CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Ustaz, Ustazah Jangan Cuba Haramkan Sesuatu Yang Tak Haram' - Pejabat Mufti WP

9-3-2021 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15805| Komen: 153

Description: Baru-baru ini, seorang ustazah menerusi Facebook mendakwa membaca ayat suci Al-Quran tanpa mempelajari hukum tajwid adalah berdosa dan haram.
Baru-baru ini, seorang ustazah menerusi Facebook mendakwa membaca ayat suci Al-Quran tanpa mempelajari hukum tajwid adalah berdosa dan haram.


Gambar hiasan


Hal ini secara tidak langsung mengundang pelbagai persoalan daripada netizen yang rata-ratanya keliru dengan kenyataan berkenaan.

Menurut posting itu, ustazah berkenaan dipercayai menasihati orang ramai supaya tidak membaca Al-Quran tanpa menggunakan hukum tajwid yang betul.

Haram dan berdosa, katanya.


Kredit foto: FB

Justeru, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi Twitter tampil menjelaskan kekeliruan itu.


Malah, sesiapa bergelar ustaz atau ustazah ditegur supaya tidak semberono mengeluarkan kenyataan dengan mengharamkan sesuatu perkara yang tidak diharamkan dalam Islam.



Mereka juga mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi dan salah faham dalam kalangan umat Islam.


Kredit foto: Twitter

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kenyataan yang dikeluarkan ustazah berkenaan agak melampau dan tidak berasas kerana ia sedikit sebanyak akan melemahkan semangat seseorang untuk membaca dan mempelajari Al-Quran, lebih-lebih lagi mereka yang kurang mahir dalam hukum tajwid.


Sumber: OhBulan
1

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fairiza 9-3-2021 09:29 AM
Sapekah gerangan ustazah itu?
Quote Nnasda53 9-3-2021 09:56 AM
Bacalah Al quran walaupun merangkak,cari lah guru untuk belajar.

Quote taji2906 9-3-2021 10:02 AM
nak tampar je ustazah ni. memandai2 jek. geng zul pepaya ke ni?
Quote Manjahati 9-3-2021 10:05 AM
Suka suki kluarkan hukum
Quote cikatilia 9-3-2021 10:07 AM
ustazah ni penuh kata2 poyo di FB nya

https://www.facebook.com/hainas.ani
Quote ffbeauties 9-3-2021 10:11 AM
Ustazah tengah tunggang agama untuk cari duit ajar baca quran kah
Quote awanysss 9-3-2021 10:19 AM
sbb tu aku tak suka baca post agama kat fb..
especially yg mcm 10 tanda solat anda tak sah..
kang kalau aku baca, aku was was ngan solat aku sendiri..
Quote jazaa100 9-3-2021 10:31 AM
nemang cilaka org yg bg statement mcm tu.....

Lg cilaka bila ada yg kata, klu baca tak ikut tajwid, nanti Quran laknat.....kauuuu.....quran laknat....mau tak gerun....

klu mcm tu, baik tak yah baca terus.....aku suka sorang ustaz tu  bgtau...baca je, jgn sebutan tu lari jauh sgt sudahlah......kita dah tau tajwid cuma nk mantapkn je.....

kezen aku siap suruh aku baca depan dia....pastu tegur aku, lidah tu kena letak kat mana, klu tak salahhhh.....tak blh.....aku ckp kat dia, aku baca, pastu aku jeling maknanya.....bermakna aku tau sebutan tu maksudnya apa, kau nk suruh aku sebut dgn lidah letak kat lelangit ke....kat hujung bibir ke....suara tu kedalam ke...napas tak blh lepas semua ke....aku tak pandai lg....jgn sbb tu aku terus stop mngaji.....terus dia diam....
Quote white_musk 9-3-2021 10:37 AM
ffbeauties replied at 9-3-2021 10:11 AM
Ustazah tengah tunggang agama untuk cari duit ajar baca quran kah

Dia juga mencari sesuap nasik
Quote zacEfron 9-3-2021 10:51 AM
Kalau bacaan surah alfatehah tak betul .. Tajwid.. Sebutan hurufnya.. Sah ka solat ?
Apa pendapat ustaz n ustazah  dlm ni  ?
Quote prettyuglybabe 9-3-2021 10:51 AM
awanysss replied at 9-3-2021 10:19 AM
sbb tu aku tak suka baca post agama kat fb..
especially yg mcm 10 tanda solat anda tak sah..
kang  ...

sama dengan i.. dah selama ni kita belajar solat gitu, tiba ada kata macam tu tak sah..

dari elok orang tu bersolat, terus malas nak solat dengan anggapan buat apa nak solat kalau tak sah..
pada i, solat je la macam mana yang kita tau atau belajar..

tak usah nak pandai-pandai amik kerja tuhan nak tentukan solat sapa sah solat sapa tak sah..
sama dengan cara mandi hadas segala..
Quote renko 9-3-2021 10:55 AM
ni namanya ustazah sial
mcm mana org nk belajar kalau belum pape dah kena haram
haramjadah punya manusia sial perasan suci
Quote c===8 9-3-2021 10:56 AM
tu belum lagi org yg gigi rongak, mmg sebutan jadi kelakar
Quote TuntungReturn 9-3-2021 10:57 AM
uztazah thania nama dia. ade fb dia.
Quote Meiizu 9-3-2021 11:01 AM
Memang ada je org gini...cth yg penah i dengar.
"Serupa takpayah baca kalau baca tak betul,berdosa"..setazah ginilah yg buat aku kawan2 lagi jauhkan diri dari diorang.

Quote bangcak 9-3-2021 11:11 AM
pejabat mufti wilayah da keluar stetmen
"jgn haramkan perkara yg tak haram"

pejabat menteri undang2 musang berjanggut plak
taknak ke keluar stetmen pada individu yg tuduh
parti dlm kerajaan sebagai "parti ajaran sesat" ??

...cer report.



[fbv]447116540010668[/fbv]
Quote ahi_mason313 9-3-2021 11:21 AM
hati-hati lah
Quote Orix 9-3-2021 11:23 AM
baca la dengan segala mak nenek dengung harkat idgham iqlab etc tapi sepatah haram pun tak faham tak ada gunanya.....
Quote Redmyvi 9-3-2021 11:26 AM
ustazah tu emo ker dgn student smpai up status

Lihat semua komen(153)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.057862 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top