CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Saya Masih Muda, Ada Nafsu,"- Shuib Nak Wanita Yang Boleh Terima Anak-Anaknya

23-10-2021 03:59 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 25831| Komen: 253|Original author: Oleh: Saiful

Description: Dua bulan berlalu sejak Siti Sarah meninggal dunia.
Dua bulan berlalu sejak Siti Sarah meninggal dunia.

Ditanya tentang jodoh Shuib jawab,"Saya tak kisah menjadi ibu dan ayah buat mereka setelah arwah Sarah pergi, jadi sebab itulah saya tak terfikir fasal kahwin lagi. Kadang-kadang saya fikir, bagaimana pula perasaan arwah di sana. Jadi bab jodoh ini saya tak berani nak cakap panjang kerana ia adalah percaturan Allah SWT dan saya percaya pada ketentuannya. Saya tidak menolak jodoh, sebab apa yang diberikan Allah adalah yang terbaik buat saya.


Foto: IG


"Tapi tak boleh juga cakap yang saya tidak akan berkahwin lagi sebab mungkin saya muda lagi, 37 tahun dan saya ada anak empat orang, sudah tentu mereka memerlukan kasih seorang wanita.


"Mak saya pun kata saya masih muda. Sebagai lelaki sudah tentu saya nak ada rasa berkasih sayang, ada nafsu, apalagi dengan ada anak-anak kecil yang perlukan kasih sayang seorang wanita, ibu tapi semua itu saya serah kepada Allah mengenai soal jodoh saya pada masa hadapan," katanya kepada mStar.

Kalau nak kahwin lagi, Shuib nak seorang wanita yang boleh menerima anak-anaknya.




"Saya tak mahu wanita yang ada persamaan dengan Sarah sebab arwah dah berada di dalam kelasnya yang tersendiri, cuma ada kriteria yang saya akan tetapkan. Hal kahwin ini bukan untuk kepentingan peribadi saja tapi untuk kepentingan anak-anak dan keluarga.

"Kalau dia berjaya mencuri hati anak-anak saya, mungkin dialah orangnya. Sebab yang lebih penting adalah mereka. Mereka pun pernah ada ibu, pastinya mereka mahu membesar dengan sentuhan seorang ibu dan tanggungjawab sayalah untuk memilih orang yang tepat.





"Sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya... cuma buat masa sekarang, belum ada."

Semoga Shuib bertemu jodoh lagi. Sama-sama kita doakan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bubugaga 23-10-2021 04:10 PM
Betul kesian anak2nya tu perlu kasih syg seorg ibu. Harap2 shuib akan jumpa jodoh yg betul2 blh terima dia dan anak2.
Quote AbukRokok 23-10-2021 04:11 PM
insyallah shuib sekali ko petik dompet berduyun pompuan dtg
yang berlalu biarkan berlalu.... kita yg hidup perlu teruskan
Quote Jayayakaka33 23-10-2021 04:21 PM
Btl la tu.muda lg.x perlu hipokrit
Kesian anak2 perlukan kasih syg ibu
Quote missHaidiD 23-10-2021 04:38 PM
Tah2 da ada calon
Quote laradelara 23-10-2021 04:38 PM
Dah mcm osim nengoknya.. Camera man ngekor je amik gambo tiap masa. Kalah retis Hollywood yg dikejar paparazzi diknon
Quote caramello 23-10-2021 04:42 PM
Hmmmmmmmmmmmmmmmmm.....
Quote puan_rohayu 23-10-2021 05:19 PM
Orang mcm shuib mmg kn kahwin,ada anak,harta dan plg utama msh muda ada nafsu.Cuma ambillah peluang untuk pilih yg betul2 blh terima shuib dgn pakej sekali anal2.Ada ja jodoh yg baik yg sggup terima anak2 nya tu cm jgn terburu-buru.
Quote ezacbee 23-10-2021 05:22 PM
laradelara replied at 23-10-2021 04:38 PM
Dah mcm osim nengoknya.. Camera man ngekor je amik gambo tiap masa. Kalah retis Hollywood yg dikejar ...

