CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu Adegan Rogol Raja Farah, Fauzi Nawawi Mohon Maaf

25-10-2021 10:59 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 7350| Komen: 37|Original author: Oleh: Rikuren

Kredit foto - Instagram Fauzi Nawawi


Baru-baru ini tular klip video sebuah rancangan TV - Rumah 107 tayangan pada bulan Jun 2021 yang memaparkan perkongsian beberapa selebriti mengenai pengalaman dan kisah kerjaya mereka. 

Fauzi Nawawi, 48 bersama dua tetamu undangan lain, Fizz Fairuz dan Zul Huzaimy berkongsi tentang watak jahat lakonan mereka, namun perkongsian Fauzi  telah menarik perhatian ramai. 

Fauzi berkongsi mengenai perasaannya membawa watak antagonis dan turut menceritakan secara terperinci lakonannya dalam sebuah adegan ‘panas’ beliau bersama Raja Farah



Adegan panas dalam filem Anak Halal itu bagaimanapun telah dibuang atas permintaan keluarga Raja Farah.

Perkongsian berani Fauzi itu mengundang kemarahan netizen yang turut mempertikaikan bagaimana perkongsiannya lulus untuk siaran umum. Bukan itu sahaja, mereka juga berpendapat adalah tidak wajar untuk aktor itu berkongsi secara terperinci kerana adegan tersebut telahpun dipadam.


Kredit Foto - Twitter @FayyanFreaks

Setelah video tersebut menjadi viral, Raja Farah dan suaminya, Iskandar Ismail turut memberi kenyataan mengenai video yang viral di laman Twitter itu yang disifatkan sangat memalukan. 

Menurut suaminya, rakaman yang disiarkan dalam televisyen tersebut kemudian ditularkan adalah salah dari setiap sudut kerana tidak menjaga aib dan kehormatan wanita.



Menyedari keterlanjurannya bercerita, Fauzi Nawawi telah membuat permohonan maaf secara terbuka pada semua yang terlibat terutama pada Raja Farah dan suaminya.



Fauzi berkata beliau tidak berniat untuk memalukan sesiapa dan mengaku apa yang berlaku adalah kesalahan sendiri. Harapnya ia tidak menjadi fitnah dan berpanjangan.

Berhenti halalkan apa pun bentuk kelucahan serta perkongsian mengenai isu rogol secara terbuka sebegini. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote trexxxxxi 20-10-2021 11:09 AM
Edited by trexxxxxi at 20-10-2021 12:21 PM

Thread dah ada. Tak perlu buka dua thread yang sama.

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5000774&extra=page%3D1

Memandangkan ini permohonan maaf, I re-open semula thread ini untuk hencapan.
TT mohon lebih cakna, tak perlu banyak thread ya

Quote shahirakay 20-10-2021 11:29 AM
trexxxxxi replied at 20-10-2021 11:09 AM
Thread dah ada. Tak perlu buka dua thread yang sama.

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread ...

kaka trex menjalankan tugas sebagai momod dengan sangat baik dan tegasss.. syabas yach
Quote mrsLucky 20-10-2021 11:42 AM
But kalau sensor kita tak tau perangai mereka. So obvious kot what kind of people diorang ni. So embarrassing...geram i tengok.
Quote dudaberhias 20-10-2021 11:45 AM
dalam gambar tu ada iras2 laki si yenna...

eeee tak terbayang iolsss dan tiba2 iols rasa iols yang trauma... padahal raja farah yang kena jadi pelakon tu...
trauma betul terbayang wajah fauzi nawawi yang rogol kita.. lepastu pakej teringat video dia menggatal menumbuk lesung batu tu... itulah benda yang iols terbayang iols nampak...

lindungi izzah ya allah... *ambil tuala atau kain selimut, katup kepala*
Quote akuMNdia 20-10-2021 12:08 PM
sorry to say this but muka ko mmg muka layak kena maki..
Quote princessmiang 20-10-2021 12:11 PM
sudahla kau..kalau baik takkan sebut benda macam tu at the first place..nampak sangat suka cakap benda2 kotor
Quote Cik_jantung 20-10-2021 12:19 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 12:51 PM

..........
Quote mamajawie 20-10-2021 02:34 PM
dudaberhias replied at 20-10-2021 11:45 AM
dalam gambar tu ada iras2 laki si yenna...

eeee tak terbayang iolsss dan tiba2 iols rasa iols yang  ...

iollss baru tau si poji ni ade leaked vid..alahai terlepas train tebusan btoll

Quote midori_katana 20-10-2021 02:40 PM
terlajak kata dah wawi oiii... hang mmg la boleh minta maaf, tapi trauma dan malu yg dialami raja farah dan family dia tu camna.. ? boleh ka amik eraser padam dari ingatan semua org?
Quote 3chanceno 20-10-2021 03:03 PM
Mulut poji nie memang takde insurans
Quote miss_perfect 20-10-2021 03:36 PM
Dia bukan mintak maaf sebab dia sedar dia salah pun. Babi betul.
Quote anilanil 20-10-2021 03:48 PM
Maafkan la acik poji ni. Dia cuma mengimbau kenangan lama. Yg si pengacara yg bertanya soklan vodo takde org nak hencap ke? Raja farah & poji sama2 buat silap di zaman jahiliah. Org bagi skrip cenggitu korang layankan aje acah2 professionalism. Boleh je kot tolak tawaran berlakon kalo ade scene rogol. Ke zaman tu jenis sign contract, skrip baca kemudian?
Quote lasagna 20-10-2021 04:09 PM
dudaberhias replied at 20-10-2021 11:45 AM
dalam gambar tu ada iras2 laki si yenna...

