View: 2330|Reply: 14
|
"Badan Hancur, Jari Dah Putus Dihempap Batu Dan Tanah,"-Maut Ketika Me
[Copy link]
|
|
BAU: Gelap, dalam dan sempit. Itu situasi yang dialami oleh pasukan penyelamat serta ahli keluarga mangsa insiden dihempap tanah dan batu di Gunung Krian, Bau.
Semuanya diredah mereka demi menyelamatkan tiga mangsa yang terperangkap ketika melombong emas di gunung tersebut.
Menurut Jefri Abu Bakar, bimbang akan struktur tanah yang rapuh dan mudah runtuh, mereka terpaksa menggunakan kayu untuk dijadikan penahan.
Kredit foto: Awani
Katanya sehingga pukul 7 petang Rabu, dua mangsa berjaya dikeluarkan dalam tragedi itu.
Namun, anak saudaranya, Mat Anak Tapa berusia 25 tahun gagal diselamatkan dan meninggal dunia akibat dihempap batu dan tanah.
Akui Jefri, dia sempat masuk ke dalam gua yang sempit itu untuk menyelamatkan mangsa tetapi gagal apabila badannya hancur selain jari putus.
"Memang sudah meninggal dunia. Memang sudah hancur, badan dia terbalik dihempap batu. Jarinya putus termasuk kulitnya. Tangan dia dapat dipusing," katanya ketika ditemui Astro AWANI di lokasi kejadian.
Jefri turut memberitahu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengeluarkan mayat mangsa tetapi tidak berjaya.
Bercerita lebih lanjut tentang situasi yang menggerikan itu, katanya, batu jatuh menghempap mangsa ketika runtuhan.
Foto: Awani
"ada mulanya dia bersandar, tiba-tiba batu jatuh dan hempap mukanya.
"Apa yang saya lakukan, saya korek tanah dibawah untuk mendapatkan ruang kosong, supaya dapat menarik mangsa keluar. Tetapi semakin dikorek, semakin tanah itu runtuh, batu-batu kecil jatuh, tanah jatuh, jadi saya terpaksa keluar," kongsinya bercerita kejadian yang berlaku sekitar jam 7 malam Selasa.
Terdahulu, berdasarkan laporan awal, ketiga-tiga rakyat tempatan ini dipercayai melombong di kawasan berkenaan sebelum kemalangan itu berlaku.
Foto: Awani
Operasi untuk mengeluarkan mangsa turut disertai anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau dan telah dimulakan pada jam 9.15 pagi Rabu.
Pihak BBP Bau telah menetapkan tujuh hari tempoh operasi untuk mengeluarkan mayat mangsa dari kawasan lombong dengan dibantu oleh masyarakat setempat. -CARI
Sumber: Awani |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Allahu kesiannya..semoga dipermudahkan urusan semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
perlombongan mcm ni mmg kena kerajaan yg kawal dan pantau. tu yg gomen pahang tegaskan pd pelombong2 emas di phg walau pun kt tanah sendiri. tp diorg ckp gomen pahang nk nafikan hak pemilik tanah.
|
|
|
|
|
|
|
|
BYK NYE SAMPAH.... kotor alam sekitar..
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa ek kawasan emas2 ni... lama2 tanah dia mendap gtu. pahtu tanah runtuh. maaf aku kurang membaca lately ni so sape nk bg pencerahan secara ilmiah |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada keluarga mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak masuk dlm gua ni ikut laluan yg ada pon ngeri sbb gelap sgt.. bau taik kelawar aje merata merasa jugak la masuk dibawak oleh kawan waktu berkunjung ke sana |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kpd keluarga mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah semoga dipermudahkan hidup dunia akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang sudah meninggal dunia. Memang sudah hancur, badan dia terbalik dihempap batu. Jarinya putus termasuk kulitnya. Tangan dia dapat dipusing," katanya ketika ditemui Astro AWANI di lokasi kejadian.
Specific nye ko bercerite, ngeri makk ehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Kes melombong haram la ni kan |
|
|
|
|
|
|
|
scarynya cerita pakcik tu...
moga di permudahkan urusan...
kesian nak cari sumber alam tapi begini pula jadinya...
kalau nak tahu orang melombong emas tanpa mesin ke apa deorang korek lubang kecik.,. makin dalam dan dalam sampai tanah atas tu takde penhadang ke support untuk tahan tanah2 atas tu... jadi runtuh lah....
kat india banyak dah kes budak2 mati melombong.. tapi bukan emas... lombong mica katanya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|