CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Benci Tengok Dahi Sendiri, Model Berhabis RM29k Ribu Buang Dahi Jendul

17-3-2021 09:46 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 6045| Komen: 27|Original author: Oleh: Rikuren


Pembedahan plastik pada wajah kini menjadi trend bagi golongan wanita mahupun lelaki di dalam mahupun luar negara untuk nampak lebih cantik dan kacak demi kepuasan diri.

Terbaru, seorang model, Camilla Coleman Brook telah melakukan pembedahan plastik kerana malu dengan dahi jendulnya. Tuntutan kerjaya sebagai model sudah semestinya dia perlu memberikan penampilan dan gaya yang terbaik dan dengan dahi jendul ini, semuanya menjadi terbatas.



Memetik laporan Daily Mail UK, prosedur pembuangan dahi sebanyak 3cm dan garis rambut dibawa ke hadapan bagi memendekkan dahi itu berlangsung selama  2 1/2 jam.

Dengan kos pembedahan lebih kurang RM29k, kini dahinya hanya berukuran sebanyak 5.5cm sahaja berbanding sebelum ini.


Kredit foto: Tik Tok

Selepas pembedahan tersebut, dia tidak dapat menggerakkan kening dan ianya kembali normal selepas beberapa hari. Selain itu, dia terpaksa memakai pembalut kepala untuk beberapa ketika.

Kredit foto: Tik Tok

Perkongsian Camilla itu mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk menyelar tindakannya mengubah kejadian asal dahinya itu. Walaubagaimanapun, Camilla tidak mengendahkan kata-kata negatif dilemparkan terhadapnya.

Menurutnya , dia melakukan prosedur itu demi kepuasan dirinya serta tuntutan kerjayanya sebagai seorang model. 


Setiap orang mahukan kesempurnaan dalam penampilan mereka dan sanggup buat apa saja untuk memastikan wajah ayu jelita.

Kalau anda, sanggup tak? -CARI



Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 17-3-2021 09:51 AM
takde perubahan ketara pun. dahi sebelum ni pun lawa...
kalau dahi macam safiey ilias tu yer la dengan kepala2 sekali patut buang sebab macam jimmy neutron dah...
Quote n0n0n0 17-3-2021 10:14 AM
dudaberhias: takde perubahan ketara pun. dahi sebelum ni pun lawa...kalau dahi macam safiey ilias tu yer la dengan kepala2 sekali patut buang sebab macam jimmy neu ...

Hahahah kakdud. Tersedak iols. Tapi safiey tu mmg over. Minah ni nmpk la sikit reduction tu. Cuma kalau dia post gambar bila rambut dia dh tumbuh kat tmpt jahit tu baru nampak jelas before after kot...for now, tak nmpk beza sgt
Quote rajamoney 17-3-2021 10:33 AM
alang2 nape tk benci tngk muka ko sndiri

Quote crossline 17-3-2021 10:45 AM
Bagus la dia nak share muka dia sebelum pulih dari efect plastic surgery, baru lah org lebih berpikir byk kali nak ps, kalau tak asik ingt lepas ps trus cantik!

Tapi model ni mmg cantik la lps dahi dah tak luas, suka mata hazel dia tu.
Quote Atiesha 17-3-2021 10:46 AM
Lols....hahahhaha
Quote MadameOnion 17-3-2021 10:48 AM
dudaberhias replied at 17-3-2021 09:51 AM
takde perubahan ketara pun. dahi sebelum ni pun lawa...
kalau dahi macam safiey ilias tu yer la den ...

hahaha iols baru nak taip benda yg sama sis...safiey tu makin operate makin buruk huduh...buat rugi je klinik yg sponsor dia..makin hilang customer..umpama construction tak siap sbb pekerja kena hantar balik negara asal
Quote midori_katana 17-3-2021 11:09 AM
Dahi jendul dia elok ja... ada lagi yg lebih jendul dari tu
Quote anony-mous 17-3-2021 11:14 AM
Muka sheols yg cantik tu dah tutup kekurangan sheol. Tp biasalah org pompuan. Ada yg tan nk kulit putih, so biar la dia merasa.
Quote Ain_h 17-3-2021 11:14 AM
Nampak pelik je {:run
Quote copy_paste 17-3-2021 12:25 PM
starlight sedap ni kalau dahi luas,
Quote mrsbale 17-3-2021 12:28 PM
Mcm sama ja
Tak la udoh tp xla cantik jg

Gigih buang duit cari sakit demi sekeping ‘before after’ picture on socmed
Quote Artemesiaa 17-3-2021 12:29 PM
Nampaklah kurang jendul sikit tapi dia kelihatan lebih menarik masa sebelum ps tu nampak lebih exotic.
Quote mrsbale 17-3-2021 12:32 PM
dudaberhias replied at 17-3-2021 09:51 AM
takde perubahan ketara pun. dahi sebelum ni pun lawa...
kalau dahi macam safiey ilias tu yer la den ...

Ahahhahahha

Xbaik kaka. At least jimmy tu ada rupa hensem gak lah budak tu.

Quote user.name 17-3-2021 12:38 PM
nampak sama jah before after?
Quote tootii 17-3-2021 12:47 PM
rugi duit je sbb tak ada yg berubah
ke perubahan tu sikti2 akan nmpk nnti ?
Quote sayawifenikmie 17-3-2021 12:55 PM
yes .. dahi dia nampak much better ..

sapi kata .. soonnn dia akan buat surgery utk betulkan dahi jendol dia pulak ..

saya ras aseram sejuk nengok budak ni asik  la bedah sana sini..

doktor2 yg buatt u .. beretika ke?
Silap2 nanti boleh kena saman dengan si sapi ...
Quote Supersirap 17-3-2021 12:56 PM
Dahi jendul pun lawa ape
Quote cariplease 17-3-2021 12:57 PM
Aku pun nampak sama je
Quote lavendernovella 17-3-2021 01:02 PM
Lawa kot dahi asal. Unik. Pas operet, unik pun hilang.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.040995 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top