Ala2 papparazi ni.. kenalah upah photographer.
Kalau x, xde sapa nak amik gambo dia.

Quote exclusive_vvip 23-10-2021 05:36 PM
jgnkan lelaki, org pompuan kalu nak kawen baru lepas laki meninggal pun bagi iols ok jah..asalkan jgn buat perangai gedik mcm dzj sudah lah.
Quote silampumeja 23-10-2021 05:44 PM
laradelara replied at 23-10-2021 08:38 AM
Dah mcm osim nengoknya.. Camera man ngekor je amik gambo tiap masa. Kalah retis Hollywood yg dikejar ...

Kan... I tak suka yg mcm tu.kena bertindak mengikut kehendak camera.. Tp i percaya je insyaAllah diizin Tuhan shiib dptlah jodoh yg boleh jadi ibu baik utk anak-anak sekali
Quote manehnya 23-10-2021 05:52 PM
Ramai dh tgh tgu peluang tu... Harap² dpt yg baik2 aja
Quote mojarean_X 23-10-2021 06:00 PM
Edited by mojarean_X at 23-10-2021 06:04 PM

Ko berduit shuib, bersusun wanita nakkan ko. Tp tapislah betul2 sama ada dia sayangkan anak2 ko juga
Quote trexxxxxi 23-10-2021 06:23 PM
Bau nasi minyak ler
Issokey la Soeb Hang kawen ja baru takdak sapa marah aih. Cuma cari hat ngam dengan anak2 tauuu

Cc @edayildiz
Quote edayildiz 23-10-2021 06:29 PM
trexxxxxi replied at 23-10-2021 06:23 PM
Bau nasi minyak ler
Issokey la Soeb  Hang kawen ja baru takdak sapa marah aih. Cuma cari hat ng ...

takmo la jawa..i nak turkish man
cewahhh
Quote cap_ayam 23-10-2021 06:30 PM
Ye perasaan sedih tu lama2 akan terubat.. ingat lagi ex PM Pak Lah.. sebelum kahwin dengan Tun Jeanne, Pak Lah cakap arwah Endon akan sentiasa dalam ingatan dan ada ruang didalam hati dia.. camtulah lebih kurang..

So Soeb segerakanlah perkara yang baik
Quote annadonna 23-10-2021 06:36 PM
Mesti jering menyesal kawin kude
Quote trexxxxxi 23-10-2021 06:38 PM
edayildiz replied at 23-10-2021 07:29 PM
takmo la jawa..i nak turkish man
cewahhh

Githuuuu taste uols!
Nak hat herlok

Quote fortiori13 23-10-2021 06:47 PM
Harap jumpa jodoh yg boleh terima anak2 dia, kesian budak2 tu...
Quote Suchi 23-10-2021 06:48 PM
cap_ayam replied at 23-10-2021 06:30 PM
Ye perasaan sedih tu lama2 akan terubat.. ingat lagi ex PM Pak Lah.. sebelum kahwin dengan Tun Jeann ...

Heheh, mcm soeb ni maybe amik masa skit sbb ank2 dia kecik lg dia mesti nak yg bebetul ikhlas terima anak2 dia tu.
Kalau duda2 tua yg dah warga emas biasa tak amik masa lama sbb takde anak kecik nk dirisaukan.
Hat ada anak kecik ni mmg ler kena pikir baik2 kang tak memasal ank2 jd cinderella plak.
Nak plak kalu bini baru tu beranak baru lagi.
Tau jelaa soeb tu berduit kalau ada org terima nk jd bini dia skrg ni haruslah 90% sbb reta.
Lain la masa Sarah terima dia dulu pastilah 100% sbb cinta.

Lihat semua komen(253)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2021 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.199824 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top