CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Adik Zayn Malik Disumpah Mati Kena Covid-19 Sebab Perkahwinan Tak Direstui

9-3-2021 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7944| Komen: 22

Description: Waliyha, adik kepada Zayn Malik dari kumpulan One Direction pernah muncul dalam video muzik kumpulan itu pada 2013 yang bertajuk Story of My Life.
Waliyha, adik kepada Zayn Malik dari kumpulan One Direction pernah muncul dalam video muzik kumpulan itu pada 2013 yang bertajuk Story of My Life.


Kredit foto: Mirror/News18


Perkahwinannya dengan Junaid Khan pada 12 Disember 2020 yang berlangsung di Bradford garden. Dia bertekad untuk berkahwin dengan Junaid Khan walaupun tanpa restu ayahnya kerana Junaid pernah mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Dia nekad berkahwin dengan Junaid Khan pada 12 Disember 2020 yang berlangsung di Bradford Garden walaupun tidak mendapat restu bapanya kerana Junaid pernah mempunyai rekod jenayah sebelum ini.


Kredit foto: Haibunda.com


Pada 2 Mac 2021, Waliyha menerima mesej peribadi di Instagram (DM) berbaur ancaman. Waliyha juga disumpah supaya dijangkiti Covid-19 dan mati meninggalkan dunia. 

Menurut IntipSeleb, bukan hanya Waliyha, malah suami dan bakal anaknya juga didoakan meninggal dunia.

Tidak mendiamkan diri, Waliyha membalas DM yang diterimanya.  Baginya, dia berasa kasihan terhadap pemilik akaun tersebut kerana menggunakan akaun palsu yang turut disifatkannya pengecut terbesar. 

Selain itu, dia memaklumkan bahawa perkara ini tidak melemahkan semangatnya, sebaliknya memberi motivasi buat dirinya.


Kredit foto: IDN Times

Sementara itu, suami Waliyha menafikan berlaku pergolakan dalam keluarganya. Malah, dia menyatakan bahawa keluarganya dalam keadaan baik dan bahagia.

Menurut IntipSeleb, Zayn belum menghubungi Waliyha dan Junaid Khan selepas mereka berkhawin sejak Disember 2020. Zayn juga belum memberikan komen berhubung perkahwinan adiknya itu.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 9-3-2021 11:38 AM
Apsal lepas mekap muka dia mcm patung pondan?
Quote Kurex 9-3-2021 12:02 PM
Hujung2 kembali kepada mak ayah sebab tak tahan hidup dgn penjenayah
Quote nolya 9-3-2021 12:14 PM
Sekali pandang ada mirip pelakon M'sia Redza Rsuli.
Quote putput 9-3-2021 12:20 PM
Carcosa replied at 9-3-2021 11:38 AM
Apsal lepas mekap muka dia mcm patung pondan?

macam babbie doll, sex doll pun ada
Quote buragazz 9-3-2021 12:27 PM
Takut nya makeup dia..
Quote makneng 9-3-2021 12:42 PM
Awat bibir dia mcm tu???
Quote ToungeSoup 9-3-2021 12:52 PM
dah mcm hantu pakistan pun ada..ataupun kartun Corpse Bride...scaryyyy
Quote Redmyvi 9-3-2021 01:18 PM
siapala yg mekap tu.. dh rupa bapuk dh
Quote salmon-suki 9-3-2021 02:31 PM
Ramai komen psl mekap drpd hubungn adik dia y didoakn kena covid .hahahahah
Quote Reira77 9-3-2021 06:29 PM
Mama Im in love with a criminal gitohh ya ampun bibir hg {:laugh
Quote kakakpositifker 9-3-2021 10:24 PM
Lawoooo segakkk
Quote annehuda 10-3-2021 09:19 AM
zayn ni mcm something je bg aku.  masa mak louis mati, semua geng 1 direction datang tengok, dia sorg je. sekadar wish kt twitter je, tu pun twit mcm tak ikhlas



ramai gak retis yang cakap zayn ni kerek orangnye, tapi si gigi tu dok pertahankan yang zayn ni introvert, orangnya pemalu gitu bla bla bla. wedding adik die ni pun si gigi tu yang wish, abang dia wat bodo je
Quote Artemesiaa 10-3-2021 06:10 PM
Over sangat makeupnya tu nampak pelik pun ada
Quote gideoncross 2-4-2021 12:56 AM
annehuda replied at 10-3-2021 09:19 AM
zayn ni mcm something je bg aku.  masa mak louis mati, semua geng 1 direction datang tengok, dia sor ...

Klau uol bca kat DailyMail at any articles psl ZM ni, ummah Kokesen sna pun dpt rsakn yg ZM ni kerek & iol pun stuju. Bru2 ni Harry Styles mng award, dia mcm bitter skit & ummah Kokesen sna ckp blik yg HS tu mnang sbb rjin buat show, promote lgu & tour tpi ZM more into "introvert konon", sbb tu x mng. Gigi plak prnh bgithu yg ZM ni knon nya introvert gila, jrg kluar rumah, x nak attend apa2 talk show etc. So cmna nk mng? Lol.
Quote gideoncross 2-4-2021 12:57 AM
salmon-suki replied at 9-3-2021 02:31 PM
Ramai komen psl mekap drpd hubungn adik dia y didoakn kena covid .hahahahah

Ummah Kokesen sna bgithu yg Waliyha ni buat plastic surgery.
Quote haifawehbe 2-4-2021 02:28 AM
gideoncross replied at 2-4-2021 12:56 AM
Klau uol bca kat DailyMail at any articles psl ZM ni, ummah Kokesen sna pun dpt rsakn yg ZM ni ker ...

dah tu jarang keluar rumah better x yah jadi retis. dah tentu2 job scope dia ramai jumpa org & promote diri demi kelangsungan career.
utk x ot, adik zain ni muda sgt kawen. tapi ok la kawen dari bersedudukan mcm abg dia sampai ada baby.
Quote Gianna111 2-4-2021 09:56 AM
annehuda replied at 10-3-2021 09:19 AM
zayn ni mcm something je bg aku.  masa mak louis mati, semua geng 1 direction datang tengok, dia sor ...

ex bf i niall horan pernah kata kepada reps Zayn malik adalah seorang yang "hard to deal with".

DNA paki is still thick barangkali.
Quote annehuda 2-4-2021 10:08 AM
Gianna111 replied at 2-4-2021 09:56 AM
ex bf i niall horan pernah kata kepada reps Zayn malik adalah seorang yang "hard to deal with".

...

Tu la kan pastu tetiba baru2 ni bila ada reputs tanya dlm 1D tu sape paling dia suka, dia tetiba je cakap Niall Horan.

Harry Styles tercalon dlm Grammy tetiba dia tweet nk masuk Grammy tu kene rasuah juri. Mcm ada unsur dengki plak kt situ
Quote Gianna111 2-4-2021 10:19 AM
annehuda replied at 2-4-2021 10:08 AM
Tu la kan pastu tetiba baru2 ni bila ada reputs tanya dlm 1D tu sape paling dia suka, dia tetiba j ...

among of former 1d member ZM hanya ngam dengan Niall Horan sahaja. ada satu insiden tu ZM hanya shake hande dengan NH. yang lain-lan ZM who are youuuu kan saja. btw NH merupakan fav i dalam 1D.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.051614 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top