) atau rumah simen gentian.

Kredit Foto - Amptech Rumah

Rumah jenis ini dibina menggunakan papan simen gentian atau simen serat (cement fibre). Simen board diperbuat daripada campuran simen, serat selulosa dan pasir yang dibentuk menjadi kepingan papan. 

Krediti Foto : Property Guru

Ketebalannya pula berbeza-beza supaya ia boleh digunakan mengikut kesesuaian pembinaan, sama ada di luar atau di dalam rumah.

Papan simen ini bukan sahaja menjadi struktur utama bangunan, malah bahagian luaran juga mampu menjadikan sesebuah bangunan cantik dan unik.


Kredit Foto - Property Guru : Lapisan simen board juga datang dengan pelbagai tekstur dan warna

Kaedah ini adalah inovasi baru dalam binaan bangunan. Sangat berbeza dari kaedah konvesional (ikat batu) dari segi kos dan masa tapi masih selamat. 

Papan simen gentian memang tak dinafikan lagi murah dan boleh dipasang di mana-mana permukaan bergantung kepada jenis, jenama dan berapa banyak panel simen gentian yang diperlukan. 


Krediti Foto : Property Guru - Kelebihan VS Kekurangan Menggunakan Papan Simen Gentian

Negara Barat contohnya Amerika Syarikat, memang banyak rumah yang dibina dengan simen board ini. Antara sebabnya adalah sebagai langkah keselamatan bila rumah dilanda bencana seperti puting beliung atau ribut taufan.

Krediti Foto : Property Guru

Apabila dilanda bencana tersebut, penghuni di dalam masih selamat kerana bahan binaanya tak keras macam batu bata. Rumah jenis ini juga boleh dinaikkan semula dengan mudah.


Melihat kepada kelebihan simen board, memang ianya selamat dan kukuh sebagai pembinaan rumah. Pada yang nak berjimat dalam kos binaan rumah bolehlah mempertimbangkan panel simen gentian ini.

Semoga bermanfaat. -CARI


2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makiting 27-3-2021 01:07 PM
Berbaloi jugak ni
Quote lavendernovella 27-3-2021 01:26 PM
Berapa kos/harga rumah cekelet atas tu?
Quote cashewnut 27-3-2021 02:24 PM
Cantiknya. Ada ke mana2 orang yang boleh buat rumah kalis banjir. Boleh le try design. Sebab kesian pulak org yang tinggal kat area banjir tetiap kali hujan
Quote LadyCarefree 27-3-2021 03:51 PM
Kat Thailand banyak dah. Terengganu Kelantan dah mula ada. Lain kat FB semua pulun letak gegambar dn vevideo dari thailand. Bila tanya ada xyg dah siap dia buat? Tadok. Ada satu je kontraktor dah buat kt msia kt KL yg iols tengok.
Quote VespaSilbe 27-3-2021 04:57 PM
Nak buat nak kena cari tanah la pulak
Takat ni mampu beli tanah yg kat kedai eco ja
Hahaha
Quote Jorja 28-3-2021 06:35 AM
Ni kalau nak cat pun senang
Quote anisanim 28-3-2021 08:18 AM
Agak2 senang dak nak tebuk lubang utk gantung frame gambo..?
Quote malaygirl 28-3-2021 09:02 AM
Kalau rumah dah ada tp simen biasa then tampal simen ala2 rupa papan ni boleh ke. Lawa plak rupa papan macamni tapi rumah dah siap pun. Tak cat je
Quote Cieejiee 28-3-2021 10:23 PM
Cantek juga
Quote CiliPadiSedap 28-3-2021 11:41 PM
malaygirl: Kalau rumah dah ada tp simen biasa then tampal simen ala2 rupa papan ni boleh ke. Lawa plak rupa papan macamni tapi rumah dah siap pun. Tak cat je


Xde penyakit cari penyakit nanti rumah sis tumbuh kulat cendawan habis friska dan tengku jalal datang kutip cendawan buat sup ratu madu jusa c
Quote CiliPadiSedap 28-3-2021 11:45 PM
Rumah camni blh tahan lama ke? Sbb ikat guna besi.

Kalau besi tu barai, atau karat  semua papan simen tu jatuh. Hempap friska dah jadi lempeng jusa c. Harap friska xbuat rumah macam ni takut roboh je



Kalau rumah batu bata atleast ikat macam2 bukan macam rumah developer scammer tu buat rumah guna polisterin sah2 lah kena tiup angin runtuh dinding rumah.
Quote tikusmontok 31-3-2021 02:19 PM
CiliPadiSedap replied at 28-3-2021 11:41 PM
Xde penyakit cari penyakit nanti rumah sis tumbuh kulat cendawan habis friska dan tengku jalal d ...

adaoiii hauknya friska@trisnalovezul
Quote ntohapehapentoh 31-3-2021 08:25 PM
boleh menyebabkan.....
Quote bisamyhead 1-4-2021 01:07 PM
VespaSilbe replied at 27-3-2021 04:57 PM
Nak buat nak kena cari tanah la pulak
Takat ni mampu beli tanah yg kat kedai eco ja
Hahaha

Hahahahahah
Quote Mathew23 30-8-2022 10:37 AM
When I first heard of this cement, it looked so much like wood, I couldn't believe it was cement. So what about its cost?
dordle
Quote zehra2 31-8-2022 08:25 AM
murah je.. aku  pasang tinggikan border dinding. sbb aku tak suka jiranku nampak aku cuci lantai porch. aku offer utk buat sblah jiran punya sekali tp pakcik tu tak nak.. dia terkejut kot sbb tiba2 ada dinding pemisah rumah kami yg tinggi lebih 7 kaki.
kontraktor psg skru utk ampu cement board ni tutup tembok pemisah. sbb nak buat tembok kekal mmg tak boleh. nanti majlis daerah boleh saman.
Quote eyansss 1-9-2022 02:05 PM
sesuai ke dengan cuaca dan iklim kita?
Quote Supersirap 5-9-2022 01:11 PM
Cantik rumah yang dipamerkan
Quote supernaturalee 6-9-2022 04:37 PM
VespaSilbe replied at 27-3-2021 04:57 PM
Nak buat nak kena cari tanah la pulak
Takat ni mampu beli tanah yg kat kedai eco ja
Hahaha

mn la nk cukup
asal berlaki..eh...bertanah

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.047309 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top