CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 3 Tahun Mati Ibu, Bapa Tiri Cucuk Jarum Di Dada Untuk Puja Syaitan

24-3-2021 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2326| Komen: 7

Ibu dan bapa tiri kepada seorang budak berusia tiga tahun ditahan selepas dipercayai menyebabkan kematian kanak-kanak itu dalam satu ritual pemujaan syaitan.

Menurut leporan media tempatan, mangsa dicucuk dengan beberapa jarum di bahagian dadanya berdekatan organ jantung dan paru-paru.


Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di hospital dekat Quitilipi, Argentina selepas mengalami jangkitan di beberapa organ, sekali gus menyebabkan serangan jantung.


Gambar hiasan

Ibu kandungnya yang berusia 20 tahun dan bapa tiri mangsa, 19, ditahan polis di pinggir perkampungan yang didiami mereka ketika cuba melarikan diri.

Sebatang jarum, yang biasanya digunakan untuk menjahit kasut berukuran 10 sentimeter ditemui di bahagian jantung mangsa.

Sebatang lagi jarum lama yang dimasukkan ke dalam badannya dikatakan menjadi punca kepada berlakunya jangkitan.


Hasil siasatan mendapati motif pembunuhan itu adalah berkait dengan aktiviti ritual pemujaan.

Selain mengalami pelbagai jangkitan organ, pihak pendakwaan turut mendedahkan mangsa mengalami radang di bahagian paru-paru dan buah pinggang yang menjadi punca kepada serangan jantung.


Sumber: AWANI

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Joyah_ 24-3-2021 01:12 PM
Apa lah nak jadi
Quote Zazama 24-3-2021 01:40 PM
Seksa sungguh anak yg tak berdaya ni ketika itu...
Quote tikusmontok 24-3-2021 03:42 PM
spesis2 bengap ni senang pulak beranak
Quote Scheherazade 24-3-2021 03:49 PM
Parents dia pun muda sgt lg. X sangka plak masih percaya kpd ritual mcm ni
Quote cheergirlz 24-3-2021 04:59 PM
kena check mental health nie...ermm ape nk jd x taw laa
Quote qicki 24-3-2021 09:41 PM
muda nau apak tiri dgn maknye.....mendadih ke...xkan la xde perasaan langsung maknye pun
Quote slyfynx 24-3-2021 10:18 PM
Budak 3 Tahun Mati Ibu, Bapa Tiri Cucuk Jarum Di Dada Untuk Puja Syaitan

Tajuk tu xde noktah ke?
Aku igt ibu die yang mati.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.031388 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top