CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Badan Hancur, Jari Dah Putus Dihempap Batu Dan Tanah,"-Maut Ketika Melombong Emas

25-3-2021 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3142| Komen: 14

BAU: Gelap, dalam dan sempit. Itu situasi yang dialami oleh pasukan penyelamat serta ahli keluarga mangsa insiden dihempap tanah dan batu di Gunung Krian, Bau.

Semuanya diredah mereka demi menyelamatkan tiga mangsa yang terperangkap ketika melombong emas di gunung tersebut.

Menurut Jefri Abu Bakar, bimbang akan struktur tanah yang rapuh dan mudah runtuh, mereka terpaksa menggunakan kayu untuk dijadikan penahan.


Kredit foto: Awani

Katanya sehingga pukul 7 petang Rabu, dua mangsa berjaya dikeluarkan dalam tragedi itu.

Namun, anak saudaranya, Mat Anak Tapa berusia 25 tahun gagal diselamatkan dan meninggal dunia akibat dihempap batu dan tanah.

 
Akui Jefri, dia sempat masuk ke dalam gua yang sempit itu untuk menyelamatkan mangsa tetapi gagal apabila badannya hancur selain jari putus.

"Memang sudah meninggal dunia. Memang sudah hancur, badan dia terbalik dihempap batu. Jarinya putus termasuk kulitnya. Tangan dia dapat dipusing," katanya ketika ditemui Astro AWANI di lokasi kejadian.

Jefri turut memberitahu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengeluarkan mayat mangsa tetapi tidak berjaya.

Bercerita lebih lanjut tentang situasi yang menggerikan itu, katanya, batu jatuh menghempap mangsa ketika runtuhan.

Foto: Awani

"Pada mulanya dia bersandar, tiba-tiba batu jatuh dan hempap mukanya.

"Apa yang saya lakukan, saya korek tanah dibawah untuk mendapatkan ruang kosong, supaya dapat menarik mangsa keluar. Tetapi semakin dikorek, semakin tanah itu runtuh, batu-batu kecil jatuh, tanah jatuh, jadi saya terpaksa keluar," kongsinya bercerita kejadian yang berlaku sekitar jam 7 malam Selasa.

Terdahulu, berdasarkan laporan awal, ketiga-tiga rakyat tempatan ini dipercayai melombong di kawasan berkenaan sebelum kemalangan itu berlaku.


Foto: Awani

Operasi untuk mengeluarkan mangsa turut disertai anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau dan telah dimulakan pada jam 9.15 pagi Rabu.

Pihak BBP Bau telah menetapkan tujuh hari tempoh operasi untuk mengeluarkan mayat mangsa dari kawasan lombong dengan dibantu oleh masyarakat setempat. -CARI

Sumber: Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 25-3-2021 08:59 AM
semoga dipermudahkan
Quote Orangelily 25-3-2021 10:50 AM
Allahu kesiannya..semoga dipermudahkan urusan semua..
Quote batusembilan 25-3-2021 10:55 AM
perlombongan mcm ni mmg kena kerajaan yg kawal dan pantau. tu yg gomen pahang tegaskan pd pelombong2 emas di phg walau pun kt tanah sendiri. tp diorg ckp gomen pahang nk nafikan hak pemilik tanah.
Quote ciksaenara 25-3-2021 10:56 AM
Allahu..tragisnya...
Quote fizamn 25-3-2021 11:14 AM
BYK NYE SAMPAH.... kotor alam sekitar..
Quote chinta89 25-3-2021 11:21 AM
kenapa ek kawasan emas2 ni... lama2 tanah dia mendap gtu. pahtu tanah runtuh. maaf aku kurang membaca lately ni so sape nk bg pencerahan secara ilmiah
Quote insulin 25-3-2021 11:23 AM
Takziah kepada keluarga mangsa.
Quote makiting 25-3-2021 09:51 PM
Mak masuk dlm gua ni ikut laluan yg ada pon ngeri sbb gelap sgt.. bau taik kelawar aje merata merasa jugak la masuk dibawak oleh kawan waktu berkunjung ke sana
Quote Cieejiee 25-3-2021 10:00 PM
Takziah kpd keluarga mangsa..
Quote None68 25-3-2021 10:17 PM
Takziah semoga dipermudahkan hidup dunia akhirat.
Quote Carcosa 25-3-2021 11:46 PM
Detailnya dia cerita
Siap badan terpusing, badan berkecai semua
Honest sugguh pokcik Jefri  
Quote kelapaparut 26-3-2021 07:21 AM
Memang sudah meninggal dunia. Memang sudah hancur, badan dia terbalik dihempap batu. Jarinya putus termasuk kulitnya. Tangan dia dapat dipusing," katanya ketika ditemui Astro AWANI di lokasi kejadian.
Specific nye ko bercerite, ngeri makk ehhh
Quote ultra78 26-3-2021 07:32 AM
Kes melombong haram la ni kan
Quote dudaberhias 26-3-2021 07:37 AM
scarynya cerita pakcik tu...
moga di permudahkan urusan...
kesian nak cari sumber alam tapi begini pula jadinya...

kalau nak tahu orang melombong emas tanpa mesin ke apa deorang korek lubang kecik.,. makin dalam dan dalam sampai tanah atas tu takde penhadang ke support untuk tahan tanah2 atas tu... jadi runtuh lah....

kat india banyak dah kes budak2 mati melombong.. tapi bukan emas... lombong mica katanya...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.270222 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top