CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Syak Lelaki Itu Pedo" - Luqman Hafidz Serik ‘Jaja’ Hidup Peribadi

9-3-2021 10:05 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4032| Komen: 13|Original author: Oleh: LilRose

Description: Serik dengan pengalaman lalu, Luqman Hafidz, 30, kini lebih berhati-hati dalam berkongsi kehidupan peribadi di media sosial.
Serik dengan pengalaman lalu, Luqman Hafidz, 30, kini lebih berhati-hati dalam berkongsi kehidupan peribadi di media sosial.

Pelakon filem Ola Bola itu mengakui dulu dia rajin berkongsi kehidupan peribadi menerusi Instagram sebelum berlaku insiden tidak diduga.



Kredit foto: IG

Dia mendedahkan, adik perempuannya pernah menerima mesej daripada  individu tidak kenali tiga tahun lalu.

“Adik saya pernah bagitahu dia pernah menerima satu pesanan daripada seorang individu yang bertanyakan lokasinya dan sama ada saya ada di rumah atau tidak. Saya syak lelaki itu seorang pedofilia.

“Disebabkan hal sedemikian, saya kurangkan berkongsi video mahupun gambar ahli anggota keluarga saya. Saya wajib jaga keluarga dan bukan menjadikan mereka sebagai kandungan di media sosial. Kalau peribadi pun hanya diri saya sahaja yang tidak melibatkan hal famili,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.



Kredit foto: IG

Katanya, dia tidak kisah wajahnya jarang terpampang di saluran popular asalkan tawaran berlakon masih ada.

“Mungkin sebelum ini masa lebih banyak dengan pementasan teater. Bila masuk teater komitmen memang sepenuh perhatian dan ada beberapa tawaran drama terpaksa ditolak. Tapi Alhamdulillah tawaran masih ada walaupun selepas habis teater.

“Secara peribadi bagi saya bukan seorang pelakon bukan perlu aktif di layar kaca atau perak sahaja, malah di media sosial juga. Kalau nak orang nampak kita ini sentiasa aktif, kena kejar slot besarlah. Kita tahu sahaja, platform kurang popular ini ada penontonnya tetapi tidak ramai,” jelasnya yang sedang menjalani penggambaran drama komedi berjudul, Alif Ba Ta.


Kredit foto: IG

Takutnya kalau betul individu cuba mendekati adikanya itu seorang pedo! - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 9-3-2021 12:07 PM
Muka comel... Tapi aura macam takde.. takpe, kurex akan menyokong & biar kurex merasakan aura luqman
Quote dudaberhias 9-3-2021 12:10 PM
Bagus cara dia... memang betul pun tak patut expose keluarga sebab takut orang2 macamni la yang mengacau nanti... Btw heols herlok juga...


So iols setia reda dan angguk dengan keputusan heols... Kecuali shuk yach, yang tu dia kena belasah pelanggan tepi jalan pun korang jangan percaya, dia yang play victim tu, sebenarnya dia yang buli orang tu dulu kot.
Quote hasniey 9-3-2021 12:50 PM
Betul tu.kalau kita xprotect keluarga sendiri sapa lg yg nk diharapkan
Semoga murah rezeki lakonan dia lps ni.brlakon pon xkayu.cuma aura pelakon utama tu xde.
Quote Redmyvi 9-3-2021 01:26 PM
aku suka dia ni berlakon.. tambah kalau watak lawak..
Quote cruz2 9-3-2021 02:29 PM
Iols suka sgt luqman ni.walau bukan dlm kategori kacak tp dia mcm ada aura kelelakian gituhh..cara dia berdialog dlm kebanyakan drama nmpk seakan lelaki misteri,bukan jenis yg gelojoh.sekian dr ahkak yg dh kertu
Quote AppropriateNick 9-3-2021 04:28 PM
hasniey replied at 9-3-2021 12:50 PM
Betul tu.kalau kita xprotect keluarga sendiri sapa lg yg nk diharapkan
Semoga murah rezeki lakonan  ...

wah betul ke ni kulit die dah cerah???? helok pula
Quote inspiro92 9-3-2021 04:31 PM
Bagus dia ni.aku suka dia berlakon
Quote BanyuBiru 9-3-2021 11:25 PM
Amboi dah glowing kulit.. tapi tehtap taste{:run
Quote slyfynx 9-3-2021 11:46 PM
Untuk yang berkenan
Quote slyfynx 9-3-2021 11:47 PM
Bonus dengan JC CHee
Quote dua_chzy 10-3-2021 09:00 PM
hasniey: Betul tu.kalau kita xprotect keluarga sendiri sapa lg yg nk diharapkanSemoga murah rezeki lakonan dia lps ni.brlakon pon xkayu.cuma aura pelakon utama ...


Boleh je kalau filem indie. Ikut skrip. Aiol boleh imagine filem2 indie yang seswai dengan dia ni.
Quote dua_chzy 10-3-2021 09:03 PM
cruz2: Iols suka sgt luqman ni.walau bukan dlm kategori kacak tp dia mcm ada aura kelelakian gituhh..cara dia berdialog dlm kebanyakan drama nmpk seakan lela ...


Berganda herlok dia ni dari Pierre Andre yakni hero terbusuk pernah dihasilkan di Malaya.
Quote silampumeja 10-3-2021 09:10 PM
Oo..kisahnya..patutlah Dia ni nikah pun tak tnjuk wife dia kan... ada trauma yg dia xnak berulang. Bagus. Salute.

Sebab for me, insta famous n artis yg menerima kesan kecam atau ejek melangit sbb diorang sndiri yg cari peluang buka ruang

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.056311 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top