CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Hina Arwah" - Menu 'Suami Tembak Isteri' Maria Tunku Sabri Dikecam

9-3-2021 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12932| Komen: 65

Bekas personaliti televisyen popular, Maria Tunku Sabri sekali lagi mengundang kecaman apabila menggunakan nama menu masakan yang menyentuh sensitiviti masyarakat.


Kredit foto: IG Maria


Perkara tersebut disuarakan oleh oleh seorang tukang masak professional, Cef Deedee menerusi satu perkongsian dalam Instagramnya.

Menerusi perkongsian tersebut, Maria dilihat menamakan masakannya sebagai ‘suami tembak isteri sumbat dalam tong sekali dengan sayur campur special’. Nama tersebut dipercayai merujuk tentang satu kes jenayah membabitkan kematian tragis seorang isteri yang dibunuh suami sendiri di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.


Kredit foto: IG Maria


“Ambil kesempatan atas kesulitan. Perhatian kepada semua tukang masak di dunia. Jangan sesekali menggunakan nama dan tajuk resipi untuk konten anda berkaitan dengan seseorang yang mati dibunuh.

“Ini sangat biadab, tidak beretika, tidak berpelajaran dan tidak bermoral,” ujar Cef Deedee menerusi hantaran Instagramnya.

Menurut cef profesional itu lagi, seseorang itu tidak wajar menggunakan tajuk yang boleh membawa kenyataan seolah-olah menghina makanan kerana itu adalah rezeki.

“Memberi tajuk makanan ke atas kematian seseorang bukan bahan lawak. Jangan cari publisiti murahan,” ujarnya.

Menjengah dalam Instagram Maria, personaliti berusia 45 tahun itu dilihat telah menukar menu masakannya menjadi ‘sayur campur special sedih kes suami tembak isteri masuk dalam tong’.

Bagi yang mengikuti Instagram Maria pasti sedar bahawa dia sering menggunakan tajuk resipi yang unik kerana menggabungkan nama masakan dengan berita-berita semasa popular.

Pada ruangan komen, difahamkan Maria telah memadam segala kritikan negatif dalam video masakan tersebut dan hanya mengekalkan komen-komen positif.

Bagaimanapun menerusi sebuah komen yang dibalasnya, Maria menegaskan bahawa dia tidak mempunyai niat menghina sesiapa, sebaliknya perkara tersebut telah disalah tafsir oleh netizen.

“Saya tidak hina arwah (mangsa) pun,” ujarnya.



Ini bukan kali pertama Maria dikecam netizen kerana menggunakan menu masakan yang dianggap tidak sensitif.

Pada tahun lalu, bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu dikecam netizen kerana menamakan menu masakannya sebagai ‘ikan siakap 3 rasa mati tertembak di sempadan Malaysia-Thai’ membabitkan satu kes tembakan maut seorang anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis oleh penyeludup. 


Sumber: K! ONLINE



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 8-3-2021 06:09 PM
kat bod ci pun cam tu

berita pasal jenayah kematian mangsa jenayah seks

ada je puak2 gay2 pondan2 pedo medo memedo dan puak2 yg memperjuangkan gay2 pondan2 pedo medo memedo menyelit nak bangkit isu agama la kaum la

da tak puas hati kena nasihat

tukar nick lain cari gadoh dngn tukang bagi nasihat

selagi tk menang hujah selagi tu sakit montot
Quote jerukkedondong 8-3-2021 06:25 PM
Hei la makcik ni...rambut makin menipis...lagi byk umur lagi terserlah kebodohan ye..
Quote sleepandream 8-3-2021 06:26 PM
mohtep nama resipi panjang2?
Quote ezacbee 8-3-2021 06:31 PM
Banyak kali dia ni buat hal dan byk kali mintak maaf.
Pastu buat lagi.. Xserik2 mmg sengaja mengundang.
Kalau terkena family dia sendiri baru tau..

Quote AmandaRollins 8-3-2021 06:32 PM
Dia ni mcm mental je kan...dari dulu rambut dia botak cmni..xmampu ke pg yun nam nek mariah ooiii?ataupun,the easy option is,wear hijab...mst nmpk elok je nti...
Quote missus_meow 8-3-2021 06:48 PM
perluke letak nama camtu ...
Quote tepisket.. 8-3-2021 06:52 PM
Dah la caps lock. Apo laa acik ni
Quote AshkieLa 8-3-2021 07:00 PM
mohon siapa2 masak pastu upload dengan tajuk resipi :-
"ayam masak merah maria tunku sabri yang hampir botak tapi tak sedar diri lagi dah tua"....

then tengok ape dia rasa....
Quote AshkieLa 8-3-2021 07:03 PM
AmandaRollins replied at 8-3-2021 06:32 PM
Dia ni mcm mental je kan...dari dulu rambut dia botak cmni..xmampu ke pg yun nam nek mariah ooiii?at ...

mental la.. kalau tak, takde laa kes dia yg tak masul akal diingati sampai skang kann....
masih berlaki, nak kawen lain..
pastu tak jadi kahwin lain, dia dgn suami dia tu nak saman plak 'bakal laki tak jadi' tu...
gilo....
Quote papadomku 8-3-2021 07:36 PM
AshkieLa replied at 8-3-2021 07:03 PM
mental la.. kalau tak, takde laa kes dia yg tak masul akal diingati sampai skang kann....
masih b ...

Hahahaha.. tiap kali ternampak nama acik meriah ni mesti teringat kes dia yg ni. pelik tapi benau sgt kes ni, sesuai dibuat nama resepi baru dia
Quote dani-rox 8-3-2021 07:45 PM
makcik nih dah kenapa? what the hell is wrong with you??
Quote Belibis 8-3-2021 07:50 PM
Masa anggota PGA kena tembak dulu pun ko buat resepi merapu jugak.zaman ko dah berlalu.tak payah nak carik nama lagi.
Quote piao 8-3-2021 08:20 PM
dani-rox replied at 8-3-2021 07:45 PM
makcik nih dah kenapa? what the hell is wrong with you??

test market
Quote tikusmontok 8-3-2021 08:31 PM
Bodonya tine gems ni..acah2 lawak
Quote lavendernovella 8-3-2021 08:40 PM
Boleh main2kan kematian tragis. Tak boleh diterima !!!
Bunuh + makanan = maria ? Boleh ?
Quote Nenasketum 8-3-2021 08:40 PM
Ini cara dia dapat attention untuk job kah? Rumah dah 7 tengkat, duk diam2 lah. Anak dia bukan pernah cakap mak dia masak melayu disgusting.
Quote Piramida 8-3-2021 08:46 PM
Semakin pelik makcik ni... tak sensitif... apa yg hebatnya letak nama masakan yg merepek repek.
Quote bungarose 8-3-2021 08:57 PM
Kurang ajar
Tua2 pun biadap
Quote sharlenetexas 8-3-2021 09:21 PM
Mana akal budimu?

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.143925 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top