eeee tak terbayang iolsss dan tiba2 iols rasa iols yang  ...

fuhh jauh nau imagination tu kak dud.. tapi tu lahh.. trlepas cakap ni mmg tak bleh nk reverse balik. nak nak plak ada tukang bekap laa tukang hype kan lg soklan macam syuk tya, mcm host tya lagi laa menjadi-jadi. tp bagus asben RF tu kita gentleman laa bg nasihat.
Quote TabletSusu 20-10-2021 04:43 PM
aku x brp kisah apa yg ko cerita tu.. konon ko melakonkan watak seperti yg ada dlm skrip.. no hal. tp apa perlu ko sebut nama pelakon perempuan tu? scene tu x ditayangkan pon. drpd org xtahu.. terus org tahu. esok2 scene yg kena delete tu bertebaran kat medsoc.. macamana pulak?

ko bercerita ikut sedap ko je kan.. x guna otak
Quote Jayayakaka33 20-10-2021 05:00 PM
Citer2 yg bodoh mcm ni mmg akan selit kan soft porn kan
Kalo x mmg x de sape la nak hadap
Dasar citer sampah
Tp poji ni pun bebal
Benda dah lps pun blh ingat dgn detail
Masih terbayang2 ke
Quote MatDeghem 20-10-2021 05:24 PM
memang lah tiada niat nak malukan raja farah.

Hanya Sekadar sembang syiok sendiri , tapi lupa ini program TV yang di lihat umum.
Pulak host ketawa terbehek behek.... enjoyzzzz lah semua batang

Jantan kalo cerita tang pompuan memang enjoyzzzz


Quote codenamedream 20-10-2021 05:39 PM
Filem Osman Ali kan kalau x silap.  Heols wajib ada scene ranjang.  Elok lagi rashid sibir wajib ada scene nangis berjujuran
Quote Raline 20-10-2021 05:43 PM
trexxxxxi replied at 20-10-2021 11:09 AM
Thread dah ada. Tak perlu buka dua thread yang sama.

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread ...

TAK BACA UNDANG2 KE? YG @admin6  DAH UPDATE? jgn suka2 nk ttup benang org.. dah la nk bkk main ssh nk dpt tenet.
Quote Raline 20-10-2021 05:55 PM
trexxxxxi replied at 20-10-2021 11:09 AM
Thread dah ada. Tak perlu buka dua thread yang sama.

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread ...

Salam sejahtera,

Memandangkan masih lagi ada rungutan dari forumer bodgos mengenai kebanjiran thread baru dan berkenaan seseorang artis kerap dibuka setiap hari, sekali lagi ulang tayang mengenai peraturan yang telah admin maklum kan tahun sebelum ini di bod gosip. Mungkin ramai terlepas pandang. (ntah mana pergi thread lama pasal rules ni)

Jangan gabung semua topik baru dalam 1 thread (berkenaan artis yang sama) sampai seratus page jika topik berbeza. Tolong asingkan.

Budaya ini mungkin diamalkan sejak bertahun-tahun dulu diforum ini tetapi seiring peredaran masa, kita terpaksa ubah cara dengan tidak menggabungkan semua thread atas beberapa sebab :

1. Tak perlu nak belek berpage-page untuk baca topik baru, ia menyukarkan untuk cari topik terbaru pada hari ini terutamanya pada newbie.  (ini kerana sejak dulu lagi memang pembuka thread mahupun mod tak rajin nak tukar tajuk baru walaupun dah diberitahu berkali-kali. Jadi kita putuskan tak benarkan lagi tukar tajuk untuk sambung update pelbagai topik dalam 1 thread sampai 100 page.

2. Kita dapati banyak thread yang sudah hampir setahun pun masih aktif sambung dalam thread sama. Ini tidak bagus untuk perkembangan forum kerana secara teknikalnya, sistem tidak dapat kesan thread terbaru di sini dan pembaca yang bukan forumer tegar bod gosip atau newbie tidak tahu akan kewujudan topik/thread baru kerana tajuk masih kekal topik yang lama.

3. Pengasingan thread juga amat penting untuk memudahkan urusan teknikal. Sebagai contoh thread akan terus dishare setiap hari ke facebook rasmi Cari dengan cara 1 thread dan 1 topik saja untuk setiap post. (semestinya tajuk tidak boleh diubah-ubah kerana akan mengelirukan pembaca).

4. Kita hanya boleh "generate" thread forumer ke halaman portal Cari sekali sahaja. Jadi kalau ubah tajuk kita dah tak boleh generate lagi ke portal jika guna thread yang sama atau thread tersebut ada "poll". Tujuan generate thread forum untuk elak thread ulangan dari wartawan jika kita dapati topik yang ingin kita buka di portal Cari (artikel) sudah ada di dalam forum.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.153216 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top